Friday, June 24, 2016

Herd Immunity (Ada apa dengan Lembu?)

Saban hari, kita mendengar ramai yang menggunakan perkataan ini. Malah ada juga pihak yang salah guna perkataan ini untuk menakutkan orang ramai. Ada ramai yang mengutuk dan ada juga yang mempertahankan herd immunity atau imuniti kelompok ini.

Malah herd immunity atau immuniti kelompok sebenarnya adalah asas yang digunakan untuk menbuat polisi penvaksinan. Oleh itu, teori immuniti kelompok ini sepatutnya diketahui kebenarannya.



SEJARAH RINGKAS

Istilah ini mula dilihat  dalam kertas jurnal yang diterbitkan pada 1923 oleh Topley dan Wilson yang bertajuk 'The spread of bacterial infection: the problem of herd immunity'. Kajian mereka kepada tikus makmal menunjukkan bahawa tikus yang diimunisasi (bukan vaksinasi, tetapi tikus yang dijangkiti dan menghasilkan antibodi semulajadi) mempunyai kadar kematian yang lebih rendah serta kemungkinan yang lebih rendah untuk menyebarkan bakteria.

Idealogi ini kemudiannya diguna pakai dalam vaksinasi. Vaksinasi diangkat sebagai kaedah untuk memberikan imunisasi kepada manusia. Dengan adanya individu-individu yang mempunyai imunisasi, ia akan memberikan perlindungan kepada populasi-populasi manusia daripada jangkitan penyakit. Dengan nada yang sama, vaksinasi diharapkan dapat membasmi penyakit-penyakit tertentu.

Dalam kertas kerja yang dibentangkan oleh Fine, 1993 terdapat pelbagai model matematik yang digunakan untuk menyokong bagaimana vaksinasi mampu untuk memberikan kesan immuniti kelompok. Dari situlah mereka dapat polisi untuk mevaksinkan 95% populasi bagi mencapai immuniti kelompok.



MASALAH IMUNITI KELOMPOK

Menurut Fine et al, 2011, kebanyakan teori-teori awal tentang immuniti kelompok ini dilakukan dengan tanggapan bahawa vaksin memberikan imuniti yang sempurna terhadap jangkitan. Dalam erti kata lain, vaksin dianggap berkesan 100% dan memberikan perlindungan sepanjang hayat.

Namun tanggapan (assumption) bahawa vaksin mampu untuk memberikan imunisasi yang berkesan mahupun perlindungan jangkamasa panjang jelas dibuktikan salah pada hari ini. Berdasarkan model matematik yang digunakan seperti dalam Fine 1993, walaupun seluruh populasi (semua individu) divaksinasikan, ini bermakna bahawa penyakit tidak mungkin boleh dibasmikan.

Immuniti Vaksin tidak tahan lama
Ini boleh dilihat pada imuniti yang terbit daripada vaksinasi mula susut (waning immunity), contohnya pada vaksin pertusis yang didapati tidak berkesan selepas 3 tahun (CDC). Ini bermakna kebanyakkan daripada kita yang dewasa sebenarnya sudah tiada imuniti kepada penyakit walaupun telah divaksinkan pada masa kecil. Dan kita sebenarnya tiada bezanya dengan kanak-kanak atau bayi yang tidak divaksinkan, mampu untuk menjadi pembawa kepada penyakit.

Vaksin adalah tidak 100% berkesan
Vaksin yang dianggap memberikan perlindungan yang lengkap juga sebenarnya kurang berkesan. Contoh yang baik boleh dilihat dalam usaha untuk membasmi polio di India, vaksin monovalen (vaksin polio standard melalui oral) memberikan perlindungan yang sedikit sahaja. Selain itu, vaksin Dtap pula dibuktikan hanya 53-64% berkesan sahaja (setelah booster shot yang lengkap).

Vaksin tidak halang jangkitan
Antara tanggapan lain yang dibuat adalah, individu yang divaksin tidak akan menyebarkan jangkitan. Kajian Merkel et al 1993 dalam model primate bukan manusia, individu yang divaksin tidak akan menunjukkan kesan buruk penyakit tapi masih mampu untuk menyebarkan penyakit kepada yang lain

Dengan sebab-sebab yang telah dihurai dengan serba ringkas di atas, jelas vaksinasi tidak mampu untuk menghasilkan imunisasi yang mampu memberikan kesan imuniti kelompok.  



KESIMPULAN

Mana-mana pihak yang ingin mengaitkan penvaksinan dengan imuniti kelompok perlu untuk membuktikan bahawa vaksin adalah kesannya berpanjangan, adalah efektif dan berkesan serta mampu untuk menghalang jangkitan



Pesanan penulis: 

Penulisan ini hanya untuk membuka kepada perbincangan berkaitan dengan herd immunity atau imuniti kelompok. Adalah tidak bermoral untuk mengaitkan mana-mana penyakit yang berlaku atau membawa kematian dengan mereka yang tidak mevaksinkan anak tanpa bukti. Malah CDC dalam pelbagai kes, pernah menyatakan bahawa wabak yang berlaku di US tidak disebabkan oleh mereka yang tidak vaksin.

Jangan pula kita lupa, antara tujuan program penvaksinan- imuniti kelompok adalah untuk melindungi mereka yang tidak boleh divaksinkan.


Penulis berharap vaksin yang lebih efektif dan selamat mampu dihasilkan pada masa depan.












RUJUKAN:

Paul Fine, Ken Eames, and David L. Heymann "Herd Immunity": A Rough Guide
Clinical Infectious Diseases 2011 52: 911-916.

https://kpkesihatan.com/2015/11/05/kenyataan-akhbar-kpk-5-nov-2015-kes-measles-meningkat-di-malaysia/

Paul E. M. Fine Herd Immunity: History, Theory, Practice Epidemiologic Reviews 1993 Vol 15, no 2

Nicholas C Grassly, Jay Wenger, Sunita Durrani, Sunil Bahl, Jagadish M Deshpande, Roland W Sutter, David L Heymann, R Bruce Aylward, Protective efficacy of a monovalent oral type 1 poliovirus vaccine: a case-control study, The Lancet, Volume 369, Issue 9570, 21–27 April 2007, Pages 1356-1362, ISSN 0140-6736, http://dx.doi.org/10.1016/S0140-6736(07)60531-5.

http://www.cbsnews.com/news/whooping-cough-makes-a-comeback-as-vaccine-wanes/

Jason M. Warfel, Lindsey I. Zimmerman, and Tod J. Merkel
Acellular pertussis vaccines protect against disease but fail to prevent infection and transmission in a nonhuman primate model PNAS 2014 111 (2) 787-792; published ahead of print November 25, 2013, doi:10.1073/pnas.1314688110 

http://www.cdc.gov/pertussis/about/faqs.html 

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/23873919

Friday, July 11, 2014

Adakah Quran Saintifik? Jawapannya ialah TIDAK!

Assalamualaikum,

Dalam post kali ini, saya ingin menyentuh berkenaan Quran, sains dan istilah saintifik yang banyak digunakan oleh ramai penulis buku untuk menggambarkan Quran.

Saban hari buku-buku yang mengaitkan sains dan Quran semakin banyak di pasaran. Contohnya seperti berikut:





Penggunaan istilah saintifik memberikan maksud yang mendalam kepada mereka yang memahami ilmu sains. Ilmu daripada sesuatu yang saintifik memerlukan kajian saintifik dilakukan: perlunya ada hipotesis, ujian dengan kaedah saintifik, mengumpul data dan kemudiannya membentuk teori-teori sains. Saya pasti ini semuanya tidak ada di dalam Quran.

Jika tiada mengapa kita memanggil Quran sebagai saintifik? Quran bukanlah buku 'SCIENCE' (sains) tetapi Quran merupakan buku 'SIGNS' (hidayah) bagi manusia.

Perkara ini menjadi lebih buruk apabila ada juga penulis yang menggunakan istilah 'Keajaiban Saintifik' dalam Quran. Istilah 'Keajaiban Saintifik' sememangnya tidak logik, seolah-olah kita mengatakan adanya segi tiga yang berbucu empat (oxymoron). Seperti mana yang saya sebut sebelum ini, saitifik memerlukan kaedah saitifik dan ujikaji sebelum mencapai satu teori sains. Bagaimana sesuatu yang didapati dengan kaedah saintifik itu keajaiban?

Keajaiban itu contohnya sebagaimana Nabi Isa AS menyembuhkan orang yang sakit kusta atau mencelikkan mata orang yang buta. Jika Nabi Isa AS guna pembedahan untuk mencelikkan mata orang buta atau sembuhkan kusta dengan ubat-ubatan, maka itu sudah bukan keajaiban dan hanyalah saintifik semata-mata.

