Sunday, May 15, 2011

Anda mengambil Herbalife??!

Assalamualaikum,

Post saya hari ini adalah untuk menyedarkan tentang pengambilan produk Herbalife terutamanya ShapeWorks yang dikatakan mampu untuk membantu mengurangkan berat badan. Mula-mula saya ingin mengajak saudara/saudari untuk membaca sedikit informasi tentang produk ini dari website utamanya di:

http://www.herbalifeww.com/my/products/xml/main_p.asp?loc=en-AU&pid=Id1_14&cid=Id1_11&nids=Id1_2|Id1_11

Saya ingin highlightkan ini
*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.
Maksudnya: Produk ini tidak dievaluasi oleh FDA. Oleh itu, produk ini adalah tidak bertujuan untuk menyembuh mahupun mengelakkan apa-apa penyakit.



Jika dilihat dari segi sejarahnya, produknya pernah mengandungi 'ephedrine' yang berbahaya namun bahan itu tidak digunakan lagi. Bahan terlarang ini boleh menyebabkan masalah kepada jantung.

Pada Mac 2010, pemilik fasiliti penghasilan produk Herbalife menerima surat amaran daripada FDA tentang kekurangan kawalan kualiti dan menunjukkan integritii yang sedikit dalam keselamatan produknya. FDA hanya boleh mengambil tindakan hanya setelah produk Herbalife ini dibuktikan sepenuhnya adalah tidak selamat.

Pada hemat saya, adalah lebih baik elakkan sebelum terjadi apa-apa yang tidak diingini. Walaupun produk ini dikatakan 100% semulajadi, namun produknya seringkali dikaitkan dengan hepatotoxicity atau kerosakan pada hati.

Mari kita lihat bahan-bahan asasnya pula:
# Includes 19 vitamins and minerals.
# 9 grams of soy protein and 18 grams when mixed with milk or soy milk per serving plus fibre to help keep you full and satisfied.

Mengikut akal fikiran yang logik, adakah vitamin, mineral dan protein mencukupi untuk memenuhi keperluan badan kita? Saya rasa tidak cukup. Jika ada sesiapa makan milk-shake ini pasti akan turun berat badan. Saya yakin tentang itu tetapi adakah ianya baik untuk kesihatan, jawapannya adalah tidak.

Penurunan berat badan ini berlaku tanpa peningkatan/pembinaan otot. Ini adalah kerana diet Herbalife ini tidak cukup kalori untuk pembinaan otot-otot badan mahupun ianya cukup untuk menampung sistem imunisasi badan. Kekurangan otot atau muscle mass ini adalah penting sebagai pelindung pada hari tua kelak. So macamana nak dapat muscle? Jawapannya ialah senaman!

Bahan asas yang amat merunsingkan saya dalam produk ini ialah penggunaan soya. Walaupun ramai antara kita yang tahu tentang kelebihan mengambil kacang soya, saya yakin ramai yang tidak tahu tentang kesan buruk soya kepada manusia. Telah terlalu banyak kajian tentang soya ini, saya ingin kongsikan beberapa daripadanya:

1. Dalam soya ada bahan yang dinamakan asid phytic yang juga dikenali sebagai phytates. Asid organik ini juga didapati dalam bijirin yang lain tetapi tidaklah sebanyak yang ada dalam kacang soya.
Asid ini meransang dan menyebabkan badan tidak dapat menyerap mineral-mineral penting seperti kalsium, magnesium, zat besi dan zink. Phystate ini adalah sukar untuk dibuang walaupun dimasak dengan lama dalam api yang kecil.
Oleh itu, mineral yang ditambahkan dalam produk ini adalah sia-sia sahaja apabila soya digunakan sebagai bahan asas.

2. Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang kuat. Perencat ini menghalang pengambilan tripsin dan emzim-emzim lain yang diperlukan oleh badan untuk pencernaan protin. Kaedah masak yang biasa tidak mampu untuk memusnahkan perencat ini yang boleh menyebabkan gastrik, mengurangkan pencernaan protin yang boleh membawa kepada penyakit kronik lain yang berkenaan dengan kekurangan amino asid.
Oleh itu, tiada gunanya produk ini dikaitkan dengan kandungan protin yang tinggi tetapi menggunakan soya yang merencat penyerapannya oleh badan.

3. Di sebalik semua ini, kacang soya juga mengandungi 'hemagglutinin', bahan peransang penggumpalan yang menyebabkan sel-sel darah merah untuk menggumpal sekali. Penggumpalan menyebabkan sel darah tidak mampu untuk menyerap oksigen dengan baik untuk kegunaan tisu badan. Dan ini sekaligus tidak membantu dalam mengekalkan kesihatan kardiak/jantung yang baik.

Hemagglutinin dan perencat tripsin merupakan bahan yang merencat pertumbuhan. Walaupun kacang soya yang telah difermentasi/penapaian boleh memusnahkan kedua-dua perencat tripsin dan hemagglutinin, presipitasi dan memasak tidak memusnahkannya. Walaupun kadar perencat tripsin berkurang dalam produk soya yang dipresipitasi seperti tofu, ianya tidak dimusnahkan sepenuhnya. Hanya dengan cara fermentasi atau penapaian yang lama sahaja seperti tempeh dan miso mampu untuk memusnahkan bahan perencat tripsin dan hemagglutinin sepenuhnya agar manusia dapat menyerap khasiat dari kacang soya.
Sudah pasti, kacang soya yang digunakan dalam produk Herbalife ini tidak di presipitasi apatah lagi difermentasi untuk membuang bahan-bahan yang bahaya ini.

4. Kacang soya mengandungi goitrogen. Goitrogen adalah bahan yang menghalang sintesis hormon tiroid dan mengganggu metabolisma iodin yang akhirnya akan merencat fungi tiroid.

5. Soya adalah kaya dengan isoflavones genistein dan daidzein. Isoflavones adalah sejenis phytoestrogen, merupakan kompaun tumpuhan yang menyerupai estrogen tumbuhan. Kompaun ini yang menyerupai dan kadang-kala menghalang hormon estrogen dan telah didapati memberikan pelbagai kesan kepada tisu manusia. Phytoestrogen soya telah dikenali untuk merosakkan fungsi endokrin, menyebabkan kemandulan dan menggalakkan kanser payu dara pada wanita.

Meminum hanya dua gelas kacang soya setiap hari untuk sebulan adalah cukup untuk kompaun ini mengganggu kitar haid. Walaupun FDA meregulasikan produk yang mengandungi estrogen, tiada amaran diberikan pada kacang soya ini.

6. Kacang soya mempunyai risiko toksik aluminium dan mangan. Kacang soya yang diproses dengan basuhan asid dalam tangki aluminium boleh menyebabkan aluminium mencecah kadar yang sangat tinggi dalam produk akhir soya.

Menurut Dr. Kaayla Daniel, penulis 'The Whole Soy Story', mendedahkan ribuan kajian terhadap kacang soya dan kaitannya terhadap malnutrisi, masalah pencernaan, sistem imune rosak (breakdown), disfungsi tiroid, penurunan kognitif, masalah reproduktif, kemandulan, kanser dan penyakit jantung.

Berikut adalah sebahagian daripada masalah kesihatan yang dikaitkan dengan pengambilan kacang soya:
* Breast cancer
* Brain damage
* Infant abnormalities
* Thyroid disorders
* Kidney stones
* Immune system impairment
* Severe, potentially fatal food allergies
* Impaired fertility
* Danger during pregnancy and nursing

Saudara saudari sekalian, saya tidak membincangkan lagi tentang kacang soya yang telah dimodifikasi secara genetik dan kesan-kesannya lagi. Cukuplah setakat ini.

Saya harap artikel ini mampu memberikan kesedaran tentang bahayanya mengambil produk Herbalife. Saya juga harap selepas ini, jangan ada yang datang mempromosi produk yang saya anggap berbahaya kepada kesihatan lagi pada saya, keluarga saya, rakan-rakan saya dan pada pembaca blog saya.

Rujukan:

http://www.herbalifeww.com/my/products/xml/main_p.asp?loc=en-AU&pid=Id1_14&cid=Id1_11&nids=Id1_2|Id1_11
http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2010/09/18/soy-can-damage-your-health.aspx

320 comments:

  1. assalamualaikum... saye just nak share fact tentang herbalife :)

    1) mcm yg anda ckp dekat perenggan pertama:
    Maksudnya: Produk ini tidak dievaluasi oleh FDA. Oleh itu, produk ini adalah tidak bertujuan untuk menyembuh mahupun mengelakkan apa-apa penyakit.

    >> product bukan bertujuan untuk merawat atau menggalakkan ape2 penyakit... yup... i agree sbb herbalife BUKAN UBAT & BUKAN DADAH... herbalife is a food :) maksudnye secara logik akal... biler kite makan mende yang baik... badan kita akan baik... kalau kite mkn mende2 berminyak.. badan kita akan kotor n berminyak...

    saye bagi 1 analogi... kalau anda masukkan air putih dalam gelas.... gelas akan bersih kalau buang air putih tuh... tp cube kalau letak minyak masak yang dah guna tuh (yg buat goreng ikan 2 kali) kalau buang still kotor kan... macam tulah badan kita ^_^ jelas kan???

    2) FDA hanya boleh mengambil tindakan hanya setelah produk Herbalife ini dibuktikan sepenuhnya adalah tidak selamat.

    >> sekarang ni FDA tak ambil tindakkan langsung maknanya herbalife ni selamat lah kan?? ^_^ HERBALIFE DAH ADE KAT ATAS DUNIA 31 TAHUN....TAKKAN FDA TAK DAPAT DETECT BAHAYA HERBALIFE SEPANJANG 30 TAHUN YANG LEPAS??? sebab herbalife tak berbahaya, jadi dah 30 tahun still tak jumpe jugak?? maksudnye takde bahaya kan?? :)

    3)produknya seringkali dikaitkan dengan hepatotoxicity atau kerosakan pada hati.

    >> dulu FDI (Froud Discovery Institute) buat tuduhan herbalife ade Plumbum!!! boleh bahaya!!! tp lepas tu kajian sebenar dibuat 2 kali artikel di keluarkan kata herbalife selamat.. yang best nye pengasas FDI tu merupakan Barry Minkow org yahudi.... bila saham Herbalife dah jatuh, dia beli banyak-banyak. Bila kes dah selesai, saham naik dia jual balik... then dye untung juta2... (kotorkan taktik yahudi nak jatuhkan herbalife sampai kite org islam pon boleh terikut2 tertipu) ^_^ nauzubillah...

    >> kalau rosak hati.. org dah lame mati... ni testimoni pengguna herbalife selama 28 TAHUN... TAK MATI... :)
    http://joegrimjow.blogspot.com/2011/02/gempar-akibat-28-tahun-makan-herbalife.html

    TO BE CONTINUE SBB TAK CUKUP SPACE

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang tua dulu tiada konsep herbalife tapi mereka sihat kerana apa? tubuh dibina dengan pemakanan semulajadi (bukan pelbagai makanan protein segera seperti herbalife dan lain2) dan juga dibina dari kerja kuat (senaman)! Ini adalah yang original! Herbalife hanya untuk satu cara impian mempercepatkan pengurangan berat badan agar nampak menarik. Bayangkan kalau tubuh badan berkembang secara tidak normal (pemakanan yang sihat dan senaman) maka apa akan berlaku? Saya telah menasihati isteri agar dia berhenti makan herbalife dan lebihkan senaman dan makanan yang berkhasiat dan terkawal.. :-)

      Delete
  2. SAMBUNGAN
    4) bahan dalam herbalife...
    >> jawapannya mudah... herbalife guna soya yg berkualiti tinggi... soya hijau yg mahal tuh... then yang buat herbalife ni bukan sebarangan org...
    a) Dr David Heber (dye ade 7 level Ph.D... dlm bidang nutrition... dye tahu ape yang kene letak, ape yg tak perlu letak... saye pon tak sampai 1 level PHD pn lagi... ^_^
    b) Dr Louis Ignarro (pemenang anugerah Nobel Laureate 1998)..... yang buat product herbalife ni org yg dpt anugerah nobel dlm bidang medic!!!! hebat kan!!! :)
    c) ade berpuluh2 doctor yg memantau perkembangan herbalife....

