Wednesday, February 18, 2009

Syaitan ganggu solatku?

Sudah hampir masuk asar, hati kecilku berkata. Aku melangkah ke sebuah surau di salah satu pusat membeli-belah di Malaysia. Semua orang seolah-oleh bersolat bersendirian, tiada jemaah, mungkin sebab hampir masuk waktu asar. Cepat-cepat aku ambil wudhu.

'Allahuakbar', sambil bertakbir aku berniat untuk solat zohor di dalam hatiku sambil mula membaca al-Fatihah perlahan-lahan.

Tiba-tiba aku terdengar satu suara yang kuat dari sisi kiriku.
'Usholli Fardhu...... Allahuakbar'. Mungkin ada orang lain juga yang baru mula solat.
'Usholli Fardhu...... Allahuakbar'
'Usholli Fardhu...... Allahuakbar'
'Usholli Fardhu...... Allahuakbar'
'Usholli Fardhu...... Allahuakbar'
'Usholli Fardhu...... Allahuakbar'
'Usholli Fardhu...... Allahuakbar'
Bacaan Fatihah terganggu, manusia yang berdiri di tepiku in mengulangnya berkali-kali dengan suara yang kuat. Aku dah tak ingat bacaan Fatihah hingga mana. Barangkali di tepiku ini bukan manusia, barangkali syaitan yang ingin mengganggu solatku. Perlahan-lahan aku mulakan bacaanku sekali lagi.
'Usholli Fardhu...... Allahuakbar'
'Usholli Fardhu...... Allahuakbar'
'Usholli Fardhu...... Allahuakbar'
Diulanginya sehingga beberapa kali sehingga konon-kononnya masuk niat.
(tahu dari kawan setelah ditanya tentang insiden ini).
Walaupun terganggu, aku berjaya lakukan tanggungjawabku. Syaitan yang kuingatkan mengganggu solatku itu juga membaca al-Fatihah dengan sangat kuat padahal baru nak masuk asar. Hati kecilku menyuruh aku tegur namun pada ketika itu, ilmuku belum mencukupi.

Niat hanya perlu dilakukan di dalam hati dan bukan lidah. Niat juga tidak perlu dilakukan dengan bacaan aturan yang tertentu seperti yang dipelajari di sekolah, 'Usholli Fardhu......'
Niat boleh dilakukan dengan apa-apa bahasa. Sepanjang bacaanku tentang niat tidak pernah ku temui satu buktipun tentang keperluan 'masuk niat' sehingga perlu diulang berkali-kali.

'Ala, tu benda yang kecil aje tak penting la, asalkan dia niat ikut cara dia, kita niat ikut cara kita cukuplah.' Yeke, tak penting ke? Rasullulah SAW memberitahu kita supaya bersolat sepertimana baginda bersolat. Bagi saya kalau kita tidak bersolat sebagaimana Rasullulah bersolat maka kita bukannya bersolat tetapi hanya melakukan perbuatan yang sia-sia.

Pernah sekali aku membaca suatu artikel di masjid sepelas solat jumaat tentang wuduk. Nabi Muhammad memberikan amaran kepada mereka yang tidak membasuh tumitnya dengan betul akan terbakar tumit2 itu di akhirat kelak. Pentingkah 'benda-benda kecil' ini? Selalu saja aku lihat sewaktu wudhu, ramai yang hanya melalukan air ditumitnya, tidak digosoknya dengan tangan.

Insiden ini selalu mengingatkanku kepada solat jemaah. Aku belajar solat jemaah perlulah rapat-rapat dan lurus. Hampir setiap kali, pasti ada sahaja yang tidak ingin rapat bahu ke bahu denganku. Walaupun aku menariknya supaya lebih rapat namun orang si sebelahku selalu meninggalkan sedikit ruang.
'Alaa.... selesa sikit nak solat, nanti duduk pun selesa.'
Yeke? tau tak apa yang lalu kat celah/ruang yang ditinggalkan itu? Syaitan akan lalu dicelah-celah itu sambil korang solat dengan selesa? Aku tak pernah selesa bila ada ruangan itu kerana syaitan pasti menunggu untuk melaluinya.

Sehingga sekarang, ramai lagi yang jahil tentang cara wudhu dan solat, aku ingatkan aku yang mualaf ini sahaja yang perlu belajar cara berwudhu dan solat.

Bagi syaitan yang mengganggu solatku itu, sebenarnya hanyalah seorang manusia sahaja. Mungkin kita perlukan lebih banyak ilmu lagi.

http://fiqh-sunnah.blogspot.com/
http://an-nawawi.blogspot.com/
http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/2.htm

2 comments:

  1. Assalamualaikum

    if you have problem 'pasang niat' better follow Hanafi school. because Shafie way to 'pasang niat' is quite straight. Hanafi give us leeway.

    Wasalam

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam wrt.wbt.

    Thank you!

    :)

    I should read up the other 3 Imams books as well. Should find some time to do so.

    ReplyDelete