'Jangan cakap pasal Islam!'
Pernahkah mendengar perkataan-perkataan ini?
Saya dah banyak kali dah sampaikan kadang-kadang bosan mendengarnya.
Kadang-kala dalam bentuk nasihat dan kadang-kala dalam keadaan marah.
Memang saya faham budaya orang Melayu yang menganggap berbincang tentang Islam adalah perkara yang dianggap 'taboo' iaitu perkara yang tidak harus dilakukan tapi sengaja saya lakukannya. Apa tidaknya, apabila ada yang jahil dan bagi pendapat yang tidak bernas tentang Islam.
Mengapa orang Melayu tak suka berbicara tentang Islam? Ini adalah salah satu soalan yang agak lama di kepala saya. Selepas mempelajari tentang sejarah Islam di Malaysia barulah faham mengapa adanya budaya yang tidak membina ini. Terlalu panjang untuk diceritakan di sini.
Muslim zaman ini suka kepada hiburan dan dunia, Islam disisihkan seolah-olah hanyalah satu 'agama' atau 'kepercayaan' sahaja. Bagi sesetengah mereka ini, mereka menganggap bila dah ada 'Islam' di kad pengenalan maka itu sudah cukup untuk menempah tempat di syurga. Islam secara praktikal (deen) dalam setiap aspek kehidupan dilupakan.
Saya lebih suka jika Islam disebut dan dibicarakan di mana-mana sahaja. Bukankah berbicara tentang Islam dari segi ilmiah adalah lebih baik daripada berbicara tentang bola sepak, artis, permainan politik, mengumpat dan sebagainya?
Jika muslim sentiasa berbicara tentang Islam, mana mungkin kumpulan-kumpulan yang membawa agama yang sesat mampu untuk bercambah di tanah air kita?
Manakah silapnya muslim di Malaysia sehingga tidak suka kepada perkara yang baik?
salam ukhwah dan salam kenal :)
ReplyDeleteZaman sekarang orang islam sendiri takut pada agamanya sendiri, dan orang Islam sendiri yang mencemarkan agamanya sendiri...
moga kita terhindar dari penyakit2 sebegitu :)
Zaman sekarang nak menegur yang salah tu dah jadi satu kesalahan..;)
ReplyDelete