    5) kacang soya boleh bwk kepada bahaya ibu mengandung....
    itu fakta kcg soya... tp herbalife bukan sekadar kacang soya biase.... banyak ibu2 mengandung amek herbalife sebagai nutrisi... anak yg lahir sume cute2 tembam2 comey2 kulit cantik... sbb kite jage pemakanan..

    6)tentang kekurangan otot

    >> Herbalife guna system coaching... so anda jadik sehat/ turun berat ade coach yang pantau... supaya tak mati.. jangan risau...
    semua herbalife coach ade penimbang masing2 yang boleh kire detail... penimbang saintifik.. kalau org biase beli penimbang tu bleh cecah RM800.. tp coach herbalife dpt potongan harga dr company yg jual penimbang tuh.. just bayar RM350... dye boleh cek kandungan air, berat muscle (muscle mass), total body fat, metabolic age, visceral fat n macam2 lagi... sepanjang gune herbalife.... berat muscle saye tak turun pon... turun 1 kg muscle.. then naik balik 2 kg muscle.. main2 number kat situ jek.. :)anda tak perasan ea?? herbalife bukan gune Formula 1 yg mcm gambar dlm artikel anda tuh sahaja.. kite makan dengn formula 3 (whey protein) protein yng org guna untuk bina muscle tuh.. :) n maintain shapping badan... :)

    JUST NAK SHARE ^_^
    owhh saye lupe nak btau... saye turun 11kg dalam masa 2 bulan dengan makanan herbalife TANPA BERSENAM... sebab saya gemok... saye tak larat nak bersenam.. lepas dah turun 11kg baru saye boleh jogging... kalau tak, tak larat jogging sbb peha melecet....

    abg saya doktor kat kuantan... dye dah turun 25kg!!! :) pelikkan doktor pon susah nk turun berat... tp dengan herbalife, semua org boleh..

    adik perempuan saya dah turun 9kg....

    ini semua testimoni keluarga saya...

    name saye hasif :) ni number saye 013-2172757/ 012-2475749
    kalau anda nak faham lebih lanjut boleh terus tanya... add facebook saye.. fb account: urbane_hash@yahoo.com

    salam jumaat.. salam keberkatan.. ^_^

    ReplyDelete
  3. Saudara,

    Jwp bagi point 1:
    Analogi awak tak ade premis apa-apa. Senang kata tak logik. Jangan samakan air dan minyak dengan badan kita yang kompleks.
    Saya bagi satu contoh, kalau minum air suling (bersihkan?) banyak2 pun boleh kena penyakit sebab tak ada mineral.

    Jwp bagi point 2:
    Saya tak tau nak bagitau awak macamana la. Tak tahu samaada awak 'naive' dan macamana awak boleh percaya Herbalife tak pernah ada masalah. Apa kata awak baca sendiri ini:
    http://www.livestrong.com/article/116591-truth-herbalife-products/
    Saya siap point out perkara ini dalam artikel yang saya tulis di mana Herbalife berkali-kali masuk mahkamah. Kalau baca kat wiki:
    http://en.wikipedia.org/wiki/Herbalife
    Tengok bahagian controversies, produk dia ada masalah siap kat Isreal masuk mahkamah.
    Lagi satu, Herbalife ni didaftarkan menjual makanan dan bukannya 'drug', oleh itu kalau nak disabitkan susah dan produknya tak perlu kajian dahulu sebelum dipasarkan. Hanya lepas ada masalah baru disabit oleh FDA.

    Jwp bagi point 3:
    Sila rujuk point jawapan point 2 saya.
    Buat kajian dulu sebelum kata Herbalife tak ada masalah.

    Jwp bagi point 4:
    Soya hijau mahal? Mana awak dapat maklumat palsu ni....
    Tentang doktor2 tu, diaorang bukannya membuat kajian tentang soya. Lagipun pendapat diaorang ni dah tak valid sebab attach dengan syarikat pembuatan, lainlah kalau ada publish paper tentang kelebihan Herbalife yang sampai sekarang tak pernah ada walaupun syarikat dah ada begitu lama. Kalau ada mana kertas kajiannya? Kajian yang menunjukkan ada antara produk Herbalife bahaya adalah seperti berikut:
    http://www.ncbi.nlm.nih.gov/sites/entrez?Db=pubmed&Cmd=ShowDetailView&TermToSearch=17692989
    http://www.ncbi.nlm.nih.gov/sites/entrez?Db=pubmed&Cmd=ShowDetailView&TermToSearch=17692424
    Saya dah terangkan soya ada kebaikannya tetapi keburukannya lebih banyak.
    Doktor yang dapat Nobel Laureate 1998 tu hanya terlibat dalam satu produk sahaja! Jangan hanya kerana itu nak kata semua produk tu ok.

    Jwp point no 5:
    Tak ada kajian hanya testimonial. Rujuk point 4. Kalau rajin cuba cari Third International Symposium on the Role of Soy in Preventing and Treating Chronic Disease sponsored by the American Oil Chemists’ Society in Washington, D.C. November 3, 1999. submitted by Michael Belkin yang bertajuk Link Between High Soy Diet During Pregnancy and Nursing and Eventual Developmental Changes in Children yang membincangkan kesan soya kepada wanita mengandung, penyusuan dan perkembangan bayi.

    Jwp point no 6:
    RM350 je? Lawak betul la... Alat penimbang yang boleh sukat otot kalau harga tu mesti semua saintis beli. Memang tak ada alat yang saya maksudkan dengan harga tu.

    Saya dah tulis dah, kalau turun berat badan tu memang saya sangat setuju berlaku tetapi dengan cara yang tidak sihat.

    Saya tidak kisah jika saudara dan sekeluarga nak teruskan tetapi saya minta berhati-hati sahaja.

    ReplyDelete
  4. Along Point 6,

    Ada alat penimbang berat yg boleh sukat semua bende tu. dekat watson, guardian, cosway cuma rm189 shja.

    tp yg herbalife punye penimbang mahal sikit. psl berjenama kot. rm400, kalau beli sendiri mmg rm800 gitu

    #nway tq atas advice

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Penimbang yang biasa mampu untuk sukat berat badan (tulang +lemak+otot+air dll lagi).

    Yang dimaksudkan disini ialah penimbang khas untuk menyukat otot.

    :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma satu je saya tak berapa nak ikut herbalife, rajin guna penimbang.....saya hanya perlu monitor medical check-up saya sudah mencukupi....

      Delete
  6. awak x nak kuruskan badan dgn HERBALIFE ke? dah ramai org berjaya dan kesihatan bertambah baik... Alhamdulillah kita hanya berusaha, berikhtiar tapi Allah yg berkuasa... saya rasa produk HERBALIFE ni bagus....dan banyak ilmu saya dpt slps attend seminar dll...

    ReplyDelete
  7. Adakah benar lebih baik? Adakah sudah boleh lari 400 meter tanpa rasa penat? Adakah sudah mempunyai jantung yang sihat?
    Kesihatan mempunyai maksud yang luas.

    Ada banyak cara untuk kuruskan badan tetapi bagi saya Herbalife ini tidak sesuai dengan saya kerana tidak memberikan erti 'sihat' yang saya mahukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju seratus peratus. mcm ahli2 herbalife jd taksub sebab mampu lose weight dalam masa yg singkat. tp the best way to lose weight sbnrnye adalah exercise. makan makanan seimbang. badan pun sihat. ikut sunnah nabi makan lagi bagus.

      Delete
    2. gua sangat2 setuju! ini cara lebih sihat dan kuat! lihat bagaimana orang dulu bekerja dan berjuang! hanya melalui pemakanan yang sihat dan senaman yang berterusan. Saya rasa kalau bawa geng2 herbalife ni pi berjuang (walau badan kurus dan slim) pasti akan tumbang! sebab apa, otot dan tulang tidak dibina yang hanya turun berat badan!

      Delete
  8. salam, saya rasa yang terlalu taksub dan percaya bulat2 psl herbalife ni dealer (ke ahli ke ape tah, yg penting tukang jual la) sbb tu otak da bersih2 kena brainwash, mmg takleh wat pe dah tu rasanya, sy mmg sgt musykil dgn herbalife ni, smpla sy terjumpa tahun lepas blog aidid muadib psl MLM segala, mungkin encik ahong penah melawat kot..blog tu diakui mmg 18PL (ganas lucah etc) tp mmg sesuai la dgn mereka2 yg dimaksudkan ni..klu sopan2 mcm encik ahong ni tak memberi kesan sgt kat mereka2 ni..:) peace!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah konsume herbalife ne selama setahun saya minum bukan kerana saya nak kurus tetapi ank saya ecema, alhamdulilah selepas konsume herbalife ank saya dah sembuh n the best part kawan saya yg ada masalah hyper tirod pun dah sembuh hasil daripada pemantauan doktor sendri, kwn saya yg kencing manis pun dah reverse dr 9.5 ke 5.6 tanpa ubat doktor, mak saya yg ada darah tinggi sekrang dah normal... satu lagi kalau herbalife ne menyebabkan penyakit hati knapa kwn saya yg ada penyakit hati dah reverse hanya minum tea mix dan formula 1, dan untuk pengetahuan awk shake tu sama mcm u makan supplement2 yg jual kt farmasi tu cuma dia di satukan dlm bentuk serbuk yg mudah di minum, so takyah ambik byk2 supplement mmacam hanya minum jer dah dpt kesihatan yg optimum, tapi dlm masa yg sama kami masih lagi makan makanan spt nasi campur, ikan, ayam dan semua yg ada di dalam piramid makanan bukannya minum shake tu jer.. kalau ia tak sesuai dgn awk sorang tp ia sesuai dgn 6 billion org di dunia .. so kalau awk kata ianya tak sesuai dgn awk jadik kitaorg ne kena agree dgn awk ker.. awk dgn blog aidid tu sama jer bercakap tanpa fakta.. ingat senang ker nak msk malaysia jual makanan kesihatan tanpa pemantauan, ala ambik negara jepun jer herbalife dah tembusi jepun ingat org jepun ne bodoh nak bg penduduk dia minum racun n wat so ever, tntang kes kat israel tu ok saya nak bgtau awk facebook di malaysia ia di banned x? of course tak kan tapi ada ngara yg banned facebook, jadik awk nak kata facebook tu salah ker, nape tak semua negara agree nak banned facebook, so kat situ kita kena nilai blik, apa kata u g buat kajian yg lg mendalam tentang herbalife, for me my family sihat itu dah cukup kalau u tak sesuai so tak perlu nak canang yg herbalife tak bagus, mungkin u tak pernah kot minum herbalife.. jadik kalau rasa dah tiba masa nak sihat call jer semua independent distributor herbalife, for me its works for me dan saya dah byk menyihatkan org dgn herbalife, tak da pulak saya jumpa org mati minum herbalife walaupun dah 32 tahun dia minum.. so pls... saya buat herbalife bukan kerana duit tp saya dpt tol ramai org duit tu jatuh no.2 yg penting saya dan marketing plan herbalife tak pernah ambik duit org n suruh org ambik loan mcm mlm hai o.. askum..

      Delete
    2. Saya hendak tahu, awak merujuk produk Herbalife sebagai ubat atau supplement?

      Jangan terlalu taksub dengan produk Herbalife sehingga tidak percayakan ubat doktor lagi. Saya yakin mana-mana doktor dan mereka yang ada background sains akan kata benda yang sama. Kajian yang telah dilakukan terhadap shake Herbalife menunjukkan bahawa tiada kesan sigifikan dalam menyembuhkan penyakit. (Saya ada kertas kajian yang telah dipublish kalau nak). Jika dibandingkan antara kajian dan cakap awak, maaflah saya pilih kajian kerana testimoni boleh ditulis dan dibeli dengan wang ringgit.

