Memang tidak dinafikan bahawa ada banyak ayat-ayat dalam Quran yang bersifat saintifik. Ayat-ayat ini lebih difahami apabila terdapat penemuan-penemuan sains. Sebagai manusia, kita telah dianugerahkah otak untuk berfikir dan berkebolehan untuk mengkaji ayat-ayat ini. Ada antara ayat-ayat dalam al-Quran secara lansung menceritakan tentang sains dan ada banyak juga ayat-ayat yang Allah SWT menguja manusia untuk berfikir dan mengkaji tentang alam ciptaanNya. Secara lansung dan tidak lansung, kita boleh melihat kepentingan sains.
Namun begitu, apa yang membimbangkan saya adalah cara sains diajar dan dikaji pada zaman moden ini. Pada ketika ini, sains moden diajar seolah-olah tiada cacat-cela, seolah-olah satu kebenaran yang nyata.
Sains disajikan seolah-olah ianya adalah kebenaran tanpa limitasi dan bebas daripada kesalahan. Matlamat untuk memberikan pengetahuan sains itu adalah amat penting tetapi caranya disalurkan adalah salah.
Penemuan sains yang tidak lengkap dan bersifat hanya teori dan hipotesis pada hari ini diajarkan kepada anak-anak kita sebagai fakta/kebenaran. Anak-anak yang dibesarkan dengan ilmu ini pula akan menjadi keliru dan menganggap semua yang dipelajarinya hari ini sebagai satu fakta yang tidak mungkin salah. Mereka juga belajar untuk menerima sesuatu tanpa bukti, asalkan argumen/perbahasannya adalah logik.
Secara tidak sengaja, mereka diprogram untuk menerima apa-apa sahaja yang logik di telinga. Pastinya ramai yang pada suatu hari akan terperangkap dengan pandangan-pandangan yang bersifat falsafah.
Saya berdoa agar guru-guru sains di luar sana sedar. Ajarkanlah anak-anak kita sains yang sebenar. Ajarkanlah supaya sekurang-kurangnya mereka memahami apakah itu anggapan/teori/hipotesis. Jangan biarkan mereka terperangkap sehingga tidak tahu untuk membezakan antaranya dengan kebenaran/fakta.
No comments:
Post a Comment