Sebagai muslim yang berada dalam bidang sains, kita haruslah sedar bahawa terdapat jurang yang besar antara agama (terutamanya Kristian) di barat. Semuanya bermula apabila Galileo Galilei membentangkan bahawa bumi mengelilingi matahari dan bukan sebaliknya. Gereja pada ketika itu, percaya bahawa bumi adalah pusat segalanya (matahari mengelilingi bumi) sebagaimana yang ditulis dalam Bible. Rentetan masalah ini, dunia sains di barat mula untuk memutuskan dan mengasingkan agama dalam  sains.

Permasalahan ini yang disebabkan oleh orang Kristian menyebabkan terpisahnya sains dan agama di Barat. Setelah kejatuhan tamadun orang Islam, sains mula dipelopori oleh mereka di Barat. Kita pula mempelajari sains mengikut acuan mereka iaitu sains terpisah dan tidak serasi dengan agama. Ini sebenarnya tidak benar, ulamak-ulamak dan saintis silam kita seperti Ibn Sina telah membuktikan sebaliknya. Agama Islam tidak sesekali bertentangan malah menggalakkan perkembangan sains.

Walaupun begitu, pada hari ini terdapat trend yang baru yang membimbangkan penulis. Mungkin ini semua bermula setelah Dr. Maurice Bucaille (seorang doktor) yang memeluk Islam menulis bukunya The Bible, the Quran and Science. Penulis mendapat ada ahli agamawan dan bukan agamawan yang mentafsir Quran menggunakan Sains. Perkara ini bukan kaedah yang telah ditentukan oleh ahli ulamak silam kita.

Pada pendapat penulis ini adalah sangat berbahaya dan mempu merosakkan agama. Sebagai contohnya Quran 51:47 yang merujuk kepada Allah yang Maha Besar yang meluaskan/mengembangkan alam semesta ini (universe expending) seringkali dijelaskan dengan Big Bang Theory. Ini adalah satu kesilapan yang sangat besar. Jika pada suatu hari nanti, jika Big Bang Theory dibuktikan salah, adakah ayat Quran ini juga salah?

Kaedah mentafsir Quran menggunakan sains haruslah dihentikan. Teori-teori sains sentiasa berubah-ubah mengikut masa manakala Quran pula adalah sentiasa kekal dan dilindungi Allah sehinggalah Kiamat kelak.



Penulis tidaklah berkata bahawa Quran bukan satu Miracle tetapi yang dimaksudkan ialah Quran tidak Saintifik. Kita tidak jumpa kaedah saintifik di dalam Quran. Penulis juga tidak menafikan bahawa ayat-ayat di dalam Quran begitu hebat dan tidak ada antaranya yang bertentangan dengan teori-teori sains hari ini. Penulis juga tidak menafikan pernah menggunakan istilah Quran saintifik atau keajaiban saintifik dalam Quran secara tidak sengaja di dalam blog ini.

Saturday, April 20, 2013

Vaksin HPV


Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Penulis sebelum ini pernah menulis berkenaan vaksin HPV di sini. Artikel ini ditulis setelah melihat dan mendengar berkenaan kejadian-kejadian berikut berikutan suntikan vaksin HPV di sekolah-sekolah. 
  • Remaja yang ibubapanya tidak membenarkan suntikan vaksin HPV dimarahi oleh guru dan jururawat di sekolah.
  • Ibubapa tidak diberikan pengetahuan oleh pihak yang secukupnya berkenaan vaksin HPV sebelum diminta mengisi surat kebenaran bagi suntikan vaksin HPV. (contohnya ibubapa tidak diberitahu bahawa vaksin ini tidak dibolehkan bagi mereka yang mempunyai alahan kepada yis dan mereka yang mendapat reaksi alahan setelah suntikan pertama tidak dibolehkan ambil suntikan seterusnya)
  • Remaja yang diberikan suntikan tiba-tiba pengsan dan sawan setelah suntikan HPV. 

Apakah itu HPV?

Human papillomavirus (juga dikenali HPV) adalah satu kumpulan virus yang terdiri lebih daripada 120 jenis. Sebahagiannya lebih kurang 40 jenis adalah dikenali sebagain 'genital human papillomavirus' adalah penyakit kelamin yang paling biasa berjangkit pada manusia. HPV jenis ini boleh menjangkiti bahagian kemaluan lelaki dan perempuan. HPV jenis ini turut boleh menjangkiti bahagian mulut, tekak dan dubur.

HPV boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Ini termasuklah ketuat pada kemaluan dan kanser. Walaupun begitu, tidak semua orang yang dijangkiti akan menghadapi masalah kesihatan yang serius, Dalam kebanyakkan kes, HPV akan sembuh dengan sendiri tanpa memberikan apa-apa masalah kesihatan dan kebanyakkan orang yang dijangkiti HPV tidak sedar mereka mempunyainya.

HPV bukanlah herpes atau HIV (virus yang menyebabkan AIDS) walaupun kedua-dua virus ini turut dipindahkan ketika hubungan seks.


Siapakah yang berisiko mendapat HPV? 

Sesiapa sahaja yang pernah atau sedang melakukan kegiatan seks boleh dijangkiti HPV terutamanya lelaki dan perempuan yang kerap bertukar-tukar pasangan.


Ini adalah kerana HPV dijangkiti melalui hubungan kelamin, biasanya semasa seks melalui faraj dan dubur. HPV juga boleh dijangkiti semasa seks oral mahupun sentuhan antara kemaluan. HPV boleh dijangkiti walaupun pasangan seks tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda atau gejala (symptom).


Kebanyakkan orang yang dijangkiti tidak sedar mereka dijangkiti atau menjangkiti pasangan seks mereka. Seseorang masih boleh dijangkiti HPV walaupun bertahun tidak melakukan hubungan seks dengan pasangan yang dijangkiti. Manusia juga boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis HPV.

Dalam kes yang terpencil, ibu mengandung dengan jangkitan HPV pada kemaluan boleh menjangkiti anaknya semasa dilahirkan.



Teori vaksin HPV 

Harald zur Hausen, iaitu pemenang Hadiah Nobel tahun 2008 bagi kategori 'Psychology or Medicine' dalam kajiannya menemui sebahagian HPV yang onkogenik sebagai penyebab kanser rahim. Penemuan ini membawa kepada pemahaman jangkitan HPV secara semulajadi dan mekanisma bagaimana HPV boleh menjadi punca bagi kanser rahim. Ini kemudiannya membawa kepada penghasilan vaksin HPV. 

Teori mudah bagi vaksin HPV adalah sekiranya jangkitan HPV boleh dielakkan, maka kanser tidak akan berlaku.


Sejarah ringkas vaksin HPV

Vaksin HPV yang pertama, Quadrivalent Human Papillomavirus (Types 6, 11, 16, 18) sejenis vaksin rekombinan (HPV4)  telah dilesenkan oleh Food and Drug Administration untuk kegunaan dalam US pada Jun 2006 dan pada bulan yang sama, Advisory Committee on Immunization Practices mengesyorkan vaksin ini sebagai vaksinasi berkala bagi perempuan antara 11 dan 12 tahun. Pada tahun 2009, HPV4 turut dilesenkan untuk mengelakkan ketuat pada lelaki dan pada tahun 2010, untuk mengelakkan kanser dubur bagi lelaki dan perempuan.

Pada tahun 2009 juga, FDA turut melesenkan vaksin HPV2, Bivalent Vaccine (Types 16 dan 18).

Product: Gardasil (HPV4)
Manufacturer: Merck
Year Licensed: 2006

Product: Cervarix (HPV2)
Manufacturer: GlaxoSmithKline
Year Licensed: 2009

Kedua-dua vaksin dikatakan berkesan untuk mengelakkan jangkitan HPV bagi jenis (types) yang terkandung dalam vaksin. Maka secara tidak lansung melindungi daripada kanser mahupun pra-kanser yang disebabkan oleh HPV 16 dan 18. Vaksin HPV4 pula dikatakan mampu melindungi daripada ketuat pada kelamin yang disebabkan oleh HPV 6 dan 11 pada lelaki dan perempuan.


Permasalahan vaksin HPV

Vaksin HPV hanya melindungi 2 daripada 40 jenis kanser servik yang berbeza yang disebabkan HPV. (Menurut CAP).

90% daripada semua jangkitan HPV akan disingkirkan oleh sistem imun dalam tempoh dua tahun. Selain itu, kebanyakkan jangkitan tidak memberikan sebarang tanda-tanda mahupun gejala yang negatif.

