Saturday, December 10, 2011

Peranan Guru & Pendidikan

Assalamualaikum,

Apabila kita menyebut tentang guru, sentiasa kita ingat akan insan yang membakar dirinya untuk masa depan anak muridnya. Saya terpanggil untuk menulis tentang peranan guru pada hari in. Ingin juga saya sentuh sedikit tentang sistem pendidikan kita.

Apakah tugas guru/cikgu/ustaz/ustazah?

Pada pandangan saya yang daif ini, saya memandang tugas mereka adalah sebagai pendidik. Seorang pendidik ialah seorang pengajar, namun seorang pengajar tidak semestinya seorang pendidik. Seorang pengajar boleh menyampaikan segala ilmunya kepada muridnya, manakala seorang pendidik pula bukan sahaja boleh menyampaikan ilmu malah turut mengajar kepada muridnya kaedah memperoleh ilmu, kaedah untuk menilai ilmu itu samada adalah benar atau tidak, adab untuk memperoleh ilmu, akhlak, agama dan lain-lain lagi.

Senang saya katakan, untuk menjadi seorang pendidik, kebolehan untuk mengajar sahaja tidak mencukupi.
Seperti mana kata hikmat Cina seperti berikut:

“Give me a fish and I eat for a day. Teach me to fish and I eat for a lifetime.”

Jika sekadar menyampaikan ilmu sahaja tidak mencukupi. Ianya mungkin sekadar cukup untuk lulus peperiksaan tetapi realitinya menyampaikan ilmu begitu sahaja tidak akan membantu perkembangan dan kematangan pemikiran murid tersebut.


Murid/Hasil Pendidik yang Gagal

Mana ada seorang guru yang mahukan anak didikannya gagal? Namun sedar tak sedar, itulah hasil yang ada pada hari ini secara amnya. Saya senaraikan di bawah:

1. Murid tidak bertanya soalan di kelas.
-kebanyakkan murid tidak akan bertanya di kelas kerana rasa malu
-perasaan malu seperti ini dibangkitkan oleh guru yang tidak membangkitkan semangat ingin tahu murid
-murid akan meng'ia'kan segala apa yang diajarkan tanpa menilai dahulu.
-ada juga guru yang memaksa murid untuk mengikut sahaja tanpa pemahaman

2. Murid tidak mampu berfikir dengan kritis
-ini juga adalah antara sebab murid tidak bertanya di dalam kelas
-murid tidak diajar untuk bertanya 'kenapa begitu?', sifat ingin tahu tidak dibangkitkan guru
-ibu bapa tidak meransang rasa ingin tahu murid malah menyebabkkan murud menjadi pasif
-murid yang tidak pernah bertanya akan berasa malu dan sentiasa menjadi pak turut sahaja.
-ilmu yang diambil tidak dinilai dan ditelan bulat-bulat

3. Murid pak turut
-semua yang guru ajar akan diambil 100% betul
-murid ini yang diajar sedemikian rupa hanya akan membuat apa yang disuruh oleh gurunya
-mereka diajar untuk ikut sahaja dan jangan bertanya mungkin kerana ada guru yang ego
-akhirnya dalam realiti selepas persekolahan mereka menjadi 'Pak Turut Tegar'
-iaitu kalau tak suruh 100% mesti tak buat. Contohnya kalau suruh anak susun baju, dia hanya lipat dan susun sahaja tanpa masukkan dalam almari.
-kalau suruh makan, maka makan sahaja lepas itu pinggan mangkuk biar tak basuh.
-memang kalau tak ketuk maka tak jalan.

4. Murid yang tak tahu membaca
-di sini bukan bermaksud dia tidak reti membaca, tetapi murid itu akan membaca tanpa pemahaman.
-contohnya belajar Biologi, guru memberikan kerja membaca, murid akan mengambil ringan dan membaca sahaja. Mereka tak kisah kalau faham atau tidak
-mereka juga tidak akan mengambil inisiatif untuk memahaminya pun.

