Saturday, December 18, 2010

Mengulas Faizal Tehrani

Salam,

Sudah lama membaca blog Faisal Tehrani. Semakin hari kelihatan dia semakin berani untuk mempromosikan ajaran Syiah.

Kalau dulu ditulisnya sikit-sikit tanpa mendedahkan yang dia ni pengikut Syiah. Saya bukan hendak mengkomen dia ni sebab JAIS tangkap kumpulan syiah tetapi saya rasa menjadi tanggungjawab saya untuk mendedahkan penulisannya yang berbaur syiah dengan campuran fakta daripada Quran dan hadis serta pandangan Syiah yang asasnya adalah tanggapan dan intuisi sahaja.

Saya meminta para membaca untuk membaca blognya terutamanya:
http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/12/menangislah-ia-halal-bahagian-akhir.html
http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/12/menangislah-ia-sunnah-nabi-bahagian-2.html
http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/12/menangislah-ia-sunnah-nabi-bahagian-1.html

Mungkin ada yang terbaca dan saya harap banyak yang perasan yang Faizal Tehrani telah melakukan sesuatu yang jijik apabila dia menggunakan ayat-ayat Quran serta hadis-hadis yang berkaitan 'menangis' dan mengaitkannya dengan tuntutan dalam Syiah untuk menangis untuk Husin.

Kita haruslah berfikiran logik dan kritis apabila membaca penulisan seperti ini kerana ianya boleh menyebabkan pemikiran seseorang diperalatkan untuk percaya buta. Bacalah entry saya sebelum ini mengetahui bagaimana ini boleh berlaku.

Daripada kebanyakkan ayat Quran dan hadis yang telah digunakan Faizal Tehrani, didapati orang yang rapat dan mengenali 'si mati' akan menangis semasa kematiannya. Ini adalah tidak salah lansung. Dan tiada juga salah untuk menangis apabila kita teringatkan sesiapa sahaja terutamanya mereka yang telah meninggal dan sangat rapat dengan kita.

Tapi masalahnya, tiada pula mana-mana hadis yang suruh menangis untuk orang yang telah pergi itu pada setiap tahun atau pada hari-hari tertentu. Dari mana idea Faizal Tehrani dapat supaya menangis untuk Husin pada setiap tahun? Mana lagi kalau dia sendiri dah termakan pendapat Syiah yang tidak berasas lansung. Kalau benarlah ada logik untuk menangis semasa hari kematian Husin RA, maka kita kena menangis banyak kali la sebab banyak lagi orang-orang seperti Nabi SAW, Abu Bakar RA, Ali RA dan lain-lain lagi. Silap hari kena la menangis hari-hari. Sebab Sunnah?

JOKE!

Banyak sahaja hadis yang boleh dirujuk di mana Nabi Muhamamd SAW suruh jangan terlalu bersedih dan berkabung secara keterlaluan. Malas sebenarnya saya nak komen tapi terlalu ramai sangat orang yang percaya akan penulisannya. Saya hanya minta nak baca boleh tapi bacalah dan berfikir secara kritis sebelum menerima. Pastikan ada yang dibaca disemak dahulu kebenarannya barulah percaya.

Ada banyak lagi bukti. Bacalah sendiri:

http://ikatkata.wordpress.com/2010/09/22/bantahan-terhadap-dakyah-syiah-faisal-tehrani-di-seminar-pencinta-buku-itnm/
http://pinkturtle2.wordpress.com/2008/12/11/11423/
http://rockerkampung.blogspot.com/2010/11/faisal-tehrani-dan-bukti-beliau-adalah.html

Kalau kat forum lebih banyak perbincangan. Orang macam ni takde la pulak Pejabat Agama ambik tidakan. Siap guna buku pemulisannya dalam Silibus Pendidikan.

No comments:

Post a Comment