      Saya tidak kata semua produknya tidak baik tapi memang tidak dapat disangkal bahawa ada sahaja produk Herbalife ini yag pernah dibawa ke mahkamah kerana membahayakan kesihatan, dan syarikat Herbalife kalah perbicaraan, bayar ganti rugi dan kemudian tarik balik produk itu dari pasaran.

      Awak kata produk ini sesuai dengan 6 billion orang. Apakah bukti awak? Awak kata saya menulis tidak berfakta padahal semua itu saya sertakan rujukan. Sekarang berikan fakta awak tu serta buktinya.

      Memang awak tidak tahu bahawa makanan kesihatan memang senang dipasarkan hari ini selagi mereka tidak didaftarkan sebagai 'ubat' maka tiada ujian klinikal diperlukan. Produk Herbalife pun sama. Hanya lepas ada kes baru boleh buat report dan tindakan aka diambil. Kes kat Israel tu macam tu jugak. Jangan cakap tanpa ilmu.

      Saya mementingkan kesan kepada kesihatan apabila mengambil produk Herbalife dan tidak mahu ambil tahu tentang teknik pemasaran mahupunloan dan sebagainya.

      Delete
  9. maaf ...saya nak tnya kat cik..kalau orang mngutuk atau mngata buruk kepada cik adakah cik marah?meraka hnya trngok dari luarana sahaja...mesti gerenti cikmarah betul?begitu jugak dengan produk herbalife ni.cik x nak mncuba dan mngenalinya.cik membaca satu atikel dan mngatakan soya x bgs.mmng soy blh mndatangkan kanser.tapi ada kuantiti2 protein yag diperlukan dalam badan kita.dalam produk ini mmng da cukup untk kuantiti protein yg di amik oleh manusia...lagi satu .adakah cik da pernah mencuba produk ini samapi cik menyatakan yg herbalife ini x bgs?kalau tidak x akan ada lebih 70 juta penduduk bumi ini yg berpuas ati ngan produk nie.kenapa kita nak percaya dengan artikel satu artikel sahaja...cari2 lagi artikel pasal herbalife.dan saya nak akak tunjkkan ada x mereka yg makan herbalife nie bertmbh sakit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya minta puan baca dahulu kajian-kajian yang telah dilakukan oleh saintis-saintis sebelum mengkomen. Saya tahu tentang kuantiti-kuantiti protein soya dan saya tahu kuantiti yang diambil oleh pengguna shake Herbalife.

      Tiada niat saya untuk memburukkan produk Herbalife malah saya siap kata kalau minum Herbalife memang boleh kurus.

      Cik kata ada 70 juta orang berpuas hati dengan Herbalife. Apakah bukti cik?

      Saya tidak perlu cuba untuk tahu. Contohnya saya jumpa satu keropok yang ada tulis cianide sebagai ramuannya, perlukan saya cuba dulu baru tahu?

      Saya percayakan kajian dan bukannya artikel2 yang ditulis bias kepada mana-mana pihak. Last sekali nak bagitau, banyak sahaja orang yang ambil jatuh sakit. Siap kena saman berkali-kali. Cuma orang Malaysia yang tidak tahu seperti katak di bawah tempurung. Lihatlah di link ini:

      http://www.representyou.com/product-liability/herbalife/sick-herbalife-distributors/

      Delete
    2. Encik ah hong, saya adalah orang paling negative untuk mencuba segala product kesihatan, walaupun saya dibesarkan dengan penuh supplement bernutrisi, ibu saya sangat memilih dalam makanan kesihatan ni.....tapi yang pasti kami telah jatuh hati dengan produk herbalife setelah 3 tahun makan herbalife dengan kesan sampingan yang saya berani kata telan pil ubat-ubatan belum tentu dapat mengawal kesakitan tapi dengan herbalife alhamdulillah semuanya terkawal......jgn salahkan produk kalau sendiri tak pernah mencuba, hanya mendengar dan melihat pada kesan negative, sepatutnya cuba membantu mereka dengan bertanya....bagaimana kamu makan? Berapa banyak air yang kamu minum dalam sehari?....bukannya buat kaji selidik yang negative untuk menyalahkan produk....

      Delete
    3. Salam,

      Ada beberapa perkara yang ingin saya beritahu dan saya rasa ianya amat penting.

      Jangan membandingkan Herbalife dengan apa-apa ubatan sekalipun kerana produk Herbalife BUKAN UBAT. Itu adalah antara sebabnya produknya mudah untuk diluluskan FDA.

      Tiada kajian yang dilakukan pada produk Herbalife sebagaimana yang dilakukan untuk produk "ubat". Ini bermakna kesannya apabila dimakan oleh manusia adalah tidak diketahui sehinggalah kini. Kajian mengaitkan produk Herbalife secara lansung yang menyebabkan masalah hati kepada konsumernya.

      Saya tak salahkan produk, pengedar mahupun Herbalife itu sendiri. Saya cuma ingin sedarkan pembaca bahawa adanya KESAN SAMPINGAN NEGATIF yang perlu diambil kira dan mereka perlu tahu apabila membuat keputusan mengambil Herbalife.

      Delete
  10. info yg sangat menarik berserta dgn kajian dan fakta...tahniah tu ahong

    ReplyDelete
  11. Lain kali cuba dulu, baru tahu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada orang kata kalau makan cempedak busuk boleh sembuh penyakit, adakah awak akan cuba dahulu, lepas itu baru nak tahu?

      Delete
    2. Saya pun baru terbeli produk ini. Even ratusan ringgit, tapi dengan bacaan ini, saya terpaksa akur untuk memberikan kepada org lain.

      Delete
    3. Pak Cik Ahong nie bukannya saintis atau doc. nak kemukakan hujah-hujah berdasarkan fakta yang diambil dari sumber yang berkait dn tidak diiktiraf faktanya.. Kalau betul anda mengkaji herbalife,rasakan produk tue sendiri dan buktikan herbalife tue seperti 'cempedak busuk' yang dikatakan...Jangan kemukakan hujah berdasarkan fakta tapi kemukakan hujah berdasarkan bukti...Even Baby, ibu mengandung minum herbalife macam mana ia boleh disamakan dgn 'cempedak busuk'?? Malah ada seorang ibu warga cina selepas dia consume herbalife dia semakin sihat malah mampu mengeluarkan susu yang lebih banyak untuk didermakan kepada bayi-bayi yang tak beribu... What a magical!Warga2 tua yang sebelumnya berjalan kaki dengan tongkat ALHAMDULILLAH dengan Izin ALLAH telah dipermudahkan dalam setiap urusan ibadah.. Notice that it's just a simple product that give some nutrition for our cell.. Cell nutrition okayy? ada kea product lain yang mampu bagi cell kita makan? I'm not addicted on herbalife tapi saya sentap terhadap anda yang berfikir terlalu rumit dan mengkaji terlalu dalam tentang sesuatu yang anda belum pasti kenal tentangnya.. Aishhh ~mengeluh

      Delete
  12. salam perkenalan,semua bukti tanggapan negatif terhadap herbalife ada di blog seluruh dunia haruskah semua ini dipercayai?mengapa kita harus membuktikan fakta yang kita sendiri pun hanya mampu membaca dan menilai dari orang lain dan tidak mampu membuktikan dengan melayakan diri untuk bercakap di stesen rancangan seluruh dunia bahawa herbalife memudaratkan,rancangan no.1 dunia adalah berita harian.melepaskan kata-kata di blog dengan cara yang tidak profesional.mencuba sebelum berkata adalah baik,tetapi,berkata sebelum mencuba adalah satu kerugian dan penyesalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Saya hanyalah berkongsi apa yang saya tahu dan ada begitu banyak feedback daripada rakan-rakan doktor juga memberikan input yang sama.

      Idealogy cuba dulu baru tahu adalah secara saintifiknya terang-terang satu kesalahan dan kesilapan.

      Bayangkan ada seseorang bagi awak dadah heroin dan kata "Awak tak cuba dulu mana tau. Nanti awak menyesal dan rugi"

      Delete
    2. Salam ahong..
      untuk pgetahuan tuan, byk doktor pn da consume herbalife. even beratus doktor dlm mlaysia yg menjadikan herbalife sebgai side income mereka. Klu tuan nk tahu sy ckp btol atau bohong, cume dtg event herbalife. Sy x ckp pergi utk tau produk, tp ckupla skdr utk mendpat pgesahan. TQ

      Delete
    3. Salam,

      Ada beberapa perkara yang perlu awak tahu.

      Saya ada cukup banyak rakan-rakan doktor yang ambil Herbalife tapi tak ada yang menjualnya secara terbuka.

      Kalau ada doktor di Malaysia yang jual MLM juga, lesen perubatan mereka boleh ditarik kerana conflict of interest.

      Dan kalau ada MD kat belakang bukannya mereka sentiasa betul dalam semua perkara. Katakan mereka yang dah belajar 10 tahun, ada tak mereka baca tentang research on soya? Jawapannya ialah tidak.

      Dan saya juga pernah sebut ini dulu, jika sekadar sebut doktor ada ambil bukanlah satu bukti yang produk Herbalife benar-benar selamat. Saya bagi contoh:

      Kalau doktor hisap rokok maka adakah rokok selamat? Kalau doktor ketagih alkohol adakah ianya selamat??

      Saya dah pernah pergi event Herbalife dan saya tak berminat untuk pergi event yang ala-ala brainwashin tu lagi unless kalau ada saintis dalam Herbalife hadir sekali.

      Delete
    4. Cousin sy blaja di India amik jurusan medic.. die sendiri ckp majoriti doc disana pn amik gak HL ni.. termasuk pelajar2.. xtipu.. n sy xrs pn produk ni mbahayakan.. sakit still kne jmp doc n nasihat doc.. tp ada juga yg jmp doc pakar mn sekali pn xdpt nk pulihkn kite sbb apa? sbb bkn doc yg leh pulihkn sakit kite.. tapi Allah.. n sy xckp pn yg HL ni boleh menyembuhkn penyakit sbb tu sume kerja Allah.. sila jgn lari aqidah.. yg menyembuhkn Allah.. klu kite sakit atau baik Allah yg tentukan.. tp xslh klu kite nk amik supplement sampingan utk diri kite sendiri klu kite rs ianya baik utk kite.. cm sy amik utk diri sendiri je.. xde jual xde promote.. Alhamdulillah stkt ni xde mslh.. wallahhualam..


      Delete
    5. Doktor di India tidak sama di Malaysia.
      Graduan doktor di sana terlalu banyak sehingga mereka terpaksa buat pelbagai kerja (termasuklah jual Herbalife) dan ini sebenarnya tidak boleh sekiranya mereka didapati bersalah lesen doktor mereka boleh ditarik balik. Tapi kita semua tahu itu tak berlaku kerana rasuah...

      Saya ingin komen sedikit tentang ubat dan aqidah.
      Kalau kita sakit, maka kita kenalah mencari ubatnya. Walaupun yang menyembuhkannya ialah Allah SWT tapi kalau tiada tindakan dibuat masakan kita boleh sembuh. Saya percaya Allah tak akan menolong orang yang tidak membantu dirinya sendiri. Malah ada hadis yang menyebut semua penyakit ada ubatnya kecuali mati.

      Namun begitu, kalau kita tak sakit maka itu ialah sebab Allah melindungi kita kerana kita menjaga amanah kita untuk melindungi badan kita. Antaranya ialah dengan ambil makanan yang halal dan toyyib. Tapi kalau kita tak bertindak menjaga badan, adakah Allah SWT akan melindungi kita??

      Tentang Herbalife ni, saya hanya bentangkan side effectnya sahaja. Ikutlah saudari/saudara hendak mengambilnya atau tidak. Pilihan di tangan masing-masing.