HPV bukanlah satu-satunya penyebab kanser servik. Antara punca berisiko tinggi  lain yang dikenalpasti adalah merokok, jangkitan bersama herpes, Chlamydia atau HIV, dan penggunaan hormon perancang keluarga. Ketidakseimbangan hormon estrogen terutamanya dikaitkan dengan kanser servik.

Malah jika seseorang perempuan dijangkiti HPV type yang boleh menyebabkan kanser, tidak semestinya dia pasti akan mendapat kanser. Kemungkinan besarnya, badannya akan menyingkirkan virus itu sebelum kanser terbentuk.
 
HPV adalah penyakit jangkitan seksual. Penyakit ini hanya berjangkit melalui hubungan seks sahaja. Hanya mereka yang aktif secara seksual dan mengamalkan seks rambang berisiko untuk menjangkiti HPV dengan mudah. Ini bermakna vaksin ini sesuai untuk golongan yang mengamalkan seks bebas dan pelacur. 

Dalam usia ini, remaja kita tidak melakukan kegiatan seksual. Ini adalah kerana budaya dan agama di Malaysia melarang hubungan seks sebelum perkahwinan. Ini jelas berbeza dengan budaya Barat yang kebanyakkan remaja mereka aktif melakukan hubungan seks walaupun bertentangan dengan agama. Jelas tidak logik untuk mevaksinasi remaja kita di Malaysia.

Kanser serviks hanya terjadi lebih daripada 10 tahun setelah jangkitan. Vaksinasi kepada remaja berumur antara 9-13 tahun seperi yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia hanya mampu melindungi mereka daripada 2 jenis HPV sahaja. Itupun kesan vaksinasi tidak dapat bertahan lebih daripada 5 tahun.

Kadar kematian daripada kanser servik adalah amat rendah di Malaysia. Mengikut data dari Statistik Kanser Kebangsaan 2003, kadar kejadian kanser rahim adalah 6.9 di dalam 100,000 populasi. Kadar kejadian kanser rahim tidak setinggi di negara-negara Barat. Kejadian kanser serviks menurun daripada 12.9 % pada 2003 kepada 12.2% pada 2006 dan ini berlaku sebelum adanya vaksin HPV. Sepanjang tahun 2006, hanya 1,074 kes sahaja yang telah dilaporkan. Bilangan kes tidak menunjukkan bilangan kematian yang disebabkan kanser servik dan bukan semua kanser servik adalah disebabkan oleh HPV.
 

Kanser serviks yang tipikal berlaku pada wanita berumur 40 tahun ke atas. Apakah logiknya untuk vaksinasi remaja yang baru akhil baligh? Kesan vaksinasi tidak kekal spanjang hayat, biasanya hanya mampu bertahan beberapa tahun sahaja. Fakta ini boleh dilihat dalam ujian klinikal Gardasil (vaksin HPV4),perlindungan terhadap 'cell dysplasia' (perubahan kepada permukaan sel servik) hilang setelah 4 tahun sahaja dan dalam ujian klinikal, peserta ujian diberikan dos suntikan yang keempat untuk menambahkan bilangan antibodi. Dan ujian klinikal ini dilaporkan oleh Merck (pembuat vaksin) walaupun vaksinnya dipasarkan dengan tiga suntikan sahaja, bukan empat.

Menurut Dr Diane Harper, saintis utama untuk Gardasil, vaksin HPV hanya memberikan perlindungan 5 tahun sahaja daripada suntikan yang pertama.
Dan Gardasil hanya mengekalkan titer (kepekatan) antibodi untuk HPV 16 sahaja (tidak untuk 18/11/6) selama 5 tahun. Ini bermakna perlindungan yang benar kekal lama daripada suntikan vaksin HPV4 Gardasil yang sebenar hanyalah bagi kanser yang disebabkan HPV type 16 sahaja.

Menurut Dr Diane Harper, jika seseorang yang divaksinasi tidak aktif secara seksual dalam 5 tahun, maka vaksin tersebut tidak melindunginya daripada kanser rahim. Dia berkata demikian kerana tidak ada bukti bahawa Gardasil memberikan keberkesanan lebih lama daripada 5 tahun. Dr ini juga menyebut kegagalan logik memberikan vaksin kepada mereka yang berumur antara 9-15 tahun kerana mereka mungkin tidak akan terdedah kepada HPV sehinggalah kesan vaksin hilang dan tak berkesan lagi.

 
                                                              Source: www.cancereducation.org
 
Kajian saintifik menunjukkan suntikan vaksin HPV tidak selamat dan tidak berkesan seperti yang didakwa oleh pembuat vaksin.
Laporan yang sistematik telah dilakukan oleh kumpulan saintis di Kanada terhadap kajian vaksin sebelum dan selepas dilesenkan menunjukkan bahawa keberkesanan vaksin adalah tidak benar dan keberkesanannya tidak pernah dibuktikan. Mereka mendedahkan bahawa ujian keselamatan vaksin ini mengandungi kesilapan yang besar dan bukti keselamatan vaksin adalah bertentangan dengan kes-kes yang dikaitkan dengan vaksin HPV (termsuklah  kematian dan kecacatan kekal). Artikel penuh boleh dibaca di http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/23016780

Menurut kajian yang dilakukan oleh Merck (pembuat vaksin) pula, jika seseorang telah terdedah kepada HPV 16 dan 18 sebelum suntukan vaksin, risiko untuk membentuk luka pra-kanser atau lebih teruk meningkat sebanyak 44.6%.

Vaksin HPV mempunyai kesan sampingan yang bahaya. Antara laporan yang telah dilakukan kepada VAERS, antara kesan sampingan yang serius termasuklah:

  • Guillain Barre Syndrome
  • Blood clots
  • Heart problems
  • Fainting
  • Seizures
  • Pancreatitis 
  • Spontaneous abortion/Miscarriages
  • Fetal abnormalities 
  • Neurology problems
  • Bells Palsy
  • Paralysis
  • Speech problem 
  • Short term memory loss 
  • Ovarian cysts
  • Blindness  
  • Cardiac arrest
  • Sudden death
Sehingga 13 Ogos, 2012, VAERS telah menerima 119 laporan kematian selepas suntikan vaksin HPV berserta:
  • 894 laporan kecacatan kekal
  • 517 kejadian mengancam nyawa
  • 9,889 kemasukan ke wad kecemasan
  • 2,781yang dihospitalkan
Kesan serius yang lain boleh juga dibaca dari http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21425100 yang menunjukkan perkaitan jelas penyakit autoimmune seperti Guillain-Barre syndrome selepas suntikan vaksin HPV.

Vaksin HPV mengandungi bahan-bahan yang boleh berbahaya kepada manusia. Antaranya:
HPV Types 6, 11, 16, and 18 (dari DNA rekombinan)
aluminum hydroxyphosphate sulfate (sejenis neurotoxin, boleh menyebabkan penyakit autoimmune)
yeast protein (boleh menyebabkan alahan kepada sesetengah orang)
sodium chloride,
L-histidine (berisiko menyebabkan penggumpalan darah)
polysorbate 80 (boleh menyebabkan kemandulan pada perempuan)
sodium borate (digunakan sebagai racun lipas, dikaitkan dengan kemandula)

Mengikut senarai di The National Library of Medicine (NLM) oleh National Institutes of Health, sodium borate yang ada dalam vaksin HPV telah disenaraikan sebagai racun yang berbahaya dan kini tidak digunakan lagi dalam persiapan perubatan. Kesan atau gejala akibat keracunannya adalah seperti convulsion, collapse dan seizures, dan gejala-gejala ini sering berlaku setelah suntikan vaksin HPV.


Kaedah lain mengatasi masalah kanser serviks.

Mengikut laporan CDC berkaitan HPV kepada Congress pada tahun 2004:
Kanser servik adalah kesan yang jarang berlaku akibat jangkitan HPV pada wanita terutamanya jika mereka diperiksa untuk kanser secara berkala dengan pap smear. Jika kanser dikesan awal dan diurus dengan cepat, kadar hidup bagi kanser servik adalah lebih daripada 90%.


Kondom boleh mengurangkan risiko dijangkiti HPV. Kajian yang telah dilakukan kepada pelajar perempuan di kolej selama tiga tahun di US (semuanya anak dara pada mulanya) mendapati bahawa perempuan yang bersama pasangan yang sentiasa memakai kondom semasa seks adalah 70% kurang dijangkiti dengan HPV berbanding dengan perempuan yang bersama pasangan yang tidak memakai kondom.

