Friday, June 12, 2009

Kristian oh Kristian

Sudah lama tidak menulis kerana terlalu sibuk dengan kerja-kerja di sini.

Dalam senyap-senyap, berjaya juga berdialog dengan segelintir daripada orang Kristian Borneo.

Dalam banyak-banyak merekalah yang paling sukar untuk berdakwah kerana pegangan hidup mereka yang berdasarkan kepercayaan buta semata-mata. Tidak berbeza dengan pegangan hidup lama mereka yang memercayai roh, hantu dan semangat moyang. Hanya beragama Kristian kerana percaya dan hanya memahami agama mengikut kata-kata orang. Semua ini menunjukkan ketaatan(obedience) sahaja. Mereka hanya berkata-kata doktrin Kristianiti tanpa menyemak buku bible/alKitab lansung.

Begitu lemahnya pegangan agama seseorang hanya dengan ketaatan buta.
kadang-kala aku juga bertanya adakah orang Islam yang sebegini juga. Adakah juga orang Islam yang hanya beragama dengan ketaatan buta? Hatiku terdetik memikirkan segelintir rakan-rakanku. Aku doakan mereka tidak begini.

Ada begitu banyak persolan yang orang Kristian ini berikan tentang Islam, tentang Nabi Muhammad S.A.W., tentang kedudukan wanita dan tentang jihad.
Alhamdullilah aku mampu menjawabnya dengan izin Allah S.A.W.

Sudah berkali-kali aku membelek buku bible KIV aku ini, apa yang aku nampak hanyalah kebanyakkannya hasil penulisan manusia yang rakus yang sanggup mengubah, menambah dan mengurangkan di mana-mana sahaja untuk memuaskan selera mereka. Buku ini bagiku adalah seolah-olah penulisan mereka yang tersesat, mereka yang buta dan tidak dapat melihat cahaya.

Terdapat begitu banyak kesalahan dalam bible dan terdapat begitu banyak kesalahan sains dalam bible. Pastinya mereka tidak sedar kerana hanya taat buta sahaja. Bagaimana pula Islam? Tidak. Tiada satupun kesalahan atau percanggahan dalam al-Quran. Penulisan, gaya bahasa serta sainnya tidak dapat ditandingi. Alhamdullilah.

Adalah tidak penting samada mereka ini memeluk Islam atau tidak. Sekurang-kurangnya aku telah cuba untuk menyampaikan mesej KEBENARAN kepada mereka. Mereka adalah begitu dekat dengan kita bezanya ialah mereka tertipu dengan doktrin seperti Jesus (pbuh) anak Tuhan, triniti dan sebagainya.

Kristian oh kristian......

3 comments:

  1. hullo ahong. i linked here from aliya's blog, which i found by accident =)

    yes it's true, many christians (and i think probably some muslims too, though i guess you'd know better) just believe blindly. but i'm glad that we can agree that that is not the way it should be; rather, we should be seeking for the truth.

    faith does not mean turning on your brain or tricking yourself into believing something in spite of the evidence. i'm glad that christianity and islam can agree on that. =)

    however, i don't agree with your assertion that there are many mistakes and contradictions in the bible. in my experience as a christian, most of the perceived mistakes and contradictions are just that - the reader's perception. a correct understanding of the context and meaning of the passage usually reveals that there wasn't a mistake/contradiction after all.

    i can't guarantee that i can answer every challenge (after all i am not God), but if you're willing to dialogue, feel free to bring up contradictions/mistakes in the bible and i'll see if i can defend them. i'll try my best. =)

    in the same spirit of openness, i hope that you will check out this website [ http://answering-islam.org/Quran/Contra/ ] which claims that there are mistakes/contradictions in the Quran.

    as we dialogue and discuss these issues, i pray that God will help us to grow closer to Him and His truth. =)

    God bless,
    siehjin

    ReplyDelete
  2. p.s. i may not have time to check this space regularly; if you post an answer to my comment, do drop by at my blog (www.siehjin.blogspot.com) to let me know, so that i can respond. thanks! =)

    ReplyDelete
  3. @ahong: welcome to my blog! yeah i'll be glad to dialogue with you =)

    ReplyDelete