      Delete
    6. Kongsi sikit.Saya ada sorang kwn ( bukan Ahong).Lucunya dulu dia jadi member herbalife,tapi tak bijak & tiada kemahiran promote org.kesannya dia gagal dlm bisnes ini.lps tu dia memburuk-burukkan herbalife, padahal dia masih guna produk ini dlm diam. Alahai..Sampai dunia kiamatpun org mcm ni tidak akan beroleh kejayaan kerana hati,jiwa,akal dan fikirannya diracuni dngn hipokrit,buruksangka,cemburu dan kotor.

      Delete
    7. Apakah kegagalan dalam mempromosi orang (bukan produk?) ada kena-mengena dengan kesan negatif produk Herbalife?

      Berjaya atau tidak dalam bisnes Herbalife bagi saya tak penting langsung, yang lebih penting ialah samada produknya adalah selamat atau tidak. Saya membentangkan side-effect yang mungkin timbul daripada pengambilan produk Herbalife. Samada nak guna atau tidak itu hak masing-masing.

      Kejayaan dunia tidak penting. Yang lebih penting ialah kejayaan akhirat.

      Delete
  13. as salam,

    saya tertarik dengan entri ini. sekadar berkongsi pengalaman, kakak ipar saya merupakan dealer Herbalife dan mmg hidup dia dgn shake herbalife, tak kira pagi, siang dan malam. dia takde la gemuk mana, cuma ada la berisi sikit sebab dh beranak dua. tp sejak dia berhenti kerja utk lebih fokus pd herbalife ni, hidup dia mmg dgn herbalife je. drp dia yg cantik dan mempunyai wajah yg berseri2, kini dia macam mayat yg kering dan pucat lesi. smpai bentuk tulang muka pun boleh nampak. saya sedih jugak tgk keadaan dia mcm tu sbb ternyata dia lebih cantik kalau berisi sikit dan berseri2. saya mula tertanya2, betul ke produk herbalife ni bagus?? kalau bagus kenapa wajah dia dh jadi kusam dan pucat wpun dia claim dia sihat. sy mmg pernah minum shake herbalife tu, tp lepas sy tahu ianya diperbuat drp soya (sy mmg tahu soya ada bykkkk keburukan drp kebaikan), maka saya stop minum. lgpun tak sedap! :P

    baru2 ni, kakak ipar saya tu telah menjalani pembedahan untuk membuang kanser ovari. sebelah ovari telah dibuang. saya jadi pelik sedangkan sblm ni dia belum pernah ada apa2 masalah kesihatan. dan saya mula rasa pengambilan herbalife yg melampau mmg boleh menyumbang kpd keburukan. tidak mustahil ketumbuhan dan kanser yg baru wujud di ovari kakak ipar saya itu adalah berpunca drp pemakanan yg tidak sihat dan merbahaya, dia baru je tahu pasal ketumbuhan tu 2 bulan lepas. hmmmm...... sy mmg tak teringin pun nak makan herbalife tu, org kasi free pun taknak. hehe. saya yakin dgn artikel penulis blog ni, dan mmg bukti2 tu boleh diterima akal. terima kasih.

    sekadar berkongsi pengalaman je. wallahuallam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Terima kasih kerana berkongsi. Semoga Allah memudahkan kakak awak.

      Delete
  14. kenap ya yang guna herbalife bertahun2 tu tak mati lagi ye..tapi semakin sihat..pelik la pulak. yang sakit boleh sembuh, kenapa tak semakin teruk dah herbalife ni bahaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama juga ada orang merokok bertahun-tahun tak mati lagi. Siap rasa segar.

      Delete
    2. Bagussssss! Saya suka dengan pernyataan ini lah ahong. Kwn2 kat sekolah ada yg ambil herbalife ni. Saya tengok tak kurus pun. Fulus yang makin kurus ade le..... he..he...he...
      Org Malaysia nak kurus cepat dgn jln mudah.
      Bersenam legi baik drpd berhabis ribu raban akhirnya dpt penyakit lain.

      Delete
    3. kenap ya yang guna herbalife bertahun2 tu tak mati lagi ye? = ajal maut bukan di tangan kita. mohon jangan lari akidah ! Nauzubillah

      Delete
  15. annoying~ selama 5 tahun saya tolak herbalife.. akhirnya saya terima herbalife setelah saya mohon Allah tunjukkan adakah ia nya baik untuk saya.. Alhamdulillah.. kesihatan saya improve.. xde lagi sakit kepala.. darah tinggi.. semua ini terjadi bukan kerana herbalife! tapi kerana izin Allah.. x kisah nk bg pendapat.. tp jgnlah bagi pendapat yg boleh pengaruhi org lain tntg keburukan sstu smpai menutup rezeki org lain.. tiada produk yg tiada kelemahan.. kelemahan itu kita tutup dgn kelebihannya begitu juga dlm hdup kita.. kekurangan n kelemahan kita.. kita akan berusaha perbaiki kan? Maaf la jika kata2 saya trlalu menyinggung mane2 perasaan.. saya x taksub.. tp saya brsyukur.. sbb selama 5 thn sy memandang hina produk herbalife nie mcm saudari/saudari.. ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudari,

      Jika saudari baca post saya yang super panjang tu, saudari akan dapati bahawa saya ada kata bahawa Herbalife ini bukannya tak ada kesan yang baik bagi pengamalnya.

      Saya membangkitkan kebimbangan saya kepada side-effect daripada over consumption produk Herbalife.

      Biasanya kebanyakkan masa, kita dapat penyakit daripada diet yang salah. Apabila cik bertukar kepada diet Herbalife contohnya pastilah ada kesan positif kepada badan.

      Delete
  16. I think ahong arguement are more convincing bcoz are backed up with research paper and true research source. As a researcher,i made my own research before using any product in fact, i pon teingin nk cuba herbalife. If i go straight to the dealer of course they will tapis good info only for me.so it's my job to dig out the pro and con. I think for those who are ofended by this article u need to open up your mind and read all those links and research paper yg ahong dh sediakan tu. And after that then u can argue back. Most yg komen n sokong herbalife kt sini i tak nampak you all punya fakta and sila sertakan rujukan yg valid instead of testimoni mak, nenek, jiran you all. So far, i lagi convince dgn rujukan and fakta ahong sbb disokong oleh research paper. Yg lain ada? Bole share kat sini. Jika terbukti ada i berminat nk start using hblife. And..no saya xnak try dulu selagi xyakin dgn kebaikkn produk yg bakal saya ambil secara kerap ni. It's like convincing me ambil steroid sbb terbukti berkesan, badan jd sasa, bla..bla.. So prove it's safe first,not it works

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah Herbalife dah bantu famly saya jadi lebih sihat, baik turun berat, lebih bertenaga, yg haid x normal pun tetiba jer jd normal lepas minum shake, yg hormon x stabil pun makin stabil, yg masalah jerawat pun makin improve n x yah cuci muka bersih bersinar jer n x berminyak, yg best Herbalife telah ubah kehidupan ku baik drpd kesihatan n ekonomi, luar biase...yg x nak cuba tu biarkan je la, no problem pun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan saudara,

      Samada untuk memilih untuk makan atau tidak itu di tangan saudara.

      Delete
    2. Sy setuju.. kalau dah taknak makan tak perlu la nk condemn apa2 kan... Sy sendiri berat badan naik mendadak selepas bersalin.. dulu pun tk nk percaya lgsg dgn produk pelangsingan.. tapi biler tgk adik guna dia makin lawa, bentuk badan yg ber'shape'.. sy pun eager to try.. within 2 weeks, berat takdelah turun sgt.. tp reshape balik and after 4bottles consume.. dpt blk berat badan ideal..i pun stop guna herbalife. Spjg guna herbalife nie mmg sy lupa yg sy pengidap migraine (tak kena migraine lgsg ekh)..badan takdelah kurus melidi.. tp skrg lg bershape tau.. ramai member tanye apa rahsia saya.. hihi..siap promote tau lps berjaya.. di samping sy amik herbalife, sy juga buat yoga setiap hr. tu yg makin cantik agaknyer badan nie. hihi perasan lagi. biler stop amik, sy hanya perlu control makan tp tk perlu berlapar. dgn sendirinyer tabiat to ctrl qty and amount makanan dalam pinggan automatik.. perut pun dh tak larat nk makan byk2 sbb tank dh kecik kot! So, pd sesiapa yg nak amik herbalife nie bg saya, ia mmg baik utk kesihatan n penurunan berat badan. kalau tknk amik utk long term u can stop once u get ur desired body but still to ctrl makan. just eat healthy food and fresh.. itu pendapat saya.. tak mau la nk mengiyakan or menidakkan apa2..masing2 ada teori masing2kan.. Sekian wassalam!

      Delete
    3. saya setuju sangat2 apa yg orang atas ni perkatakan..
      jika tak suka, diam jea..tak perlu nk naikkan cerita kt blog..
      tolong delete entry ini....

      Delete
    4. Maaf jika terasa, blog ini bertujuan untuk mendidik. Jika saudara atau saudari merasakan apa yang saya nukilkan tidak benar maka bawalah buktinya. Pasti saya akan meminta maaf dan membetulkan informasi di blog saya.

      Saya tidak pernah menidakkan produk Herbalife mampu untuk menguruskan badan. Tetapi saya tak setuju jika ianya dianggap sebagai menyihatkan badan. Dan saya lebih tidak setuju jika dikatakan produknya 100% selamat. Tiada kajian yang dilakukan untuk menunjukkan ianya selamat dimakan manusia. Malah ada banyak bukti yang menunjukkan produk Herbalife dikaitkan dengan masalah hati.

      :D

      Lagipun ini blog saya, maka jika saudara/saudari tidak suka apa yang dibaca maka jauhi dan jangan masuk sini lagi. Saya yakin pembaca lain yang lebih bersifat terbuka akan setuju.

      Delete
    5. kalau ahong tak tulis then nobody will knows.ini cuma salah satu perkara nak bgtahu tentang side effect je. kenapa ramai yg offend? berapa bayak produk yang ada side effect kita tahu. tapi kalau still nk ambil. who cares? jadi baguslah ada artikel ni, supaya people yang care boleh tahu. bukan nak tutup periuk nasi atau apa-apa pun. mcm mana ilmu nak tersebar kalau fikiran kita still tak open dan bias sepanjang masa.

      Delete
    6. yes, imagreed with ahong. You know what, my family pun dah guna herbalife ni sekian lama, jadi ahli lagi, tapi dah stop lepas my mom meninggal sbb kanser, and meninggal tu bukan sbb herbalife lah, sakit sebelum tu lagi, and bila saya nak guna balik, then baru nak beli, saya try cari pro cons nya, and Alhamdulillah Allah izinkan jumpa blog ni. Dan saya percaya pada kajian yang ad kertas kerja dan kajian. Jazakallah ahong, mohon jgn delete entri ni. Mana tahu banayk manfaatnya utk yg lain

      Delete
  18. macam mana dengan doktor yang dah ada MD. kat blakang nama and consume herbalife? siap promote lagi..adakah awak nk kata diorg ni 'bodoh' sbb tak tau bahaya nya minum herbalife in the long term?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka yang belajar doktor tak semestinya seorang pakar nutrisi. Mereka juga bukanlah saintis. Kepakaran mereka adalah untuk menyembuhkan penyakit dan bukan mencegahnya.

      Mentaliti orang kita ini kena berubah. Ketaksuban kita yang ingat doktor tahu semua, ustaz tau semua, profesor tau semua harus dibuang.

      Delete
    2. Sama juga doktor yang merokok dan doktor yang minum arak.

