Assalamualaikum,
Saya masih tidak tahu di manakah salahnya, rakyat atau kerajaan?
Mengapa perkara yang begitu ketara salahnya dibiarkan berleluasa dan perkara yang begitu perlu diabaikan? Saya nak tahu kerajaan kita ini bodoh atau kita ini yang bodoh sangat untuk membiarkan perkara-perkara ini berlaku!
Vaksin HPV
Kerajaan Malaysia dengan sesuka hatinya sedang memberikan suntikan HPV secara percuma untuk mencegah kanser serviks. Kerajaan membelanjakan sebanyak RM150 juta duit rakyat untuk memberikan suntikan percuma ini. Bagi yang bertepuk tangan gembira kerana ini adalah sangat baik untuk rakyat silalah bangun daripada kebodohan diri sendiri. Jangan biarkan diri menjadi seperti zombie, hidupkan enjin di otak dan mulalah berfikir.
HPV adalah virus STD iaitu virus yang merebak melalui jangkitan melalui seks dan boleh menyebabkan kanser serviks. Hanya beberapa strain atau jenis sahaja yang didapati menyebabkan kanser serviks. Jika HPV hanya merebak melalui jangkitan seks, buat apa nak bimbang sangat sebab rakyat bukanlah pengamal kegiatan seks secara terbuka atau rambang. Kebarangkalian untuk mendapat HPV adalah terlalu rendah jika tiada kegiatan seks rambang. Tak tahulah jika suntikan HPV 'mungkin' menggalakkan seks secara rambang sebab dah tahu tak kena kanser serviks.
Tak cukup lagi, bacalah sendiri artikel-artikel di yang menunjukkan betapa bahayanya vaksin HPV sehingga ada antaranya yang telah menyebabkan kematian seperti ini. Nak tahu apa yang lebih menarik? Kerajaan gunakan vaksin yang telahpun dilaporkan menyebabkan kematian seperti Gardasil. Baca ini dan ini.
Gembirakah sekarang wahai rakyat Malaysia yang memang suka membiarkan diri diperbodohkan?
Yang saya tak faham kenapa tak nak buat aktiviti pencegahan dari seks rambang dan sekaligus setelkan masalah kanser serviks seperti membersihkan sarang-sarang pelacuran. 'Memang ada buat la... tak tengok tv ka?' Kenapa bodoh sangat dan percaya sangat kat TV, lihatlah sekeliling anda, penuh dengan sarang pelacur. Pergi sahaja Bukit Bintang, petik jari aje mesti ada. Siap kadang-kadang bapa ayam datang menggangu. Kenapa kerajaan tak nak bersihkan semua sampah-sarap ini? Kenapa nak simpan sampah ini? Takut tak dapat undi? Dah kena rasuah? Tiada satu agama pun membenarkan perkara seperi pelacuran, mungkin kecuali satu iaitu agama yang kerajaan ada sekarang.
Tak boleh salahkan kerajaan sepenuhnya, rakyat yang pilih wakil rakyat macam tu. Mungkin juga rakyat tiada pilihan kerana hanya boleh pilih wakil rakyat dari parti-parti yang bersifat perkauman, gila kuasa dan jahil.
No comments:
Post a Comment