Friday, June 17, 2011

Marah

Marah itu salah satu perasaan yang dipunyai manusia
Tidak patut dipandang negatif
Tapi marah perlulah bersebab
Marah perlulah dengan mata terbuka
Dengan tujuan membaiki
Bukan dengan hati yang membenci
Bukan dengan bisikan syaitan

Assalamualaikum,

Saya ingin melahirkan rasa marah saya kepada perkara-perkara berikut:

1. 'Awak peluk Islam sebab kahwin ke?'
Adakah patut persoalan ini ditujukan kepada mereka yang mualaf termasuk saya. Tahukah apa yang kami lalui untuk mengungkap kalimah syahadah ini? Tidak, mereka tidak akan tahu apa yang kami mualaf lalui. Ada antara kami yang dipulaukan keluarga. Ada yang bapanya tidak mengaku anak. Ada yang dihalau dari rumah sehingga kembali ke agama sebelumnya. Ada yang diludah di muka dan dilarang daripada berjumpa dengan ibu dan adik beradik oleh ayahnya. Namun disebalik semua itu, mualaf2 ini lebih sayangkan agama Islam dan lebih sayangkan Allah SWT. Dan setelah semua yang kami lalui, anggapan orang Islam ialah kami peluk Islam sebab nak kahwin?

2. Dakwah
Mula-mula setelah mengenal Islam dengan berbicara, mencari, membaca dan mengkaji. Saya mula menjadi marah kerana tidak didawah tentang agama Islam. Saya teringat rakan2 muslim di sekolah, ustaz di sekolah, dan semua orang Islam disekeliling yang tidak berdawah dan sekurang2nya menyampaikan mesej Islam kepadaku. Aku menjadi marah mereka yang bernama Muslim tidak menjalankan tanggungjawab malah ada yang menganggap itu kerja pendawah sahaja.

3. Masuk Melayu
Tidak ku lupa pada kata-kata ayahku bila dia meludah padaku semasa aku khabarkan beritaku memeluk Islam. Dia berkata 'masuklah Melayu'. Marahku bukanlah pada ayahku tetapi pada orang Melayu. Jarang sekali ada contoh yang baik daripada masyarakat Melayu. Semasa bulan puasa semasa mahu ke masjid, pasti ada yang membaling batu ke rumah ayahku yang membela anjing dan ada sekali itu dibalingnya mercun mengenai kereta sehingga patah wiper kereta. Makcikku pergi melapor pada imam masjid tapi tiada gunanya. Bukan sahaja memberikan imej buruk malah memburukkan imej Islam sekali. Aku sangat marah, ayahku tidak dapat menerima agamaku kini kerana mereka orang Melayu.

4. 'Pakaila Baju Melayu masa hari raya'
Aku orang Cina, buat apa pakai baju Melayu?

5. Apa awak nak di sini (masjid)? (dgn nada kasar dan sombong)
Bukan sahaja bahasanya kasar malah tidak berbudi pekerti. Hanya kerana aku Cina, tak bolehkah aku Muslim? Orang macam ini yang perosak agama, kalau saya tidak tahu pasti aku menilai agama Islam menggalakkan orang Islam macam orang ni.

.....Jika ku tulis pasti tiada kesudahannya....
Ini hanyalah secebis rintihan hatiku....

4 comments:

  1. tahniah dan syabas pada tuan.. pengalaman tuan sungguh berharga.

    ReplyDelete
  2. nice sharing..sgt menyentak hati saya...hurm, selalu terpk2 mcm mane nk dakwah dgn non muslim n smpai sekarg mencari jwpan wat is the best way??? any suggestion? [sebab sy pun takut kat akhirat nnt sy akan disoal dgn Allah tntg perkara tu.]

    ReplyDelete
  3. kita semua tidak boleh lari daripada kritikan.

    ReplyDelete
  4. Segala yang baik itu dari Allah SWT.

    aunihannan,

    Ada banyak cara untuk da'wah. Perkara pertama yang kita kena buat ialah buka balik Quran dan islah balik semua yang ada dalam ajaran Islam.
    Bagaimana hendak berilmu tanpa amal?

    Bila dah ada ilmu tentang Islam, kita amalkan dan praktikkan dalam kehidupan seharian. Apabila kita amalkan maka itupun sudah dikira da'wah kerana kita menunjukkan Islam dari segi perbuatan kita. Contohnya, kita tolong buangkan batu atau kayu di jalan, orang akan nampak ini ialah ajaran Islam yang sentiasa umatnya berbuat baik.

    Jika ada peluang, sampaikan Islam dengan hikmah kepada kawan-kawan non-Muslim kita. Yang susah sini ialah bukannya ilmu yang nak disampaikan tetapi cara nak lakukan dengan hikmah. Contohnya:
    1. Jangan berkata yang buruk tentang 'tuhan' atau agama mereka.
    2. Cari titik persamaan dan bukannya perbezaan.
    3. Jangan berdebat
    Ini semua boleh belajar. kalau nak nanti saya mesejkan.

    ReplyDelete