      Delete
  19. serius xtipu. aku seblm ni amek protein GNC utk workout tapi kesian kat member jual herbal life akupun beli satu... lepas sebulan pakai masuk hospital kena radang hati, (hati luka) atau dlm medical term hepatitis. masuk HKL 9hari tau =.=
    dr sendiri kata stop ambil herbal life continue GNC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf encik, saya dan ibu saya dah consume herbalife lebih dari 3 tahun....alhamdulillah.....ibu saya berumur 65 tahun....sihat tanpa bantuan ubat-ubatan...malah nampak muda....boleh call kami jika tidak percaya untuk pengesahan...019 733 5847....asalkan kita percaya dan yakin....

      Delete
    2. Salam,

      Sistem imun setiap orang berbeza maka reaksinya juga berbeza. Ada orang yang sensitif kepada bahan tertentu dan ada orang yang tidak sensitif. Ini termasuklah produk-produk Herbalife.

      Macam yang dibincangkan sebelum ini, kalau merokok bertahun-tahun tak semestinya kena kanser.

      Delete
    3. assalam..

      maaf lah sy mencelah..
      sy bkn nk memburukan @ menyokog mane2 produk..cme sy nk tahu berapa lame saudara/saudari 'merehatkan' diri sebelum saudara/saudari menukar sesuatu produk..
      sy jg tny saudara/saudari zerocool, pnh x wt kajian kesan2 buruk bila saudara/saudari menukar pengambilan sesuatu produk..
      sy pnh terbace & terdenga kesan percampuran pengambilan suppliment salah satu ny kte mgkin akn dpat barah..mgkin ap y saudara/saudari alami kesan dr percampuran suppliment..
      sy mnta maaf sy takde ap2 artikal untuk mengsahihkan..wasalam

      Delete
  20. maaf ye encik, ape yg saya nk ckp ni hny pndgn sy shj, encik nk trima o x, itu atas encik..encik pnh mkn fast food??pnh minum air bergas??pnh mkn roti canai??roti boom??nasi beriyani pnh mkn??kambing bakar??air manis??nasi lemak??mgkn encik pnh mkn klu x sume pn, mgkn satu dua..encik sedar dlm mknn2 yg sy sebut ni tggi dr segi kalori dan rendah dr segi khasiat dan nutrisi??encik sedar dlm mknn2 yg sy sebut ni juga guna bhn chemicals?tp wlupun ade bhn chemicals adakah ia menjadi penghalang utk kita ambil juga??bukan ke ini trend2 msykt kita??sy bg contoh, klu dlm packaging twisties, mister potato klu encik lihat di bhgn belakang ade jadual ttg nilai2 kalori, bhn2 yg digunakan. Kita thu ianya x sht utk kshtn dan dlm jangka panjang bole menyebabkan pelbagai jnis penyakit. Tp adakah kita berusaha utk tidak mkn?? Tepuk dada tny selera. Jika encik x mkn, sy puji krn encik ade kesedaran ttg kshtn. Tp berapa rmi yg sedar akn kshtn dlm msykt kita??hinggakan kementerian kesihatan telah melarang penjualan nasi lemak ketika masa rehat di sekolah2.,sehinggakan pegawai2 kerajaan perlu buat medical check up??ape tandanya tu??dan jika kita trlalu bergantung pada ubat2 doktor juga adalah bahaya. Di malaysia, rmi je doktor yg ambil nutrisi herbalife. Jika mereka yg ade ilmu ttg kshtn, bole ambil, apetah kita yg cetek ilmunya. Sy sedar ade juga doktor yg x ambil nutrisi herbalife. Sy juga nk kata lg, msykt kita terlalu bergantung pd produk farmaseutikal berbanding produk nutrisi. Adakah ianya bagus?? Bagi sy encik, x adil utk encik mengutuk produk ini..sy juga seperti encik dl, sgt3 skeptikal tp Alhamdulillah sy da mkn semenjak bulan disember lepas. Dan sy nk jelaskan di sini, kami yg buat herbalife ni, kami bukan dealer/agen/promoter/salesman ttp kami adalah coach??ade beza kn coach dgn dealer/agen/promoter/salesman? Kami bertanggungjawab utk guide mereka yg ambil herbalife dgn kami agr objektif dia utk turun/kekal/naik berat bdn trcpai. Dan sy nk tegaskn di sini, xde mslh utk tidak ambil herbalife, tp pastikan ape yg kita msukkan dlm bdn berkhasiat, tggi nutrisi dan khasiat dan akhirnya bantu kita utk mengecapi kesihatan yg baik. Dan dgn gejala obesiti yg semakin meningkat, adakah kita ingin duduk diam shj. Jika ia berlaku di kalangan org kita syg bagaimana?? Sy ade seorang pak cik, umur belu 50 tp da kne buat bypass. KEnapa??sbb die merokok, minum air bergas dan gaya hidup sgt x sihat. Bukankah trend ini mirip2 msykt kita. Jd encik, fikir kan lh dgn akal yg Allah beri pd encik. ^^ 'sihat sblm sakit'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong pendapat tuan tentang masalah kesihatan tentang nutrisi yang disebabkan kita bergantung kepada makanan terproses yang tidak sihat penuh dengan gula, colouring dan preservatives.

      Namun persoalan saya ialah adakah Herbalife solusinya? Jawapannya tidak kerana produk Herbalife tidak memberikan erti kesihatan secara keseluruhannya. Saya tidak menafikan yang makan Herbalife boleh kuruskan badan.

      Saya ingin juga membawa perhatian tuan kepada 'Skinny Fat'
      Sila baca link dibawah ini:
      http://www.huffingtonpost.com/dr-mark-hyman/skinny-fat_b_1799797.html

      Delete
  21. maaf cik, nk tny cik pnh mkn nasi lemak??roti canai??fast foods???potato chips??air bergas?kambing bkr??msti pnh mkn kn??klu x sume mgkn 1 dua pnh..cik th kn dlm mknn2 ni amat x sht utk bdn..tp kne mkn jgk?mmg ade plhn mknn slain yg sy sbut ini yg lbh sht tp bukankah ini selera msykt kita??knapa smpkn kerajaan trpaksa larang pnjualan nasi lemak di sekolah2??knapa sekarang pegawai2 kerajaan umur ats 50 da kne buat check up??dan bg yg nk kje dgn govt, bmi jgk diambil kira sekarang..bukankah ini tnda tabiat pmknn msykt malaysia semakin truk??smpkn kanak2 sudah mngalami obes??knapa bila suda ade mknn spt herbalife yg trnyata sht hndak dipersoalkn kandungan sdgkn fast foods, potato chips, air bergas x dipersoalkn??bg sy x adil utk cik pre judge herbalife yg da bntu rmi sgt org dr segi kshtn..ingin sy tgaskn, ini hny pndgn sy, trserah pd cik utk mnilai cmne.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mari kita kembali kepada al-Quran.
      Makan yang Halal dan Toiyyiban.
      Yang halal itu senang ditentukan tapi yang baik kepada kita itu sukar.

      Delete
  22. saya baru nak amik herbalife, sambil2 baca info hblfe..tapi lepas baca blog ni..saya bukan jadi takut nak makan herbalife tp jadi kesian kat tuan blog ni..sebab negatifnya teruk sangat.menjatuhkan company orang dgn teruk..canang yang teruk2 je..semuanya dia yang betul.ibarat nak makan kat kedai nasi lemak baru bukak pastu ada orang hentam teruknya kedai tu sampai tak pegi makan..ni contoh la..sya tak pandai sangat tak de phd ke jurnal ke..tp baca blog ni nampak penulisnya macam suka hina org oops sori.better awak pegi company ni..tnya betul2.nampak macam penulis blog seorang penyelidik.insyallah diizin allah tuan blog dapat apa yg dia nak.amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak larang ambil. Silakan jika saudara saudari merasakan bahawa ia merupakan ynag terbaik untuk saudara saudari sekarang.

      Saya hanya membangkitkan kebimbangan saya kepada side effect terutamanya kepada mereka yang abuse penggunaannya.

      Delete
  23. sy baru nak mengenali herbalife....actually utk ayah sy yg baru kna stroke..waktu sy bawa ayah utk rawatan refleksologi, ada yg sarankan ayah minum herbalife but sy agak kurang pasti ngan produk herbalife ni..so kalu sapa2 yg ada lg info about this product boleh tlg email kn sy..keylams@yahoo.com...anyway..thanks ahong..info awak lengkap dgn fakta yg meyakinkn..info yg lengkap mcm tu yg sy perlukan...kalau sesapa ada lg info pls email me bfr i made up the decision..pls..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya syorkan awak jumpa pakar nutrisi. Apakah mereka yang menjual Herbalife itu semuanya tahu.

      Kalau awak nak, saya boleh syorkan pakar nutrisi (rakan saya sendiri).

      Delete
  24. Herbalife..sy ada 3org patient with kidney disease due to consumption of herbalife for more than 1 year. please don't make urself one of the statistic. consult ur dietitian for a healthy weight loss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana berkongsi,

      Harap pembaca yang lain ambil perhatian (take a note).

      Delete
  25. kesian la kt awak nie..ish3..kalo nk betol2 tahu n nk tgk depan2..pegi la ke makmal kajian herbalife kt LA..tgk sendiri..n tanye sendiri..jgn terlalu taksub gn maklumat internet n buku..xsemestinya semuanye betul 100%..so..y not awak pegi sane n buktikan sepenuhnye..baru boleh wat statement yg lg bagus yer..saya berani cabar awak 100%..sila buktikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. =.= Apa kata awak bagi saya duit dan saya akan pergi? (sarkastik)

      Awak ni kira penjual atau pengguna yang saya rasa sangat tidak bijak atau mungkin tidak arif tentang sains.

      Herbalife tidak banyak habiskan wang dalam memastikan keselamatan produknya dan ini telah banyak kali terbukti dalam sejarah. Mereka disaman berkali-kali sehingga ada produk yang terpaksa ditarik balik setelah dibuktikan tidak selamat.

      Tiada kajian yang dilakukan oleh Herbalife dalam memastikan produknya selamat. Bahkan ujian kepada haiwan pun tak dilakukan. Terus masuk ke mulut dan perut manusia. R&D yang dilakukan hanyalah berkaitan keberkesanannya. Contohnya, mereka memdemonstrasi mengambil Formula 1 shakes setiap hari boleh mengawal berat badan.

      Tapi mana kajian yang menunjukkannya selamat diambil tanpa side effect. Jawapannya tidak ada. Pihak Herbalife sendiri mengaku ujian haiwan tidak dilakukan.

      Saban hari kat serata dunia begitu banyak pengamal Herbalife yang bagitau ada masalah hati. Siap ada doktor yang komen kat page ni kata patient dia pun sama. Apa kata awak pergi buat ujian kepada hati awak, kalau tak ada masalah report balik.

      Tak perlu nak kesian kat saya, saya yang patut kesian kat awak.

      Delete
    2. Saya harap awak tahu English. Sila baca kertas jurnal kajian oleh para saintis-saintis ini:

      [Toxic hepatitis by consumption Herbalife products a case report].
      http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19157382

      [Hepatotoxicity associated with the use of Herbalife].
      http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20197595

      Acute liver injury induced by weight-loss herbal supplements.
      http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21173910

      Herbal does not mean innocuous: ten cases of severe hepatotoxicity associated with dietary supplements from Herbalife products.
      http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17692989

      Continuous reporting of new cases in Spain supports the relationship between Herbalife® products and liver injury.
      http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21751292

      Ada cukup banyak lagi kertas kajian yang mengaitkan produk Herbalife dengan masalah hati.

      Sekarang awak nak percaya sains saintis2 lain kat dunia atau awak nak percaya saintis Herbalife yang buat duit dengan jual barang dia kat awak?