5. Murid tiada sifat jaya diri
-mereka ini apabila tak faham sesuatu maka tiada usaha untuk memperbaiki diri
-contohnya kalau tak faham apa yang diajar oleh guru, tiada usaha untuk bertanya selepas kelas, tiada usaha untuk pergi berjumpa guru dan bertanya di bilik guru, tiada usaha untuk membuka buku teks/kitab untuk memahaminya, tiada usaha untuk bertanya rakan-rakan, tiada usaha untuk memcari kefahaman dengan membaca bahan-bahan di internet dll lagi.
-persoalannya mengapakah mereka begini? saya akan menulisnya selepas ini.

6. Murid tiada hormat pada guru
-disebabkan guru yang terlalu fokus untuk menghabiskan silibus sahaja maka banyak perkara yang diabaikan
-antaranya ialah proses pembelajaran murid, guru hanya fokus dalam proses pengajaran dan mengabaikan proses pembelajaran muridnya.
-folus guru adalah salah sebab yang penting ialah 'adakah murud dapat belajar' dan bukannya 'adakah sudah diajarkan'
-akibatnya guru dilihat hanya sebagai keldai sahaja yang membawa ilmu, padahal guru sepatutnya yang dilihat yang menghidupkan ilmu itu sehingga dalam difahami dan diterima murid.
-selain itu, guru lupa akan tugas untuk membina sahsiah muridnya sehinggakan tiada hormat kepada guru mahupun ilmu yang ingin disampaikan
-ini kerana ilmu itu dilihat tak penting nilainya kerana disampaikan dengan cara yang tak betul

Ada banyak lagi hasil/ murid yang saya anggap gagal digilap supaya menjadi permata.


Di manakah salahnya?

Kita ada begitu banyak murid seperti yang saya senaraikan di atas, maka persoalannya ialah di manakah salahnya?
Saya ingin mengajak saudara-saudari untuk melihatnya dalam beberapa perspektif seperti berikut:

1. Ibu bapa
-ke mana sudah peranan ibubapa dalam mendidik anak-anak mereka
-segala tugas dan tanggungjawab mendidik diletakkan pada guru
-mereka terlalu mengejar kebendaan sehingga pendidikan anak di rumah dilupakan
-ada juga yang menutup hati anak-anak mereka untuk berkembang dan berfikir dengan melarang anak-anak bertanya soalan, mungkin sebab ego
-ibubapa tidak tahu cara untuk mendidik anak mereka kerana mereka sendiri tiada ilmu dan tiada jaya diri untuk mencar ilmu itu.
-kadang-kala agama pun tak tahu nak jelaskan kepada anak.
-contohnya, kena pakai tudung/hijab tapi bila anak tanya kenapa kita jawab pakai aje la jangan banyak tanya, ini sekaligus menutup pintu pembelajaran dan berfikir anak

2. Guru
-Guru tidak berkebolehan dan tidak dilatih dengan baik untuk menjadi seorang pendidik
-Suka mengambil jalan singkat dan hanya melatih pelajar lulus ujian sahaja sekaligus mengabaikan tanggungjawab sebagai pendidik
-Guru kadang-kadang terpaksa menjadi guru kerana tiada pekerjaan lain?
-Guru bertindak sebagai Hitler di kelas dan memaksa pelajar ikut tanpa bertanya, akibatnya murid tiada sense untuk berfikir
-Guru anggap anak murid (terutama di sekolah menengah) sebagai tak matang lagi dan tidak mampu bertanggungjawab. Yang di sekolah menengah tu dah boleh membuatkan/mengandung ok.

3. Guru besar
-Hanya kisahkan student dapat A atau tidak. Yang lain dia tak kisah.
-Nuff said

4. Silibus pendidikan
-Saya lihat ada perkembangan untuk membaiki sistem dna silibus pendidikan kita.
-Silibus nampak ok tapi guru di sekolah tak ok. Semua benda tidak teratur dan nampak tergesa-gesa.
-Contohnya ajar sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris tapi tiada latihan diberikan kepada guru di sekolah.
-Akibatnya cikgu sekolah tak reti ajar dalam Bahasa Inggeris
-Silibus ditukar supaya murid berfikit tapi guru sekolah tidak diberi latihan untuk mengajar dengan kaedah supaya murid berfikir.
-Silibus ok la (walaupun ada banyak yang saya tak setuju) tapi kualiti guru fail
-Apa kata kita suruh anak-anak menteri sekolah di Malaysia dengan silibus UPSR, PMR dan SPM?

APA PENDAPAT ANDA???








No comments:

Post a Comment