Wednesday, April 29, 2009

Bertaklid tetapi anti kepada taklid

Kami pernah bertanya kepada seorang yang anti taqlid:
'Bagaimana kamu belajar bersolat?'

Dia menjawab:
'Melalui seorang yang mengajarnya kepada saya.'

Kami bertanya lagi:
'Adakah daripada al-Quran atau Hadith?'

Dia menjawab: 'Tidak'

Maka kamipun berkata kepadanya.
'Bukankah ini juga adalah taqlid kepada seorang yang mengajar kamu solat.'

Kalau sekiranya dia berkata:
'Saya cuma membaca sebuah buku karangan seorang ulamak pada zaman kini yang membahaskan mengenaii solat.'

Kami akan berkata:
'Ini juga taqlid kepada pengarang kitab tersebut.'

Adakalanya dia berkata, bertaqlid adalah bid'ah. Bila kita bertanya: 'Kenapa?'
Jawabnya:
'Kerana tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. dan para sahabatnya, bahkan tidak pernah diperintahkan oleh syariat sebelum ini.'

Maka kami bertanya kepadanya:
'Bagaimana kamu tahu bahawa tidak pernah disebut?'
Dia menjawab:
'Aku mendengar Syeikh polan mengatakannya,'
Realitinya dia mendengar daripada lelaki tersebut. Bukankah ini juga taqlid?

Kenapalah wahai saudaraku, kamu anti kepada mengikut kepada seorang yang hidup pada zaman yang hampir dengan zaman Rasulullah S.A.W., yang mahir dalam selok bahasa Arab dan dalam memahami hadith Rasulullah S.A.W., kemudian kamu merelakan dirimu bertaqlid kepada seorang yang hidup pada zaman ini yang ilmu, kefahaman, warak dan takwanya tidak mencecah lebih daripada buku lali ulama terdahulu/silam?

P/s: Rujukan yang terbaik ialah al-Quran dan hadith2.
-Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan-

2 comments:

  1. Saya kurung bersetuju dengan pendapat saudara.Ada perbezaan maksud taklid dengan belajar.Taklid bermaksud mengikut satu mazhab sahaja manakala belajar bermaksud kita belajar dengan banyak guru dan membuat rumusan sendiri.Untuk faham Al-Quran dan hadis kita perlu belajar dengan guru malah Iman mazhab 4 walaupun orang yang alim terpaksa belajar dengan guru untuk memahami Al-Quran dan Hadis.Bagi pendapat saya taklid pada satu mazhab sahaja adalah salah kerana ia menyebabakan kita hanya berguru dengan seorang sahaja sedangkan ramai lagi alim ulamat Islam yang muktabar/alim.Memang betul ulama zaman dahulu lebih alim daripada zaman sekarang tetapi siapakah yang paling mengetahui isu-isu zaman sekarang, sudah tentu Ulama zaman sekarang.Ulama dahulu membuat fatwa mengikut zaman mereka dan apabila zaman berubah, perkara pun akan berubah,maka fatwa pun akan berubah.Perlu di ingat hanya Al-Quran dan Hadis sahaja yang sesuai sepanjang zaman.

    ReplyDelete
  2. Saya bersetuju dengan saudara juga.
    Mungkin boleh dilihat daripada beberapa perspektif berbeza.

    1. Maksud bertaklid kepada mazhab
    Pada kebanyakkan orang, bila dikata bertaklid kepada mazhab, ianya bermaksud ikut fatwa yang dikeluarkan Iman Mazhab bulat-bulat. Ini adalah perbuatan yang salah. Dengan itu, saya setuju apabila saudara kata 'taklid kepada satu mazhab itu salah'.

    Namun begitu, pada pendapat saya, apabila kita bertaklid kepada Imam Mazhab bermaksud kita kena belajar metadologi atau kaedah Imam Mazhab tu berserta dengan dalil-dalil yang mereka gunakan.
    Kalau dah gunakan satu kaedah, takkan nak guna kaedah yang Imam yang satu lagi? Oleh itu, pada masa yang sama saya tidak setuju apabila saudara kata 'taklid kepada satu mazhab salah'.

    2. Keluasan dalam setiap mazhab
    Semua Imam Mazhab menggunakan petunjuk Quran dan hadis cuma kaedah mereka mungkin sedikit berbeza.
    Ambil Mazhab Syafie contohnya, anak murid Imam Syafie iaitu Imam Nawawi mempunyai pendapat yang berbeza walaupun dalam sama mazhabnya (kaedahnya).

    3. Salah faham kepada Imam Mazhab
    Setiap Imam mazhab mempunyai ilmu yang tinggi dan mereka sudah mempunyai pengetahuan yang amat luas tentang ilmu hadis. Jika dibandingkan dengan ulamak zaman ini, siapakah yang mempunyai ilmu sebanyak itu?
    Setiap fatwa yang dikeluarkan Imam Mazhab kadang-kadang diambil bulat2 tanpa memahami konteksnya menyebabkan Imam Mazhab seoalah-olah lemah ilmu mereka.

    4. Siapakah yang LAYAK dipanggil ulamak di Malaysia di zaman ini? Saya rasa dengan markah lulus yang ditinggalkan oleh Imam Mazhab adalah amat sukar untuk nak panggil orang itu sebagai 'ulamak'.

    5. Isu-isu zaman sekarang dan zaman dahulu
    Apakah bezanya? Sama sahaja. Pencurian, rasuah, zina, homoseksual, gay, lesbian, masalah moral, masalah harta.
    Jangan kerana ada komputer riba dan internet sudah kita bezakannya. Tamadun manusia sekarang bukan semakin maju tetapi semakin mundur sebenarnya.

    ReplyDelete