      Delete
    3. Ini pula satu contoh dari Jurnal of Hepatology yang ada teks penuh.
      http://www.ikp.unibe.ch/lab2/herbalife2007.pdf

      Delete
    4. "Erin AzrenNovember 16, 2012 at 3:59 AM
      kesian la kt awak nie..ish3..kalo nk betol2 tahu n nk tgk depan2..pegi la ke makmal kajian herbalife kt LA..tgk sendiri..n tanye sendiri..jgn terlalu taksub gn maklumat internet n buku..xsemestinya semuanye betul 100%..so..y not awak pegi sane n buktikan sepenuhnye..baru boleh wat statement yg lg bagus yer..saya berani cabar awak 100%..sila buktikan.."

      encik ahong dah bagi fakta dari kertas2 jurnal dan kajian..mungkin orang2 dibidang perubatan,sains dan kejuruteraan anggap jurnal itu fakta..tapi orang2 buisnessman herbal life anggap ia fitnah untuk menjatuhkan..

      kalau saya support semua perbelanjaan encik ahong untuk pergi ke LA dan melihat dengan mata kepala sendiri(sarkastik) adakah awak sudi untuk percaya atau masih tetap dengan pendirian :)

      Delete
    5. Maaf saya lupa nak reply,

      Apa yang awak nak saya tengok kat LA?
      Pi tengok makmal ka? Tengok mesin HPLC ka? Tengok autoclave machine ka? Tengok tissue culture ka? Tengok gas chromatography punya mesin ka? Apa yang awak nak saya tengok?

      Kalau sekadar nak tengok makmal tu tak payah sebab dah bertahun saya kerja di makmal. Yang penting daripada sebuah makmal itu ialah hasil kajiannya AKA kertas jurnal.
      Sebagai seorang yang juga dalam bidang sains, itulah yang penting.

      Dan pihak Herbalife tak ada buat kajian yang menunjukkan produknya adalah selamat dimakan oleh haiwan mahupun manusia. Biasanya kita buat ujian kat haiwan lepas tu trial kat manusia. Tapi Herbalife shortcut terus bagi manusia.....

      Awak lebih percayakan ujikaji sains atau buah mulut orang bisnes?
      Even saintis yang kerja kat Herbalife pun kata selamat tapi itu sekadar pendapat tanpa bukti atau kajian pun. Maka adakah mempunyai makmal tu penting kalau tak buat kajian?

      :D Kalau awak ada duit nak support baik support saya pi umrah atau haji lagi bagus.

      Delete
  26. nak tanya..mana pergi artikel yang livestrong?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu dalam komen awak yg livestrong truth about herbalife tu.

      Delete
    2. Link tu dah mati.
      Awak nak cari tentang apa, saya boleh tolong.

      Delete
  27. ahong cool je balas satu-satu komen..yang duk consume herbalife ni plak yang emo x pasal..ada akal pk lah..saya x rase apa y ahong tulis ni niat nak jatuh kan company herbalife tu..tolong lah bukak mata n paham apa yang dia sampaikan.. "SIDE EFFECT" ! tq ahong :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik hanem, yang saya faham di sini, en ahong ni banyak membuktikan "SIDE EFFECT" yang negative, dia cuba ketengahkan bagi mereka yang consume dengan cara yang tak betul, orang2 yang dah consume bertahun seperti kami memberitahu "SIDE EFFECT" yang positive....kenapa tidak cuba sendiri dengan mengikut arahan seperti yang disarankan oleh scientist?....ikut arahan pada label.....alhamdulillah asalkan pandai consume....baru tersedar produk herbalife bagus.....dulu saya pun tak caya....tapi tak pernah berhenti....cuma tak disiplin....bila dah disiplin....alhamdulillah saya memang jatuh cinta dengan produk herbalife....sampaikan orang promote produk lain saya tidak menerima...kenapa?....cuba dengan betul.....dan fikir dengan betul...

      Delete
    2. Maaf tak benar,

      Saya menunjukkan bahawa adanya side effect tak kira makan mengikut arahan kat botol itu atau tidak.

      Baca dengan betul.

      Delete
  28. cuba lah jgn menutup pintu rezeki orang
    we are herbalife distributors,mmg sangat suka dengan products
    sebab..KITORANG SEMUA PERGI EVENT
    EVENT DALAM NEGARA,EVENT LUAR NEGARA
    We meet our doctors there.doctors behind the product
    kalau herbalife tak bagus,merbahaya,herbalife tak akan bertahan sampai 32 tahun,dah masuk 86 buah negara

    if you never come to the training,please don't judge.awk tak nampak ISI DALAM HERBALIFE like we did

    sorry lah agak harsh kat sini
    tp entri awk ni seolah2 menutup pintu rezeki kami sebagai herbalife distributor
    ini lah periuk nasi kami..ini la sumber kehidupan kami

    kalau awk rasa,awk tak perlukan herbalife dlm kehidupan awk,jgn lah cuba memburuk2 kan herbalife,sedangkan awk tak tau asal usul produk herbalife

    okay? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaflah kalau awak rasa begitu. Niat saya untuk mendidik dan tujuan saya ialah memberitahu pengguna sahaja.

      Saya tak tahu apa yang awak banggakan sangat dengan pergi 'event dalam negara mahupun event luar negara'. Mungkin nak tunjukkan bahawa awak kaya jual barangan ini? Apakah itu penting untuk kesihatan mereka yang ambil Herbalife?

      Kalau awak dah pergi ke training, apa kata awak beritahu kami, ujian apakah yang telah dijalankan kepada produk ini sebelum ianya dipasarkan kepada pengguna. Ada tak buat ujian klinikal pada haiwan untuk melihat selamat atau tidak produknya? 100% tak buat.

      Tahukah awak kalau nak pass FDA tak payah nak membuat ujian makanan itu selamat atau tidak kepada manusia?

      Saya tak perlu pergi jauh untuk lihat isi dalam produk Herbalife setelah adanya banyak kes saman ke atas syarikat ini seperti yang pernah saya sebut sebelum ini. Para doktor yang tidak bias dimana periuk nasi mereka tidak bergantung kepada Herbalife akan memberikan pandangan yang tidak berat sebelah berbanding doktor2 (yang saya rasa bukan pengamal perubatan) di Herbalife.

      Syarikat yang dapat bertahan tidak bermaksud produknya adalah selamat dan berkualiti. Syarikat menjual rokok di Malaysia jauh lama di Malaysia dan orang ramai masih menghisapnya walaupun dah semua orang tahu ianya punca kanser mulut dan paru-paru.

      Jika Herbalife periuk nasi anda, mungkin juga ini masanya awak berfikir tentang kesihatan pembeli-pembeli awak. Fikir tentang apa yang Allah mungkin tanya nanti tentang produk awak itu. Tidakkah awak baca jurnal2 yang saya post itu?

      Point utama saya ialah memang tidak dinafikan lagi terdapat RISIKO ambil produk Herbalife. Dan jika awak jujur pastinya awak tidak akan menyembunyikan perkara ini. Awak setuju atau tidak risikonya tetap di situ? Biarlah orang ramai tahu dan biarlah mereka membuat keputusan untuk mengambil Herbalife atau tidak.

      Kalau orang ramai tahu dan tetap nak beli, itu hak mereka. Tapi kalau mereka tak tahu dan beli, maka hak mereka terabai.

      Mungkin awak boleh kaji balik tentang Herbalife dan lihat sejarah Herbalife sendiri yang mana Founder Herbalife yang telah meninggal itu (yang konon-kononnya Health Freak) mati kerana overdose alkohol dan dadah antidepresan doxepin. Kadar alkohol adalah 0.21% lebih kurang dua kali ganda lebih pekat dari kandungan alohol orang mabuk.

      Delete
  29. Saya,tak menyokong baik encik atau costumer herbalife..tapi cara encik ini macam tak baik.....sebenarnya..cuba fikirlah..tiba2 dia minum herbalife mati?cuba fikir tabiat pemakanan dia sebelum ini? lepas ambil herbalife 7 hari tiba-tiba dapat penyakit? tapi sebelum ini corak pemakanan dia tak ada pun dia fikir?

    sebenarnya terpulang sama ada kita nak guna atau tak,tak payahlah tulis articel macam ni sebenarnya..

    terpulang sama ada nak guna atau tidak...awak pasti ke? hasil kajian yang awak siarkan daripada sumber yang betul? nanti awak sebar-sebar dah jatuh fitnah...kalau tak betul?

    saya tak menyokong sesiapa pun..terpulang sama ada nak ambil atau tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Dalam dunia akademik. Semua hasil kajian adalah dipantau oleh badan saintifik dunia dan jurnal ialah kertas kajian tersebut.

      Jurnal bukanlah macam suratkhabar, majalah, artikel mahupun pendapat peribadi. Jurnal yang saya berikan itu ialah hasil kajian berbentuk saintifik.

      Jika saudari baca jurnal yang saya letak itu, kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang SIGNIFIKAN antara pengamal Herbalife dan masalah hati. Ini bermakna, keadaan-keadaan lain seperti masalah kesihatan dan tabiat makanan (seperti yang saudari bangkitkan) telah diambil kira dalam kajian tersebut.

      Post saya adalah hanya nak sedarkan pengguna bahawa WUJUDNYA side-effect Herbalife dan bukannya 100% selamat seperti yang didakwa oleh penjual-penjualnya.

      Saya membuat kajian dahulu sebelum saya post. Jika saya salah, maka berikan bukti saya salah supaya saya boleh betulkan. :)

      Saya tak melarang sesiapa pun guna Herbalife sebab ia sememangnya berkesan dalam menguruskan badan. Tapi pengguna haruslah sedar ada side-effect. Pilihan nak guna atau tidak di tangan masing-masing.

      Delete
    2. noorliana zambri..sy rase awk dh salah faham dgn ahong ni..die kan ckp die x halang org nak consume..awk x rase ke info mcm ni berguna..kalau saintis bagi tahu efek makan nasi lemak,ade kah die nak jatuhkan atau ganggu periuk nasi makci2 yg jual nasi lemak??x kan...info mcm ni nak meluaskan ilmu n igt kan kita supaya berhati2
      by the way,thnx for info..sy student food tech..info2 mcm ni sgt berguna untuk sy..

      Delete
    3. fast food memg dah well known sbg makan yg x sihat..tp soya,walaupon x bgus..tp org tetap consume sbb penipuan dr yahudi laknatullah..faham kan ayat shark mien tu~~

      Delete
    4. Maaf saya nak tanya.....soya tu ciptaan yahudi ke allah?...hmmm fikir2kan lah....

      Delete
    5. Girl in Red kata penipuan Yahudi dan bukannya ciptaan Yahudi.

      Bukan semua ciptaan Allah SWT boleh atau sesuai dimakan oleh manusia, mungkin sebab itu Allah suruh kita makan yang Halal dan Toiyyibban (yang baik untuk manusia).

      Fikir-fikirkan.

      Delete
    6. Allah cipa babi.. tapi kena kita tak makan?? soalan untuk rozreena yang emo..

      Delete
    7. Sabar saudara Muhd Izhar,

      Kita tak makan babi bukan kerana ianya tidak berkhasiat atau tidak sedap atau ia mempunyai kesan buruk. Jika satu hari, babi boleh dibela dan bebas dari segala penyakit pun kita tak makan juga.

      Satu-satunya sebab kita tak makan sebab Allah SWT melarang kita memakannya kecuali jika darurat.