Dr. Tom Fitch, seorang pakar kanak-kanak di San Antonia dan lembaga pengerusi di Medical Institut for Sexual Health menegaskan bahawa kaedah yang terbaik untuk mengelakkan penyakit berjangkit secara seksual seperti HPV adalah dengan menahan diri (dari seks) dan monogami (tidak bertukar-tukar pasangan/seks rambang/seks bebas). 


Pesanan Penulis


Sama ada untuk vaksin atau tidak, itu adalah hak kita dan orang lain tidak ada hak untuk menentukan samada kita nak vaksinkan diri atau anak-anak kita. Kalau kena penyakit, kita yang kena bertanggungjawab bukan orang lain, kalau anak sawan, alergi atau mati disebabkan vaksin, adakah doktor akan tanggung? Adakah syarikat pengeluar vaksin akan tanggung? Adakah kerajaan akan tanggung?
Kita ada hak untuk tahu apakah kandungan vaksin. Kita ada hak untuk tahu apakah risiko dan komplikasi (masalah) dari vaksin SEBELUM kita membuat keputusan untuk membenarkan diri atau anak-anak divaksinkan. Harus kita ingat bahawa semua vaksin dan produk farmasi yang lain membawa risiko kecederaan atau kematian. Jangan sekali-kali membenarkan vaksin atau ubat-ubatan diberikan tanpa diberitahu tentang SEMUA risko.

Knowledge is power. Penuhkan dada dengan ilmu yang tepat tentang vaksinasi dan kesihatan. Buat kajian dan berbincanglah sebelum membuat apa-apa keputusan yang berkaitan kesihatan. Jadilah konsumer yang berpelajaran/berilmu dan kita akan mudah membuat keputusan yang bijak dan menlindungi diri dan keluarga. Ingat juga, dengan adanya ilmu, kita akan lebih mudah untuk berbincang secara ilmiah dan rasional dengan keluarga, rakan-rakan, doktor mahupun pakar kesihatan.

Setelah membuat keputusan, pastikan diri bersedia dan bertanggungjawab kepada keputusan yang dibuat.

Simpan rekod kesihatan samada divaksinkan atau tidak. Jika divaksinkan simpan rekod masa dan jenis vaksin, pengeluar vaksin dan komplikasi setelah divaksinkan.




-Muhammad Ng Chee Hong



Rujukan:
http://www.cdc.gov/std/hpv/stdfact-hpv.htm
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pengambilan-vaksin-human-papilloma-virus-hpv
http://www.malaysiakini.com/letters/140498
http://www.buffalonews.com/apps/pbcs.dll/article?AID=/20130418/OPINION/130419167/1074
http://www.immunizationinfo.org/vaccines/human-papillomavirus-hpv
http://www.who.int/bulletin/volumes/85/9/06-038414/en/
http://jama.jamanetwork.com/article.aspx?articleid=184404
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/CAPtaksetujuvaksinremajaperempuan/Article/index_html
http://www.cancereducation.org.my/malay/jenis/servik.php?section=6&subsection=1
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/23016780
http://www.draxe.com/the-truth-about-hpv-vaccines/
http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2010/11/05/gardasil-vaccine-is-a-flop-for-good-reasons.aspx
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21425100
http://www.nbcnews.com/id/13461194/ns/health-cancer/t/condoms-help-protect-against-cervical-cancer/#.UXH0yUpBNQ4
http://www.naturalnews.com/Report_HPV_Vaccine_2.html
http://www.merck.com/product/usa/pi_circulars/g/gardasil/gardasil_pi.pdf
http://www.fda.gov/downloads/BiologicsBloodVaccines/Vaccines/ApprovedProducts/UCM111266.pdf
http://www.novaccine.com/vaccine-ingredients/results.asp?sc=106

Tuesday, November 13, 2012

Apa apa dengan Vaksin?

Dengan adanya ledakan teknologi dan perkembangan sains, kita manusia lupa untuk bertanya, "Mengapa?".

Persoalan yang saya ingin kupas hari ini adalah "Mengapa vaksinasi?".
Vaksinasi dilakukan selepas bayi dilahirkan sehinggalah besar. Dua tiga tahun kebelakangan ini, kerajaan juga sering mempromosikan vaksinasi. Contohnya untuk HPV dan selesema burung. Kita pula ikut sahaja cucuk vaksin tanpa bertanya banyak. Macam lembu yang dicucuk hidungnya ditarik tali kita ikut sahaja.

Gambar dari WHO

Apakah itu vaksin? 
Menurut WHO, vaksin ialah satu persediaan yang bertujuan untuk menghasilkan keimunan badan kepada sesuatu penyakit dengan meransang penghasilan antibodi.

Vaksin termasuklah contohnya suspensi mikroorganisma yang dimatikan atau dilemahkan atau produk atau sebahagian mikroorganisma. Kaedah biasa untuk pemberian vaksin adalah melalui suntikan tetapi ada juga yang diberikan melalui mulut atau semburan hidung.

Bagaimana vaksin menghasilkan imuniti?
Apabila badan kita didedahkan kepada vaksin yang mengandungi mikroorganisma, badan akan menghasilkan antibodi dan pada masa yang sama akan menghasilkan sel-sel memori (ingatan) yang akan mampu untuk membunuh/memusnahkan/menyingkirkan mikroorganisma apabila ianya kembali menyerang badan pada kali kedua.

Jadi apa masalahnya dengan vaksin?
Masalah dengan vaksin ini adalah sama ada ianya benar-benar berkesan atau tidak berkesan. Adakah vaksin ini selamat digunakan atau tidak? Dua perkara ini adalah persoalan yang sangat penting untuk dijawab.

Mampukah para pembaca menjawabnya? Mengapa tidak mampu padahal kita dah ambil vaksin macam telan panadol saban hari?


Doktor kata selamat buat apa nak bimbang?
Jika kita tanya doktor yang ada pada hari ini, kebanyakkan mereka akan mengatakan bahawa vaksin adalah selamat dan pastinya tiada masalah daripada penggunaannya. Saya ingin tegaskan disini bahawa kenyataan sebegini biasa kerana inilah yang mereka belajar daripada buku-buku teks di universiti-universiti. (jangan lupa buku-buku teks ini kebanyakkannya di sponsor oleh syarikat farmasutikal yang turut menghasilkan vaksin). Maka mereka akan percaya bulat-bulat macam lembu dicucuk kat hidung juga. Saya sedih kerana doktor-doktor kita tidak rajin dan ada yang tidak pandai membaca dan membuat kajian.

Doktor-doktor yang telah memberikan vaksinasi kepada kanak-kanak contohnya pastinya sentiasa mendapat maklum balas daripada ibubapa akan pelbagai masalah daripada yang biasa seperti demam kepadalah yang serius seperti autism dan sawan. Tragiknya, kebanyakkan doktor adalah terlalu bongkak untuk mengaitkan kemungkinan adanya masalah dengan vaksin. Kebanyakkan mereka didoktrinkan untuk bersahaja memberitahu ibubapa apa-apa sahaja yang buruk akibat daripada vaksin adalah satu kebetulan sahaja? Tetapi mengapakah terdapat terlalu banyak 'kebetulan-kebetulan'?

Contohnya dalam kes vaksinasi kanak-kanak, bayangkan kanak-kanak yang perkembangannya normal dan sedang membesar sihat, kemudian tiba-tiba tidak boleh bercakap dan menjadi buta, bayangkan mereka tiba-tiba sawan, ada pula yang mendapat asma dan alergi dan ibubapa mereka tiada tempat lagi untuk mengadu kerana doktor kata kebetulan sahaja. Doktor kata awak tak belajar dan awak tak tahu apa yang awak katakan.


Sejarah membuktikan bahawa vaksin berkesan, tengok smallpox
Kalau tengok buku teks konvensional, epidemik smallpox dan polio hilang disebabkan vaksin, dan kebanyakkan penyakit yang kita hadapi pada abad ke 20 di US berkurangan kerana kuasa dan implimentasi polisi vaksin.

Tapi kalau dilihat daripada kajian-kajian yang signifikan dalam medical literature, ia menunjukkan yang sebenarnya penyakit-penyakit berjangkit ini hilang bukan kerana vaksin semata-mata tetapi oleh pelbagai sebab-sebab yang lain.

Sebagai contoh, satu artikel yang diterbitkan pada tahun 2000 di Pediatrics Journal menyebut  bahawa sebelum Perang Dunia II, majoriti penyakit berjangkit di US seperti diphtheria, tetanus, polio, pertussis, measles, influenza, parapertussis, tuberculosis dan scarlet fever semuanya telah dikurangkan sebelum Perang Dunia II dan SEBELUM adanya antibiotik dan vaksin dicipta lagi untuk penyakit-penyakit ini.

