Saturday, September 4, 2010

Habis RM800 bertuntung

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HabisRM800bertuntung/Article

Habis RM800 bertuntung
Oleh Misiah Taib

2010/09/05
KUCHING: Mahli Udin, 56, tidak pernah gagal meneruskan tradisi bertuntung dengan menghiaskan halaman rumahnya dengan pelita dan lampu warna-warni sejak 15 tahun lalu.

Kini, dengan adanya Pertandingan Pesta Bertuntung Berita Harian 2010 yang dianjurkan buat julung kali tahun ini, Mahli memilih untuk membina sebuah pintu gerbang memasuki halaman kediamannya di Jalan Haji Kassan, Kampung No 5, dekat sini.

Pertandingan itu dirasmikan secara meriah malam tadi pada majlis yang dihadiri Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Openg; Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof; Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Datuk Anthony Firdauz Bujang; Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid; Pengarah Pemasaran NSTP, Zuraida Mohamad dan Pengarang Edisi Mingguan, Kadir Dikoh.
Mahli juga sanggup membelanjakan RM800 untuk membeli 42 set lampu warna-warni dan 150 pelita minyak tanah untuk dipasang di pekarangan rumah dan jika dikira harga minyak tanah yang kini mencecah RM2.41 seliter, kos yang perlu ditanggung warga emas itu boleh mencecah lebih RM1,000.

Sambil memuji Berita Harian kerana menghidupkan semula pertandingan bertuntung yang tidak diadakan sejak tujuh tahun lalu, Mahli berharap pada masa depan hadiah wang tunai yang ditawarkan dapat dinaikkan sejajar dengan kos yang perlu ditanggung peserta.

Kali terakhir pertandingan bertuntung ialah pada 2003. Saya pernah menjuarai pertandingan bertuntung sembilan tahun berturut-turut antara 1996 hingga 2003. Ketika itu ia dianjurkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Yayasan Budaya Melayu Sarawak (YBMS), katanya.

Berita Harian menyediakan hadiah wang tunai RM19,700 bagi pertandingan yang dibahagikan kepada dua kategori, kampung dan rumah. Juara kategori kampung akan menerima RM7,000, manakala johan kategori rumah menerima RM1,000. Penganjuran pesta ini mendapat kerjasama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Pusat Khidmat Parlimen Petra Jaya.
Mahli berkata, untuk menyertai Pesta Bertuntung Berita Harian 2010, anaknya, Mohd Suhazari Mahli, 16, bersama empat rakan membantu membina pintu gerbang kayu tertulis Selamat Hari Raya Aidilfitri yang mengambil masa dua hari untuk disiapkan.

Kami mula bertuntung malam dua likur (2 September). Biarpun pertandingan diadakan sehingga malam hari pertama Aidilfitri, kami akan bertuntung hingga hari ketujuh Aidilfitri seperti yang biasa kami lakukan setiap tahun, katanya.

-----------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------

KOMEN SAYA:

Baik duit tu guna untuk derma kat anak yatim. Dapat pahala untuk akhirat.
RM800 cukup membiayai seorang anak yatim selama hampir setahun.




Yang pi anjurkan juga entah apa prioriti dia. Kalau duit dah bannyak dan taktau nak buat apa, baik dermakan sahaja.

2 comments:

  1. Inilah antara masalah umat akhir zaman. Tidak dapat beza antara 2 keperluan, yg mana lebih utama.
    1- Antara 2 yg wajib yg mana perlu dulu?
    2- Antara wajib dan sunat mana yg dulu?
    3- Sesuatu perkara yg harus yg mebolehkan terjadinya wajib maka yg harus itupun menjadi wajib.

    Sila rujuk kepada ulama' untuk penerangan lanjut kaedah usul fiqh ini

    ReplyDelete