      Delete
  30. salam. ahong, knp awk nak anti sgt dgn herbalife? fr me its good. ada orang yg dah consume herbalife selama 32tahun tak pulak mati lagi disebabkan herbalife ni. tu org luar negara. senang cerita org dlm Malaysia je dah ada yg consume 6tahun. alhamdulillah dah siap beranak berpantang bagai dgn herbalife, tak pulak mati cancer bagai. siap pulih penyakit lg. org tu dekat je dgn sy, kalau awk nak bukti sy boleh bwk awk jumpa dia *takut bg gambar kata edit upahla pe benda.

    then psl side effect soya, yes mmg kita sedia tahu byk side effect ka;au makan soya. Last few month certain Herbalife distributor dah pergi ke Herbalife university and meet doctors yg buat herbalife. know what company habis berbillion dollar untuk extract pati soya yang tak elok dalam soya tu. ,esti awk nak prove kan lnk semua. nak tahu nak senang nak jelas bulan Januari depan pegi events Herbalife Spectacular namanya dkt Stadium bukit Jalil. waktu tu ada Herbalife doctors and pengguna yg paling lama consume herbalife yg berpuluh2 tahun pn ada dekat sana. kalau awk rasa bnd yg awk ckp ni benar tanpa ragu2. pegi sana and try ckp fakta2 ni depan doktor tu. mereka dah ada 7phd. awk ada brp dah? nak percayakan internet research semata2? semuanya boleh tipu guna duit. awk sndiri ckp kan.

    sy bukan taksub dgn prodct and company. but stakat hari ni semuanya terbukti berksan. last event, baru 2hari lepas, event tu penuh dgn 3500 rakyat Malaysia yg dh berjaya dpt results herbalife ni. sy sndiri pergi tgk dgn mata ni ada 3500 org.kalau dorg consume and sakit, msti dorg dah tak percayakan herbalife kan.

    then nnt on spectacular over 15000 org akan dtg. semuanyaaa yg dpt resluts kesihatan y baik dlm herbalife. nak tgk sndiri, pegi sana bukak mata. kalau rasa salah jugak. then okay. ubah mentaliti kami betul2 dkt sana after u talk t herbalife doctors.

    In herbalife company, mostly Melayu Islam. bukan Islam cap tulis atas ic je. tp Islam yg mmg nampak betul kena caranya. mana nak tgk bisnes dgn penuh Melayu Islam. ada? takkan la mereka yg berhati berjiwa Islam ni sanggup menipu beribu org. org yg tak berada dlm companu ni mmg akan pandang serong sbb dorg tak nmpk ap yg kami nmpk.

    tak salah ambik ssuatu yg baik kalau kita rasa bnd tu baik. sy tak nak awk post link org lain. buat uji kaji sndiri dkt makmal and tnjuk result dkt sini. dlm herbalife sndiri byk doktor and pharmacist. takkan dorg takde otak nak fikir mana bagus. mmg tak semua pakar but atleast mesti dorg kaji sblm amik. doktor mmg byk tak sarankan herbalife, sbb takut market 'dadah yg hanya mampu tahan sakit' tu jatuh. prevention is better than cure and our prevention is healthy lifestyles.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika saudara merasakan bahawa mengambil Herbalife itu baik untuk saudari, maka teruskanlah kerana apa-apa yang terjadi adalah tanggungjawab saudari. Kesihatan yang Allah SWT beri kepada kita adalah tanggungjawab masing-masing.

      Saya sanggup membuat kajian itu, siap boloh publish paper jurnal lagi. Tapi masalah sini ialah kewangan. Setiap kajian memerlukan wang yang banyak.

      Herbalife tidak keluarkan duit yang banyak untuk mengkaji keselamatan produknya sebelum dipasarkan kepada pengguna. Ini adalah fakta. Jika mereka ini benar buat kajian, di paper jurnal manakah yang mereka publishkan?

      Saudari kata 'Herbalife University'? Sejak bila mereka ini dianggap sebahagian daripada dunia akademik? Sejak bila ada doktor dalam syarikat macam Herbalife? Doktor akan ditarik balik lesen mereka jika kerja untuk syarikat macam Herbalife.

      Spend billions to extract pati soya? Maaflah tapi sungguh lawak sekali kenyataan itu. Bawak sini BUKTI saintifik. Bukti yang sahih dan bukan sekadar cakap kosong sahaja.

      Doktor ada 7 phd? Awak tahu tak maksud phd? Phd hanyalah satu pangkat yang diberikan untuk menunjukkan bahawa mereka ini berkebolehan untuk supervise orang lain buat kajian dalam bidang tertentu.

      Kalau ada 100 phd pun tidak penting kalau mereka ini tidak membuat kajian tentang keselamatan produk Herbalife dan tidak 'publish' dalam jurnal-jurnal. Mereka yang publish kertas kerja kajian yang saya berikan juga ada phd.

      Bila awak kata 'internet research' saya dah yakin yang awak tidak tahu apakah itu nilai jurnal yang telah saya berikan dalam komen itu. Jurnal itu ialah kertas kajian yang saintifik dan diterima, dikritik dan telah disahihkan oleh para Akademik dari universiti-universiti terkemuka dunia (bukan Herbalife Universiti). Itulah sebabnya saya berikan kertas-kertas jurnal itu sebagai bukti.

      Kalau nak saya buat kajian, berikan sahaja $$$ kerana kajian yang sahih perlu di'publish' dalam jurnal. Nak publish pun perlukan beberapa ribu ringgat dalam jurnal yang biasa-biasa.

      Doktor phd ini bukanlah doktor dan pakar perubatan mahupun kesihatan. Mereka tak semestinya pakar pemakanan atau pakar kesihatan.

      Untuk pengetahuan awak, adalah tak berguna lansung jika orang itu dapat phd tapi bukan dengan mengkaji produk Herbalife. Saya dah cakap banyak kali dah, tiada kajian yang dilakukan untuk mengkaji keselamatan produk Herbalife oleh syarikat ini.

      Ada lebih banyak perokok dalam Malaysia ini berbanding dengan pengguna Herbalife dan mereka ini kebanyakkannya juga tak ada kanser malah sihat walafiat.

      Saya tak cakap tak terbukti berkesan dalam menguruskan badan. Saya hanya point out ada side effects yang perlu diambil kira apabila ambil produk Herbalife sahaja. Harap awak faham post ini. Jika awak masih tak nak terima itu ialah hak awak.

      Delete
  31. Hai assalamualaikum saidara ahong. Awk free tak hari ahad ni 25 nov ? Kalau free jom pegi event herbalife dekat pullman hotel putrajaya. Insyallah tiket nk masuk n lunch sy belanja. Nnt boleh lah awk tgok sdri herbalife ni mcm mne n on the top of that awk boleh compare dgn ur researchs sbb awk dh ada byk sgt info n fakta psl herbalife kan, so why not pegi sana tgok sdri, yg baik insyallah kita boleh ambik, yg buruk psl herbalife n awk rasa tak betul awk cuba perbetulkan, blh bg kesedaran pd masyarakt ttg baik/buruk herbalife ni. Sy bukan MD, bukan juga dietition kalau nk ckp psl fakta kesihatan, cuma sy rasa herbalife ni bagus utk sy. Kalau nk dtg contact lah sy ye. 0132228203 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Siapakah yang akan hadir dari pihak Herbalife? Kalau orang tu boleh jawab soalan saya, insyaAllah saya datang.

      Delete
    2. Yes. why not awk join on that day :) pastu awk bleh la update lg kt sini

      Delete
  32. Insyallah most leaders n doktor dlm herbalife kt malaysia akan hadir kalau diorg x jadi speker atau guest di tmpat lain, nnti sy kn bawa awk jumpa dgn mereka personally, n boleh lah tnya sebanyak mna soalan pun, mereka open je, :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. =.= sedikit lambat. Tak sempat. Awak ada nombor mereka atau awak boleh susunkan pertemuan dengan mereka?

      Kalau nak rakam masuk youtube boleh?

      100% bukan doktor perubatan kat Malaysia, kalau tak dah kena tarik lesen dah.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. I am not interested to discuss something scientific with people who cannot provide me proof, otherwise I am always ready for a debate or discussion.

      Delete
  33. Kalau serius nak pergi esok boleh contact sy. No celcom 0132228203, sbb umobile baru terminate smlam. :) tq. Wslm.

    ReplyDelete
  34. Kadang-kadang ada orang gemuk tapi takda penyakit & kadang-kadang ada orang kurus tapi penyakitnya belambak. Untuk yang consume Herbalife, untuk yang tak consume, takyah lar betekak lagi dah. Thanks to ahong yang buat artikel ni. Thanks to consumer herbalife yang bermati-mati tegakkan 'kebenaran' bagi pihak herbalife.

    Saya gemuk tapi alhamdulillah, doktor sahkan gula saya ok, tekanan darah pon ok. But i don't know lar pulak about silent killer. mintak dijauhkan, in shaa Allah, amin. Nak tau saya consume apa? makan habbatussauda je. Selamat mencuba! :)

    ReplyDelete
  35. takut tgk org berdebat kat sini..well,today is my first day consuming herbalife..i dont know why i am here huhu..okay,i am not on any side,but i really appreciate everyone's help and concern regarding to herbalife here.walaupun sy yakin dgn herbalife,tapi i still want to know more about it..its pros and cons..kalau ada yg bermanfaat tu,sy baca sy compare,and sy fikir..hehe its everyone choice whether to consume or not to consume it..if it is really a good product,sooner or later mesti akn sampai kat kita jugak,and then kalau rasa nak guna,kalau perlu buat kajian sebelum nak guna buatlah..kalau rasa sampai x boleh decide minta lah doa dgn Allah supaya bagi petunjuk dkt hati kita yang mana satu produk yg baik untuk kita for those yang betul2 mencari solution nak kurus atau nk improve kesihatan..kat Malaysia kn ada mcm2 jenis product kesihatan.kita boleh pilih.kalau hati tertarik dgn sesuatu produk tapi ragu2 nk guna,so berdoa lah xkira lah apa2 jenis produk....in this case lah,kalau kita terjumpa dgn herbalife ni pun mesti sbb takdir,Allah temukan kita dgn sesuatu,samada benda tu baik untuk kita atau dia nak kita belajar sesuatu dari benda tu.walapun benda2 remeh mcm produk,tapi everyday is a learning process,xsalah kalau kita nk ambil tahu pasal benda2 yg ada dkt pasaran skrg sekadar nak menambah ilmu and jadi pengguna yg baik.it is thinking that make us human being kan..so terpulang lah kepada individu tu..tapi jgn lah komen ckp distributer or dealer dia taksub or atau apa2 ..mcm semua distributer tu xboleh berfikir langsung, mcm semua.. sorry to say this mcm semua xde otak nak fikir sendiri..there are still some of them yg still think baik buruk produk ni..kalau dorang still continue maksudnya deorg dah yakin,biarlah deorg cri rezeki.baik buruk produk tu biar mmereka sendiri rasa..tht is how people learn kan..kalau xnak produk tu..just say tak nak..tapi takpayah lah ckp bukan2 dkt dia.saya tak tuju ni pada penulis blog tapi sekadar nak berkongsi pendapat pasal isu berkaitan distributer/dealer ni...sorry kalau saya tersalah ckp kat sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sebab consume HERBALIFE....
      Sy sendiri pengguna HERBALIFE... sy makan since MEI 2012..
      now dah lost 20kG...
      dan..... sy adalah pesakit HEPATITIS... dan sy bersyukur sbb sy makan produk nie... bukanlah taksub, tp bacaan saya dah berkurang dari HIGH ACTIVE kepada LOW ACVTIVE... Virus ini meman takkan hilang dari badan sy..tp caranya ialah amalkan pemakanan yg sehat...

      dan kalau nk elak keraguan dalam diri... sebaiknya buat pemeriksaan satu badan dan compare sebelum consume product dan selepas consume this product...
      sebabnya, lain orang lain sistem ketahanan dan imunisasi badan... Semoga ALLAH permudahkan jalan kita... :)

      Delete
  36. salam

    ahong anda seorang yg bijak di bandingkan mereka yang hanya tahu keuntungan dalam bisnes tanpa memikirkan risiko yang mereka akan hadapi. mereka marah anda kata anda tutup rezeki la ape la. ini pendapat ahong sendiri bukan nya dia kata jangan ambil. dia siap cakap lg itu hak saudara nk teruskan or tidak. so yang lain 2 menyalak pulak. saya dalam hati teringin nak pakai herbalife tetapi sebelom itu sy cari keburukan dan kebaikan nya dahulu. kalau ade teknologi tapi hanya memperomosikan barang sahaja pon tidak guna.. thank pada ahong for the info.