Sebab berkurangnya kadar insiden dan kadar kemation penyakit-penyakit ini adalah kerana implimentasi strategi kesihatan kepada umum termasuklah
  • Air bersih
  • Keadaan tempat tinggal yang lebih baik
  • Pembaikan sanitasi
  • Pembaikan nutrisi

Kita ada kajian yang membuktikan bahawa vaksin adalah berkesan dan selamat.
Ada juga akan kata daripada pembacaan American Academy of Pediatrics, AMA, CDC dan jurnal-jurnal lain membuktikan bahawa semuanya selamat dan berkesan.

Saya ingin mencabar mereka yang kata selamat ini untuk melihat sendiri kajian yang dilakukan:
  1. Samada ia menggunakan study group (kumpulan kajian) dan contol group (kumpulan kajian kawalan) yang betul?
  2. Adakah bahan-bahan yang digunakan dalam vaksin itu dikaji dengan betul?
  3. Adakah terdapat perbezaan apabila didedahkan kepada virus, bakteria, heavy metal atau toksin melalui air, makanan, usus manusia dan kulit, jika dibandingkan apabila ianya disuntik terus ke dalam badan?
  4. Adakah kita benar-benar mengkaji apakah yang terjadi kepada bahan-bahan dalam vaksin setelah disuntik ke dalam badan?
  5. Adakah antibodi yang terhasil cukup untuk memberikan perlindungan daripada penyakit?
Saban hari, semakin banyak kajian-kajian yang menunjukkan bahawa:
  1. Tiada kajian yang lengkap dan betul telah dilakukan.
  2. Antibodi bukanlah satu-satunya cara badan mendapat perlindungan
  3. Terdapat perbezaan bagaimana manusia memproses bahan melalui udara dan makanan berbanding dengan suntikanl.
  4. Bahan-bahan dalam vaksin akan berkumpul dalam badan dan merosakkan sistem keimunan badan
  5. Terdapat partikel dalam vaksin yang boleh masuk ke dalam otak
  6. Terdapat banyak DNA asing yang masuk ke dalam badan
Adalah amat mengejutkan yang kita ini kekurangan  maklumat tentang keselamatan dan keberkesanan jika dilihat adanya bertimbun paper jurnal yang boleh menaikkan syak akan keselamatan dan keberkesanan vaksin, dan tidak adanya kajian yang betul dan tepat tentang vaksin dilakukan.

Apa yang kita ada pada hari ini adalah polisi yang berat sebelah, satu cara pemikiran yang tidak mungkin membenarkan apa-apa debat tentang vaksin. Apa tidaknya, syarikat-syarikat pengeluar inilah  yang juga menyalurkan wang ke universiti-universiti untuk 'research'.

Awak ada ke kajian yang tunjukkan vaksin tak selamat?
Mesti la ada, buat apa nak bimbang bukan-bukan kalau tak ada.

Salah satu kajian yang telah dilakukan melihat kepada kesan kanak-kanak yang divaksinasi dan dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak divaksinasikan. Kajian yang diterbitkan di Journal of Allergy and Clinical Immunology pada April 2005 ini melihat kepada kesan kesihatan kanak-kanak yang divaksinkan sepenuhnya, yang divaksinkan separa dan mereka yang tidak divaksinkan lansung.

Para penyelidik bertanya kepada ibubapa tentang penyakit atopik iaitu alergi, asma, ezema dan hay fever. Para penyelidik tidak dibenarkan tahu ibubapa adalah daripada kategori kanak-kanak yang mana. Apabila data telah diproses, mereka mendapati bahawa rekod yang terbesar adalah daripada ibubapa yang kanak-kanaknya divaksinasikan sepenuhnya, kedua adalah yang dari vaksinasi separa dan yang paling sikit dengan penyakit atopik adalah dariapda yang tidak divaksinasikan langsung.

Analisis statistik yang dilakukan untuk melihat samada data ini terhasil hanyalah kebetulan sahaja atau data ini benar. Dan mereka dapati secara statistiknya data yang diperolehi adalah benar. Para saintis itu tidak dapat memahami bagaimana masalah ini mungkin berlaku kerana semua orang setuju yang vaksin itu selamat sepenuhnya dan berkesan .


Laporan daripada IOM, 2011 menemui bukti yang kukuh adanya hubungan antara beberapa vaksin dan kesan-kesan yang buruk. Contohnya MMR, varicella zoster, influenza, hep B, meningococcal dan vaksin yang mengandungi tetanus dikaitkan dengan anaphylaxis. Anaphylaxis ialah reaksi alergik yang sangat cepat (beberapa minit sahaja) yang kemudiannya menyebabkan kematian.

Kalau para pembaca dah tahu, masih mahu vaksinasikan anak lagi?

Ada banyak lagi kajian, tapi saya akan cuba kupaskan di post lain.

Kalau tak vaksin nanti tak ada 'Herd Immunity'
Salah satu perbalahan utama yang digunakan untuk menjustifikasikan perbuatan gila ini ialah "herd immunity".
Konsep "herd immunity" ini adalah amat menarik kerana kita telah diajar bahawa jika sebahagian peratusan populasi yag secara aktifnya (bukan vaksin) mendapat penyakit, mereka ini akan memberikan perlindungan kepada sebahagian populasi yang lain lagi yang belum mendapat penyakit itu lagi. Jadi mereka yang mendapat sakit itu sedang menghilangkan penyakit secara semulajadi dan melindungi mereka yang tak dapat penyakit lagi.

Dalam sains vaksin, mereka ini menggunakan idea yang jika mereka menvaksinasikan peratusan manusia, mereka turut akan memberikan perlindungan kepada mereka yang tidak divaksinkan. Dan ini telah dibuktikan SALAH kerana 'herd immunity' dalam teori adalah berasaskan kepada penyakit yang didapati secara 'natural' (bukan 'artificial' seperti vaksin). Kita tahu bahawa vaksinasi tidak dapat mimik/tiru keadaan penyakit berjangkit sacara semulajadi. Jadi model 'herd immunity' tidak boleh digunakan dalam polisi vaksinasi sebenarnya. Malangnya ia tetap digunakan walaupun secara saintifiknya tiada bukti lansung.

Faktanya di sini ialah, vaksinasi tidak menghentikan seseorang daripada membawa bakteria atau virus dalam hidung, tekak, usus, ruang pernafasan, atas kulit mahupun dalam badan. Namun ramai yang tidak faham betapa signifikannya fakta ini dan mereka telah dibuat supaya percaya setelah vaksinasi, mereka tidak membawa virusdan dengan itu, mereka yang lain selamat kerana sebahagian telah divaksinasikan.

Jika hendak dibahaskan, nanti post ini menjadi terlalu panjang. Mungkin saya akan tulis dalam post lain.

Agama kata mencegah lebih baik
Memang tidak dinafikan, tapi jika kaedah pencegahannya itu sendiri adalah salah. Dalam kes ini vaksin memberikan kesan negatif kepada kesihatan manusia dan kesan ini jauh lebih teruk dan bahaya daripada kebaikkannya. Orang kata kalau tak tahu bertanya, tapi kenalah tanya kepada mereka yang arif.

Menurut A. Majid Katme, MBBCh,DPM yang merupakan jurucakap bagi Islamic Medical Association (UK):
We are giving our innocent children haraam (forbidden) substances and harmful chemicals that destroy their natural immune systems, causing disease, suffering and death.  All Muslim doctors and parents should be aware of vaccine ingredients, and of the failed efficacy of vaccines.  The harm is clearly greater than the benefit.  The time has come to take a stand for truth.
Apakah tidaknya, kita pula main suntik tanpa tahu apakah kandungan vaksin itu sendiri. Menurut beliau, antara kandungan vaksin adalah:

  • heavy metals, 
  • pus from sores of diseased animals, 
  • horse serum, 
  • calf serum, 
  • faecal matter, 
  • foetal cells, 
  • urine, 
  • macerated cancer cells, 
  • sweepings from diseased children, 
  • formaldehyde (a carcinogen used in embalming fluid), 
  • phenol (a carcinogen capable of causing paralysis, convulsions, coma, necrosis and gangrene), 
  • lactalbumin hydrolysate (an emulsifier), 
  • aluminium phosphate (an aluminium salt that is corrosive to tissues), 
  • retro-virus SV-40 (a contaminant virus in some polio vaccines), 
  • antibiotics (e.g., neomycin tm) that lead to antibiotic resistance, 
  • chick embryo (as a growth medium for the virus), 
  • sodium phosphate (a buffering salt),
  • foreign animal tissues containing genetic material (DNA/RNA) from the growth medium 
  • mycoplasma, 
  • bacteria, 
  • monkey viruses 
  • thiomersal (mercury) as a preservative and 
  • aluminium as an adjuvant.  
  • neurotoxin known as 2PE.  
  • monosodium glutamate (MSG), 
  • sorbitol,
  • gelatine.  

