Tanggal 31 Ogos.
Hari Merdeka.
Tapi 'merdeka'kah kita?
Adakah kita merdeka daripada penjajahan Barat? Mungkin dari zahirnya tampak bebas tetapi kita sebenarnya di dalam penjara Barat. Minda kita dicemari dengan budaya mereka. Kita diatur untuk menjadi semakin malas dan menjadi semakin lemah. Mengapakah ini terjadi?
Selepas penjajah membebaskan kita, kita dijajah pula dari segi minda dan pemikiran. Kita diajar dan dijaja dengan 'kemerdekaan Barat' yang kini menyelubungi sebahagian besar hidup kita. Contoh yang paling jelas dalam pentadbiran (demokrasi), perundangan, perbankan, sosial, ekonomi dan budaya. Semua ini diterapkan kepada kita dengan mudah sekali dengan media massa: TV, internet, radio dsbnya.
KITA MENJADI HAMBA MEREKA!
Pada hari ini, agama Islam juga tidak terpinggir daripada penjajahan Barat yang cuba untuk melakukan reformasi dalam agama Islam dengan mewujudkan 'Islam Liberal' iaitu versi Islam yang banyak diguna pakai hari ini untuk memudahkan propaganda mereka bagi menguasai dunia. Antara yang telah dan sedang dilakukan:
1. Memperkenalkan sistem pendidikan sekular yang mewujudkan para graduan yang malas berfikir.
2. Mewujudkan dunia hiburan yang mengalpakan kita.
3. Menghasilkan masyarakat yang materialistik.
4. Barat digunakan sebagai template atau contoh.
5. Agama dilupakan dan hanyalah budaya sahaja.
dan banyak lagi...
Kita tidak perasan mata kita dibutakan dan hidung kita sudah dicincinkan. Bodohnya kita untuk percaya kita sudah 'merdeka', kita sudah bebas. Nama Islam yang diarak-arakkan hanyalah boneka semata-mata. (sistem syariah/perbankan islam)
MERDEKAKAH KITA?
Sehingga kini, hatiku hanya merdeka apabila ilmu di dada meyakinkanku bahawa satu-satunya cara untuk merdeka adalah untuk menjadi hamba kepada Allah S.W.T.
Semoga Allah membuka mata dan hati mereka yang masih buta.
No comments:
Post a Comment