Monday, February 9, 2009

Wahabi oh wahabi!

'Ustazah kat SS16 tu memang celaka, ajar ajaran sesat'
'Memang orang wahabi macam tu, suka kata ini bidaah dan itu bidaah'

Itulah antara perbualan saya dengan seorang penjual makan di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur.
Lama jugak saya berbincang dengan pakcik ni lepas dia tau saya ni Cina peluk Islam. Susah nak jelaskan kepada orang yang hanya 'mengikut' dan tidak 'mengkaji' Islam.

'Utazah tu kata yang ni tak bole buat, itu tak boleh buat'

Dalam hati, saya berbisik'memang ustazah ni bagus, banyak mengkaji'. Ramai yang tidak tahu bahawa amalan orang Melayu Islam tidak semestinya bertepatan dengan apa yang Islam anjurkan. (akan dihurai dalam tajuk seterusnya)

Balik kepada tajuk kita hari ini, setelah pakcik itu memarahi Ustazah itu wahabi, saya tanya dia tau tak apa tu wahabi? Dia kata orang yang ikut buku sahaja. Memang betul tapi buku apa? Dia tidak menjawab tetapi terus memarahi orang yang dilabelkan sebagai wahabi ini. Sebagai orang Islam, jika ada orang panggil saya wahabi, saya akan gembira, bersyukur kepada Allah kerana orang yang dilabelkan wahabi ini sebenarnya orang yang begitu teliti dan berhati-hati dalam urusan agama.

Mari kita membaca mengenai wahabi:

http://hafizfirdaus.com/content/view/171/9/
(Huraian yang sangat detail daripada Kapten Hafiz Firdaus)

Ada jugak bahan mengenai wahabi dalam bentuk e-book
http://hafizfirdaus.com/content/view/175/76/
Baca tentang 'Membersihkan Salah Faham Terhadap Dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab '

Tuduhan yang melulu mengenai golongan wahabi adalah seperti orang bodoh yang mengikut telunjuk orang lain. Jika kita orang Islam terus begini, secara tidak lansung kita akan menjadi menjadi 'anjing' yang terikat dengan kata-kata manis yang mungkin akan suatu hari menyesatkan kita.

Syukur alhamdullilah, ada banyak bahan rujukan untuk kita dari kitab-kitab ahli ulamak selepas zaman Sahabat.

Moral of the story:
Jangan mendengar sahaja, tapi kita perlulah cuba sedaya upaya untuk memastikan bahawa apa sahaja yang kita dengar itu benar dengan melakukan kajian. Banyak lagi yang perlu saya belajar... Kalau salah tolong tunjukkan na. :)

6 comments:

  1. salam perkenalan.

    born muslim, namun rasanya ramai born muslim yang perlu sama-sama hadir kelas untuk saudara baru. gelapnya hati kami, dilahirkan islam namun liat mau menunaikan perintahNya.

    pls update regularly ya. membaca pengalaman saudara-saudara baru ni buat saya malu pada diri sendiri, sekaligus menginsafkan.

    ReplyDelete
  2. Waalailkumsalam,

    InsyaAllah kita semua muslim and muslimah akan membentuk komuniti Islam yang kuat di Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Assalaamu'alaykum,

    Welcome to Islaam, alhamdulillaah :)
    Saya juga revert, sudah 5 tahun alhamdulillaah.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam wrt.wbt.

    :) Thank you sister for visiting my blog.
    Please comment if I write anything wrong or there is mistakes.

    ReplyDelete
  5. Assalaamu'alaykum brother,

    Perhaps you can join Ustadz Hussin Yee's classes on Sunday mornings - they are held in English and very beneficial, inshaa Allaah - according to Qur'an and authentic Sunnah..

    ReplyDelete
  6. Waalaikumsalam Wrt. Wbt.

    Thank you Rayhana. I am following his Sunday classes whenever I can.

    ReplyDelete