Kesan bahan-bahan ini kepada badan manusia akan dipanjangkan di post lain. Tapi ingin saya tekankan disini bahawa merkuri dan aluminium kedua-duanya telah DIBUKTIKAN menyebabkan kerosakan kepada otak dan sistem saraf badan.


Kalau kita tahu ada embrio manusia, air kencing, darah haiwan, babi dan sel manusia dan sel-sel haiwan lain, adakah masih halal dan baik kepada manusia? Dari sudut agama sah-sah haram bagi orang Islam dan saya yakin bagi agama-agama lain pun sama. Contohnya, kalau mereka yang beragama Hindu tahu adanya kandungan lembu dan monyet mahukan mereka gunakan vaksin lagi?

Apa yang perku kita lakukan?

Sama ada untuk vaksin atau tidak, itu adalah hak kita dan orang lain tidak ada hak untuk menentukan samada kita nak vaksinkan diri atau anak-anak kita. Kalau kena penyakit, kita yang kena bertanggungjawab bukan orang lain, kalau anak sawan, alergi atau mati disebabkan vaksin, adakah doktor akan tanggung? Adakah syarikat pengeluar vaksin akan tanggung? Adakah kerajaan akan tanggung?

Kita ada hank untuk tahu apakah kandungan vaksin. Kita ada hak untuk tahu apakah risiko dan komplikasi (masalah) dari vaksin SEBELUM kita membuat keputusan untuk membenarkan diri atau anak-anak divaksinkan. Harus kita ingat bahawa semua vaksin dan produk farmasi yang lain membawa risiko kecederaan atau kematian. Jangan sekali-kali membenarkan vaksin atau ubat-ubatan diberikan tanpa diberitahu tentang SEMUA risko.

Knowledge is power. Penuhkan dada dengan ilmu yang tepat tentang vaksinasi dan kesihatan. Buat kajian dan berbincanglah sebelum membuat apa-apa keputusan yang berkaitan kesihatan. Jadilah konsumer yang berpelajaran/berilmu dan kita akan mudah membuat keputusan yang bijak dan menlindungi diri dan keluarga. Ingat juga, dengan adanya ilmu, kita akan lebih mudah untuk berbincang secara ilmiah dan rasional dengan keluarga, rakan-rakan, doktor mahupun pakar kesihatan.

Setelah membuat keputusan, pastikan diri bersedia dan bertanggungjawab kepada keputusan yang dibuat.

Simpan rekod kesihatan samada divaksinkan atau tidak. Jika divaksinkan simpan rekod masa dan jenis vaksin, pengeluar vaksin dan komplikasi setelah divaksinkan.



Rujukan:
http://www.iom.edu/Reports/2011/Adverse-Effects-of-Vaccines-Evidence-and-Causality.aspx
http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2009/11/14/Expert-Pediatrician-Exposes-Vaccine-Myths.aspx
http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2011/11/01/more-parents-waking-up-to-vaccine-dangers.aspx
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmedhealth/PMH0001847/
http://www.vaccinationcouncil.org/2012/07/05/herd-immunity-the-flawed-science-and-failures-of-mass-vaccination-suzanne-humphries-md-3/
http://www.vaccinationcouncil.org/2012/08/26/paul-offit-threatens-religious-and-philosphical-vaccine-exemptions-a-respose-by-suzanne-humphries-md/
http://www.vaccinationcouncil.org/2011/01/20/islam-vaccines-and-health-2/



Thursday, December 29, 2011

Alcohol and intoxicants

Assalamualaikum,

Today I would like to share about alcohol, liquor, beer or any other intoxicants. All of this drinks will be called as 'alcohol in this writing of mine.

Who doesn't know about this drink when taken excessively  can cause a person to be drunk causing the drinker to be physically and mentally impaired. It have so many forms, some are called beer, wine, araq and etc.

1. A person who takes wine moderately will benefit from it.

I totally agree on this. If wine were taken moderately, it will benefit the health of the drinker. But what most of us did not know is the benefit did not come from the alcohol in wine but rather from the grapes which were used to make wine.
A previous human clinical trial at Boston University found that Concord grape juice also increased HDL (good) cholesterol and significantly lowered two markers for inflammation. Historically such benefits have been credited to alcohol -- which, of course, is absent from grape juice -- suggesting that the anthocyanins found in both grape juice and wine deserve closer scrutiny. You do the maths.
By the way, which is cheaper wine or grapes?


2. A person who takes alcohol are healthier.

This is one of the most absurd claim ever. Research shows that people who takes alcohol regardless in small quantity or moderately or in large quantity have less fitness compared to the people who do not take any at all. Health experts agrees that consumption of this beverage carries health risks ranging from dependence to breast cancer to brain damage to stroke.

Up to 4% of breast cancers can be attributed to alcohol. According to a recent study in the British Journal of Cancer, every drink increases a woman's chances of developing breast cancer. In a recent summary of 63 published studies, 65% found an association between alcohol consumption and increased breast cancer risk

If having a few too many has become a regular habit, the brain-health hangover may last a lifetime. St. Louis University researchers published an animal study suggesting several years of heavy drinking could permanently impair memory--and slow down learning ability as well.

With all the ballyhoo over the heart health benefits of moderate wine consumption it's easy to lose sight of the much larger health risks of heavy alcohol consumption--such as dramatically increased stroke risk. Harvard researchers found that men who consume an average of three or more alcoholic beverages a day were nearly 43% more likely to suffer a stroke when compared to abstainers and men who had one to two drinks/day. The more you drink, the more likely you will get stroke!

Alcohol is not only a health hazard, it also causes you to be fat. A University of Buffalo study of 2,300 drinkers found that those who tended to consume their alcohol in 3-4 servings per sitting -- even if such excess was occasional -- tended to have more abdominal fat than those who drank small amounts on a regular basis. When you overload your liver with alcohol, all of the organ's resources are going to burning off the booze.Fat metabolism is put on the back burner, so to speak, the cumulative effect of which is more fat in the liver, under the skin and around other organs.
Not only can liver toxicity lead to excess weight -- excess weight can lead to liver problems, significantly increasing your risk of developing nonalcoholic fatty liver disease (NAFLD).NAFLD is the most common liver disorder in the U.S., afflicting 25% of the population (while about a third of Americans are obese).By raising LDL (or "bad") cholesterol and lowering HDL (or "good") cholesterol, NAFLD makes sufferers even more prone to heart disease.

Summary is alcohol consumption could cause cancer, memory lost, stroke, bigger waistline and even leads to heart disease.


3. Alcohol and social issues

In a nut shell, alcohol use can affect all areas of a person's life, including family, work and personal relationships.
  • Family problems: arguments over someone's drinking can cause family and relationship problems that may lead to break up.
  • Work problems: drinking alcohol at work and hangovers can lead to poor performance and accidents at work, while illness can result in absenteeism.
  • Legal problems: drink-driving may lead to fines, loss of licence and even imprisonment.

4. Do religion allows or encourage alcohol drinking?

According to Islam, the Quran (translation) 5:90:
O you who have believed, indeed, intoxicants, gambling, [sacrificing on] stone alters [to other than Allah ], and divining arrows are but defilement from the work of Satan, so avoid it that you may be successful.

According to Christianity,
Proverb 20:1
Wine produces mockers; alcohol leads to brawls. Those led astray by drink cannot be wise.

According to Hinduism,
The Rigveda (8.48.3):
We have drunk Soma and become immortal; we have attained the light, the Gods discovered. Now what may foe man's malice do to harm us? What, O Immortal, mortal man's deception?

All religion are against drinking alcohol, however there are only one religion which really holds on to their scripture and are totally against alcohol are Islam. The Christians and Hindus have gone astray from their scriptures and followed their carnal desire.

Reference:
http://www.webmd.com/cholesterol-management/news/20041119/grape-juice-raises-good-cholesterol-levels
http://www.nature.com/bjc/journal/v87/n11/abs/6600596a.html
http://envirocancer.cornell.edu/FactSheet/Diet/fs13.alcohol.pdf
http://www.eurekalert.org/pub_releases/2005-06/ace-dfj060605.php
http://www.medicalnewstoday.com/printerfriendlynews.php?newsid=18580
http://www.dole.com
http://www.mydr.com.au/addictions/alcohol-and-social-problems


Saturday, December 10, 2011

Peranan Guru & Pendidikan

Assalamualaikum,

Apabila kita menyebut tentang guru, sentiasa kita ingat akan insan yang membakar dirinya untuk masa depan anak muridnya. Saya terpanggil untuk menulis tentang peranan guru pada hari in. Ingin juga saya sentuh sedikit tentang sistem pendidikan kita.

Apakah tugas guru/cikgu/ustaz/ustazah?

Pada pandangan saya yang daif ini, saya memandang tugas mereka adalah sebagai pendidik. Seorang pendidik ialah seorang pengajar, namun seorang pengajar tidak semestinya seorang pendidik. Seorang pengajar boleh menyampaikan segala ilmunya kepada muridnya, manakala seorang pendidik pula bukan sahaja boleh menyampaikan ilmu malah turut mengajar kepada muridnya kaedah memperoleh ilmu, kaedah untuk menilai ilmu itu samada adalah benar atau tidak, adab untuk memperoleh ilmu, akhlak, agama dan lain-lain lagi.

Senang saya katakan, untuk menjadi seorang pendidik, kebolehan untuk mengajar sahaja tidak mencukupi.
Seperti mana kata hikmat Cina seperti berikut:

“Give me a fish and I eat for a day. Teach me to fish and I eat for a lifetime.”

Jika sekadar menyampaikan ilmu sahaja tidak mencukupi. Ianya mungkin sekadar cukup untuk lulus peperiksaan tetapi realitinya menyampaikan ilmu begitu sahaja tidak akan membantu perkembangan dan kematangan pemikiran murid tersebut.


Murid/Hasil Pendidik yang Gagal

Mana ada seorang guru yang mahukan anak didikannya gagal? Namun sedar tak sedar, itulah hasil yang ada pada hari ini secara amnya. Saya senaraikan di bawah:

1. Murid tidak bertanya soalan di kelas.
-kebanyakkan murid tidak akan bertanya di kelas kerana rasa malu
-perasaan malu seperti ini dibangkitkan oleh guru yang tidak membangkitkan semangat ingin tahu murid
-murid akan meng'ia'kan segala apa yang diajarkan tanpa menilai dahulu.
-ada juga guru yang memaksa murid untuk mengikut sahaja tanpa pemahaman

2. Murid tidak mampu berfikir dengan kritis
-ini juga adalah antara sebab murid tidak bertanya di dalam kelas
-murid tidak diajar untuk bertanya 'kenapa begitu?', sifat ingin tahu tidak dibangkitkan guru
-ibu bapa tidak meransang rasa ingin tahu murid malah menyebabkkan murud menjadi pasif
-murid yang tidak pernah bertanya akan berasa malu dan sentiasa menjadi pak turut sahaja.
-ilmu yang diambil tidak dinilai dan ditelan bulat-bulat

3. Murid pak turut
-semua yang guru ajar akan diambil 100% betul
-murid ini yang diajar sedemikian rupa hanya akan membuat apa yang disuruh oleh gurunya
-mereka diajar untuk ikut sahaja dan jangan bertanya mungkin kerana ada guru yang ego
-akhirnya dalam realiti selepas persekolahan mereka menjadi 'Pak Turut Tegar'
-iaitu kalau tak suruh 100% mesti tak buat. Contohnya kalau suruh anak susun baju, dia hanya lipat dan susun sahaja tanpa masukkan dalam almari.
-kalau suruh makan, maka makan sahaja lepas itu pinggan mangkuk biar tak basuh.
-memang kalau tak ketuk maka tak jalan.

4. Murid yang tak tahu membaca
-di sini bukan bermaksud dia tidak reti membaca, tetapi murid itu akan membaca tanpa pemahaman.
-contohnya belajar Biologi, guru memberikan kerja membaca, murid akan mengambil ringan dan membaca sahaja. Mereka tak kisah kalau faham atau tidak
-mereka juga tidak akan mengambil inisiatif untuk memahaminya pun.

5. Murid tiada sifat jaya diri
-mereka ini apabila tak faham sesuatu maka tiada usaha untuk memperbaiki diri
-contohnya kalau tak faham apa yang diajar oleh guru, tiada usaha untuk bertanya selepas kelas, tiada usaha untuk pergi berjumpa guru dan bertanya di bilik guru, tiada usaha untuk membuka buku teks/kitab untuk memahaminya, tiada usaha untuk bertanya rakan-rakan, tiada usaha untuk memcari kefahaman dengan membaca bahan-bahan di internet dll lagi.
-persoalannya mengapakah mereka begini? saya akan menulisnya selepas ini.

6. Murid tiada hormat pada guru
-disebabkan guru yang terlalu fokus untuk menghabiskan silibus sahaja maka banyak perkara yang diabaikan
-antaranya ialah proses pembelajaran murid, guru hanya fokus dalam proses pengajaran dan mengabaikan proses pembelajaran muridnya.
-folus guru adalah salah sebab yang penting ialah 'adakah murud dapat belajar' dan bukannya 'adakah sudah diajarkan'
-akibatnya guru dilihat hanya sebagai keldai sahaja yang membawa ilmu, padahal guru sepatutnya yang dilihat yang menghidupkan ilmu itu sehingga dalam difahami dan diterima murid.
-selain itu, guru lupa akan tugas untuk membina sahsiah muridnya sehinggakan tiada hormat kepada guru mahupun ilmu yang ingin disampaikan
-ini kerana ilmu itu dilihat tak penting nilainya kerana disampaikan dengan cara yang tak betul

Ada banyak lagi hasil/ murid yang saya anggap gagal digilap supaya menjadi permata.


Di manakah salahnya?

Kita ada begitu banyak murid seperti yang saya senaraikan di atas, maka persoalannya ialah di manakah salahnya?
Saya ingin mengajak saudara-saudari untuk melihatnya dalam beberapa perspektif seperti berikut:

1. Ibu bapa
-ke mana sudah peranan ibubapa dalam mendidik anak-anak mereka
-segala tugas dan tanggungjawab mendidik diletakkan pada guru
-mereka terlalu mengejar kebendaan sehingga pendidikan anak di rumah dilupakan
-ada juga yang menutup hati anak-anak mereka untuk berkembang dan berfikir dengan melarang anak-anak bertanya soalan, mungkin sebab ego
-ibubapa tidak tahu cara untuk mendidik anak mereka kerana mereka sendiri tiada ilmu dan tiada jaya diri untuk mencar ilmu itu.
-kadang-kala agama pun tak tahu nak jelaskan kepada anak.
-contohnya, kena pakai tudung/hijab tapi bila anak tanya kenapa kita jawab pakai aje la jangan banyak tanya, ini sekaligus menutup pintu pembelajaran dan berfikir anak

2. Guru
-Guru tidak berkebolehan dan tidak dilatih dengan baik untuk menjadi seorang pendidik
-Suka mengambil jalan singkat dan hanya melatih pelajar lulus ujian sahaja sekaligus mengabaikan tanggungjawab sebagai pendidik
-Guru kadang-kadang terpaksa menjadi guru kerana tiada pekerjaan lain?
-Guru bertindak sebagai Hitler di kelas dan memaksa pelajar ikut tanpa bertanya, akibatnya murid tiada sense untuk berfikir
-Guru anggap anak murid (terutama di sekolah menengah) sebagai tak matang lagi dan tidak mampu bertanggungjawab. Yang di sekolah menengah tu dah boleh membuatkan/mengandung ok.

3. Guru besar
-Hanya kisahkan student dapat A atau tidak. Yang lain dia tak kisah.
-Nuff said

4. Silibus pendidikan
-Saya lihat ada perkembangan untuk membaiki sistem dna silibus pendidikan kita.
-Silibus nampak ok tapi guru di sekolah tak ok. Semua benda tidak teratur dan nampak tergesa-gesa.
-Contohnya ajar sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris tapi tiada latihan diberikan kepada guru di sekolah.
-Akibatnya cikgu sekolah tak reti ajar dalam Bahasa Inggeris
-Silibus ditukar supaya murid berfikit tapi guru sekolah tidak diberi latihan untuk mengajar dengan kaedah supaya murid berfikir.
-Silibus ok la (walaupun ada banyak yang saya tak setuju) tapi kualiti guru fail
-Apa kata kita suruh anak-anak menteri sekolah di Malaysia dengan silibus UPSR, PMR dan SPM?

APA PENDAPAT ANDA???








Sunday, November 13, 2011

Tahlilan dan Maulidul Rasul

Pada malam yang indah ini sebelum hendak tidur ternampak pulak mesej ini di facebook:

Saya pohon hentikan saja da'yah sebegini kerana mengatakan buat tahlil bidaah, buat Maulidul Rasul bidaah dan sebagainya bidaah kerana ini semua adalah diperkenalkan oleh al-Ulamak muktabar yang mengatakan aktiviti tersebut tergolong dalam bidaah hasanah, bagaimana harus dibuang pendapat mereka , salahkah kita buat majlis memberi sadaqah makanan sedangkan itu tuntutan Rasul,salahkah kita mengadakan majlis mengingati hari lahir baginda sedangkan itu semua adalah sebagai peringatan akhir zaman ini yang dah semakin luntur!!!

Bila baca memang rasa pelik bin ajaib sebab masalah ini tidak selesai lagi. Bukankah sudah banyak penerangan yang sudah diberikan oleh para ulamak.



Apa itu bidaah?

Mari kira lihat kupasan ulamak zaman silam tentang apakah itu 'bidaah'.

Menurut Ibnu Taimiyah: ‘ Bid’ah dalam agama ialah sesuatu yang tidak disyari’atkan oleh Allah dan rasul-Nya yaitu tidak diperintahkan dengan perintah wajib atau perintah sunnah. Adapun yang diperintahkan dengan perintah wajib dan sunnah serta diketahui perintah-perintah tersebut dengan dalil-dalil syar’i, maka hal itu termasuk yang disyari’atkan oleh Allah, meskipun terjadi perselisihan diantara ulama di beberapa masalah dan sama saja, baik hal itu sudah diamalkan pada masa Rasulullah atau tidak.

Menurut As-Syahtibi: ‘ Bid’ah adalah suatu cara di dalam agama yang diada-adakan (baru) menyerupai agama dan dimaksudkan dalam melakukannya untuk bersungguh-sungguh dalam beribadah kepada Allah ta’ala.

Menurut Ibnu Rajab: ‘ Yang dimaksudkan dengan bid’ah adalah sesuatu yang diadakan tanpa ada dasarnya di dalam syari’at. Adapun suatu yang ada dasarnya dalam syara’, maka bukan bid’ah meskipun dikatakan bid’ah menurut bahasa.’

Menurut As-Suyuti: ‘ Bid’ah ialah suatu ungkapan tentang perbuatan yang bertentangan dengan syari’at karena menyelisihinya atau perbuatan yang menjadikan adanya penambahan dan pengurangan syari’at. ‘

Yang paling senang nak hadam ialah apa yang telah dikatakan oleh As-Suyuti.
1. Perbuatan yang bertentangan dengan syari'at
2. Perbuatan yang menjadikan adanya penambahan dan pengurangan syari'at

As-Syahtibi pula kata benda baru ini yang bermaksud tak ada masa Nabi SAW dan zaman sahabat ini menyerupai agama dan dibuat bersungguh-sungguh  dalam beribadah kepada Allah SWT.

Bukankah semua perbuatan seperti 'tahlil' dan 'maulidur rasul' ialah sebijik 100% sama seperti yang dikatakan oleh as-Syahtibi. Iaitu ia merupakah bidaah.:
1. Tak ada zaman Nabi SAW dan Sahabat
2. Dibuat menyerupai agama seperti nak bersedekah makan
3. Orang buat dengan bersungguh-sungguh (Orang Melayu kat Malaysia memang sungguh2)


Kenapa tak boleh buat Bidaah?


Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ianya tertolak"

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Rujuk Shahih Muslim – hadith no:  1718 (Kitab al-Aqdiyyah, Bab kritikan ke atas hukum batil dan perkara ciptaan baru).
Kalau buat benda yang bukan diajar oleh Nabi SAW tentang agama, maka ianya akan tertolak. Janganlah kita buat benda yang sia-sia. Itulah sebabnya orang kata kalau nak 'Amal' maka benda pertama yang perlu dicari ialah 'Ilmu'. Janganlah kita main ikut sahaja.

Kalau nak buat amal jariah buatlah macam yang Nabi SAW dan para Sahabat buat iaitu memberi kepada mereka yang betul2 memerlukan kerana itu ialah hak mereka. Bukannya macam majlis tahlil yang sebenarnya dibuat untuk baca Yasin kat orang mati, pastu bagi upah makanan kepada mereka yang membaca bersama-sama. Itu bukan sedekah namanya. Kalau niat sedekah tak perlu apa-apa terus bagi makan kat orang2 miskin.

Sabda Nabi SAW:
"Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid‘ah dan setiap bid‘ah adalah sesat."

Diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi, berkata al-Tirmizi: “Hadis ini hasan sahih”. Juga diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Darimi dalam kitab Sunan mereka. Demikian juga oleh Ibn Hibban dalam Shahihnya dan al-Hakim dalam al-Mustadrak dengan menyatakan: “Hadith ini sahih”. Ini dipersetujui oleh al-Imam al-Zahabi (Tahqiq al-Mustadrak, 1/288).
Ada satu kumpulan kata jangan buat tahlil dan jangan buat Maulidur Rasul kerana bidaah. Manakala lagi satu kumpulan kata itu 'bidaah hasanah'. Saya cadangkan kita ikut Nabi dan pegang kepada Sunnahnya dan Sunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin 100% sahaja.

Sebab benda-benda yang diada-adakan dalam agama itu bidaah dan setiap bidaah itu SESAT!

Poin paling penting di sini ialah 'IKUT SUNNAH NABI BUKAN SURUH IKUT SUNNAH USTAZ YANG BUAT BENDA-BENDA YANG NABI TAK AJAR PASTU KATA INILAH ISLAM'.
Jangan ada pula ustaz2 yang berani kata yang 'Tahlil' dan 'Maulidur Rasul' ini merupakan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Jika berlaku itu bagi saya fitnah kepada Nabi dan saya agak pasti masuk neraka jahannam la orang itu.

Saya yakin mesti ada yang kata macam post ini yang kata 'bidaah hasanah'. Oleh itu, bacalah link ini sampai habis. Tengoklah kupasan ilmuan Islam tentang apa itu 'bidaah hasanah' sebelum gunakan perkataan itu:

http://www.hafizfirdaus.com/ebook/BidahHasanah/index.htm

Kalau nak sedekah makan maka IKUTLAH yang macam Nabi SAW atau Sahabat buat.

Nabi Tak sambut hari jadi sebab masa itu tak wujud lagi sistem kalendar. Ulamak pun tak ada yang sebulat suara kata Maulid Nabi ialah pada tarikh tertentu. Kalau tarikh pun tak boleh tentukan maka nak sambut camana. Namun begitu, Nabi SAW ajar berpuasa pada setiap hari Isnin sebab dia lahir hari itu. Kalau nak tunjukkan cinta dan kasih kepada nabi pada hari lahir baginda, puasalah setiap hari Isnin. Jangan nak gatal2 cipta benda baru!
Kalau setakat ceramah itu bukannya buat sekali setahun masa Maulid Nabi. Sepatutnya dibuat berkala dan berpanjangan.


Nasihat kepada pembaca dan diri sendiri


Setelah mengetahui bahwa begitu bahayanya bid’ah tersebut maka seharusnyalah kita menghindari dari hal tersebut diatas. Maka dari itu tetaplah berpegang pada Al qur-an dan Assunah, atsar dan ijma sahabat, Tabi’in dan tabi’ut tabi’in karena mereka orang yang dinyatakan Rasulullah sebaik-baiknya generasi. Berikut firman-firman Allah serta nasihat-nasihat yang diberikan oleh Nabi-Nya dan generasi terbaik yang telah tersebut diatas dan para salafus shalih untuk tidak berpecah belah lantaran perbuatan bid’ah diantaranya:
a. Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 102 - 103
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ - وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَةَ اللّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىَ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Artinya: Hai Orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim. Dan perpeganglah kamu semua dengan dengan tali Allah dan jangan berpecah-belah. Dan ingatlah nikmat Allah terhadapmu ketika kamu saling bermusuhan maka Dia satukan hati kamu lalu kamu menjadi saudara dengan nikmat-Nya dan ingatlah ketika kamu berada di bibir jurang neraka lalu Dia selamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya agar kamu mendapat petunjuk.
b. Firman Allah dalam Surah Al An’am ayat 153
وَأَنَّ هَـذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلاَ تَتَّبِعُواْ السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Artinya: Dan sesungguhnya inilah jalan-Ku yang lurus maka ikutilah dia, dan jangan kamu mengikuti jalan-jalan (lainnya) sebab jalan-jalan itu akan mencerai beraikan kamu dari jalan-Nya. Demikianlah Allah berwasiat kepada kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa.




Coretan ringkas  dan copy paste dari saya, Ng Chee Hong



Rujukan:

http://alhikmah.web.id/2009/06/pengertian-bidah/
http://www.hafizfirdaus.com/ebook/BidahHasanah/index.htm