    ReplyDelete
  37. thanks kepada ahong atas aticle yang lengkap...
    dah lama saya mencari kebenaran tentang herbalife.
    dan saya percaya soya adalah tidak baik kerana setahu saya yahudi merupaka mpengeluar soya utama dunia dan sebab itulah ia mengatakan soya adalah baik untuk kesihatan....
    BTW ALHAMDULILLAH SAYA SIHAT....
    tanpa menggunakan herbalife...
    "air puteh lebih baik, kurma mengandungi perbagai khasiat, madu dengan perbagai rahsia kebaikan" apakata kita gantikan produk herbalife dengan sunnah Rasulullah S.A.W.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. u mesti tk pernah mkn fast food kan? such as mcd, kfc yg semuanya dr yahudi.. kagumnyer!

      Delete
  38. Assalamualaikum.. kepada semua, kalau kita makan apa saja dgn kadar yang berlebihan pon akan ada side effect.. jadi sy sarankan tnya pada ALLAH, minta petunjuk.

    bkn nak kahwin je buat solat istikharah, nak buat apa2 keputusan pon boleh istikharah. IN SHA ALLAH, DIA akan beri petunjuk pada kita..

    yang baik datangnya dari Allah.. yang buruk itu dtgnya dari diri kita sendiri.. salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kita mohon petunjuk pada Allah.
      Tapi kita juga perlu cari sumber,bahan dan data yang valid.

      Pengalama Saya pernah setelah minum shake herbalife, gelas shake tidak di cuci 2 hari.
      Di tengok ada cacing 3-5 ekor. alamaaak

      Delete
    2. Salam Sehat Islami,

      Maafkan saya jika terkasar atau terasa tapi saya tak berniat.

      Saya cuma nak bagitau kalau tak cuci 2 hari, lalat akan bertelur dan kemudiannya mesti ada ulat punya.

      Delete
    3. bleh x nk mtak pendapat ahong tentang produk GNC... adakah kesan sampingan seperti herbalife, sekiranya x keberatan.. :)

      Delete
    4. Jika bahan asasnya ialah soya, saya berpendapat kesannya adalah sama.

      Delete
  39. herbalife ni MLM seangkatan dgn ONE COMMUNITY WORLDWIDE. leader mmg akan sharing untuk yakinkan prospek and pumpang tunjuk bersatu hati blablabla. tp bila dah join, consume and quit business, baru kita akan sedar knp kita salah. haha aku tau lah aku penah join MLM. dah2 la tu geng MLM(Masuk Langsung Mati) oiii hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tiada komen tentang MLM, cuma yang saya tahu jika disalahguna akan membawa padah seperti yang saudara sebutkan. Tapi saya tak menafikannya sebagai satu kaedah pemasaran yang berkesan.

      So kalau halal vs haram of MLM tu susah nak komen.

      Delete
  40. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  41. dlm byk2 link yg awk bg.. knape 1 je yg sy blh bka???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau awak nak link yang dalam artikel itu, mungkin dah mati sebab artikel tu dah lama. Tapi ada banyak lagi link dalam ruangan komen ini.

      Ada apa-apa artikel tertentu yang awak perlukan? Bagitau na nanti saya tolong carikan.

      Delete
  42. =__+, haisy HERBALIFE wat toxicity tau dah sebb ada baca kat internet tapi byak jugak kebaikkan yg aq jumpe kat internet n byak testimoniyg baik2 so xbolehlah pandang yg buruk jer.. n lagy satu kalau tengok journal2 ue semua patient yg dah berumur which maybe memang high risk dengan penyakit2 ue....soo aku mkn jugak sebb nak turun berat badan yg dh cecah 100kg. takut kene diabetes, heart attack, kidney promblem, stroke, hypertension gallstone kanser kolon, n mcm2 lagy sebb lemak dah terlebeh akibat makan makan n makan. nak diet bersahajae mamng FAIL sentiasa sebb susah nak sediakan mknn yg berkhasiat rendah lemak kurang kolestrol tinggi vitamin so START mkan herbalife 4bulan lepas... Alhamdulillah dah LOse dekat 20kg. dah terasa jauh dari semua penyakit itu dan berdoa semoga jauh dari segala penyakit sebb kita hanya mmpu berusaha yg lain berserah padayg ESA. skunk still consume herbalife Alhamdulillah tak dapt side effect. Bila dah KURUS lagy semangat nak jalankan HIDUP sihat,bersenam n mula berjaga dengan mknn yg xsihat, lagy senang nak beribadah senang nak belajar, xmudah ngantok dlm kuliah, ALHAMDULULLAH hanya mampu bersyukur sebb Allah tunjukkan aq dengan HERBALIFE.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:

      1. Jurnal ialah kertas kerja bertulis berbentuk saintifik yang ditulis oleh para pengkaji dalam bidang kepakaran masing-masing. Oleh itu, laporan daripada jurnal boleh dikatakan sahih dan tidak bias kepada mana-mana pihak.

      2. Testimoni adalah penulisan yang tidak boleh disahihkan dan boleh dipalsukan dengan mudah. Sesiapa sahaja boleh dibayar untuk menulis testimoni. Kebanyakan mereka yang kurang berpelajaran/berfikir akan secara mudah ditipu dengan testimoni.

      3. Dalam jurnal-jurnal tidak ditulis mereka itu berumur. Jangan menambah apa yang tiada, itu seolah-olah menfitnah?

      4. Kalau turun berat badan tidak semestinya tidak kena diabetes, kidney failure, stroke, kanser dan sebagainya. Kurus tidak semestinya sihat.

      5. Tolong jangan rosakkan Bahasa Melayu, sekurang-kurangnya di blog saya.

      Skunk itu sejenis haiwan yang keluarkan bau busuk untuk mempertahankan badan.

      :)

      Delete
  43. Assalamualaikumm.. Sy bkn consumer herbalife waima ape2 produk.. cuma sy nk mnta pndpt ahong.. Bgaimana dgn produk shaklee ye? sbb ssu esp nya pun adalah soya.. Sy jd musykil. Adakah smua produk soya bhya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak, produk soya yang difermentasi kaya dengan vitamin yang amat diperlukan badan.

      Soya bukan bahaya tetapi tak sesuai di makan manusia tanpa difermentasi.

      Kalau zaman nenek moyang kita soya ni hanya layak jadi makanan lembu sahaja.

      Delete
    2. Bagaimana saya boleh pastikan produk yang mengandungi soya tersebut telah melalui proses difermentasi? Adakah ia akan disebut di dalam label produk?

      Delete
    3. Di pasaran, tidak banyak soya yang difermentasi, yang saya tahu hanyalah tempe dan miso sahaja.

      Delete
  44. assalamualaykum, izinkan saya share experience saya. Bukan nak sokong mana2 cz setiap org da pendapat masing2. Saya da ezceme, asma, gastrik. So lately ezceme saya jadi sgt teruk siap berdarah, berkeruping dan mengganggu kehidupan harian saya, selain itu selalu gastrik cz sejak kecil saya mmg ambil ubat dr hospital. bayangkan berapa byk steroid, ubat2an yg saya ambil sejak kecil. So saya ambil alternatif lain iaitu, herbalife dan jugak klinik pakar meaning dr luar dan dalam untuk sembuh selain berdoa. Syukur alhamdulillah sekarang ezceme saya dah pon terkawal, haid teratur, asma jarang, sembelit pon da xsgt and gastrik alhamdulillah dlm masa consume herbalife xgastrik kerap mcm dulu. plus saya jugak alergic seafood and sebarang tenusu cz bg asid dlm perut bertambah kuat. and d best part is that sinus saya pon dah beransur pulih, saya dah xkurang sgt2 ambil ubat2an dan steroid (dulu steroid utk kulit,asma dan sinus-sbb asma so kerap selesema sentiasa)..selain itu saya tetap makan mcm biasa cuma cut off portion makan saya..insyallah niat baik nak sembuh dan setiap penyakit yg mendatang adalah untuk mendekatkan diri kita pada-Nya.. sekian

    daripada,
    seorg hamba Allah s.w.t

    Ps: herbalife bukan ubat tp as supplement yg membantu..apapun doa itu yg lebih mujarab dr segala ubat d dunia..setuju?

    ReplyDelete
  45. salam alaik..boleh x dpt kan journal efek consume herbalife ni?x dpt bukak la link2 yg ade...sy perlukan nye..asap.. :) tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Maaf lambat reply

      Ada banyak dan ada juga jurnal yang Herbalife sendiri publish untuk tunjukkan ada keraguan tetapi bukti terlalu banyak menunjukkan sebaliknya.

      http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20197595

      http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21751292

      http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/23121117
      (Ini tentang perkaitan herba dan toksik hati)

      http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/22928722

      http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21173910
      (Liver biopsies for all patients demonstrated findings consistent with drug-induced acute liver injury. To our knowledge, we are the first institute to report acute liver injury from both of these two types of weight-loss herbal supplements together as a case series. The series emphasizes the importance of taking a cautious approach when consuming herbal supplements for the purpose of weight loss.)

      http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19157382

      Yang saya post ni dari NCBI sahaja, kat rumah ni tak boleh access jurnal berbayar lain. Kalau ada saya tambahkan.

      Delete
  46. Nak tutup periuk nasi? Kemonlah penjual herbal life..rezekidi tangan Allah..dah tu kalu gtu biar jelah tukag edar dadah jual je dadah napa halang dorg.? tutp periuk nasi kan? Org bagi education terpulanglah nak ikut ke tak..... Kalu awak yakin gunalah....pe2 pon sy produk soy mmg sy reject awal lagi..xkisahlah hebal life ke ape ke..sbg pengguna kami berhak untuk tahu..n lagi satu...
    Xke bodoh namanya kalu Allah bg makan sedap2 pastu kita nak ganti dgn shake yg rs ntah pe2..pdanlah Allah bg penyakit xleh mkn baru tahu....
    Allah bg rezeki..ayam daging..makanlah tp kawllah makan tu...bukannya ganti benda yg allah buat dgn minuman yg ntah apa rs..pd sy org yg taksub or mkn produk kecntikan semata nak kurus ni sampai nasi xmkn balun shake sj mmg bodoh....Allah bg jln kan....bukannya ganti terus mknan tu dgn bahan yg dproses..mmg xtau besyukur....sy bukan kt hebal life sj..semua jenis produk yag suh ganti meal dgn shake atau mkann dorg...sapa yg ikut mmg bodoh....baik puasa pahal pon dapat..xde tenaga? Bohong sgt...Nabi pegi perang pon ada time posa....nak dgn xnak je..buang duit semua ni....mmg dasar penjual ni...ada tu spm pon xlepas..nak jual produk semua ckp tee dr doktorlah apelah..sp doctor yg jual hebal life n guna pangkat doktor tu? Cer bg nama biar aku buat report......

    ReplyDelete
  47. Saya tak kisahlah apa yang masing2 nak komen diatas, yang penting saya dah consume sejak 3 tahun lalu....saya tahu perbezaannya....mereka-mereka yang keluarkan komen kononnya buat kajian itu dan ini...saya percaya tidak pernah pun mencuba makan dengan lengkap dan tak faham langsung yang saya pasti SEMUA BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN ADALAH CIPTAAN DARI ALLAH YANG TUMBUH DISELURUH DUNIA.....KALAU NAK DIKUMPULKAN BERAPA BANYAK MODAL?...SEBELUM HURAIKAN SEGALA HUJAH....SILALAH CONSUME DENGAN MENGIKUT ATURAN YANG BETUL....FAHAMI SETIAP TINDAK BALAS BAHAN....SEBAB SAYA SENDIRI LAKUKAN SEBEGITU UNTUK KENALI SETIAP PRODUK HERBALIFE PADA DIRI SAYA.....DAN SAYA BERANI KATA...ALHAMDULILLAH TERIMA KASIH KEPADA ALLAH KERANA MEMBERIKAN IDEA KEPADA MEREKA-MEREKA INI UNTUK MEMBANTU MENGHASILKAN PRODUK NUTRISI YANG MUDAH SEUMPAMA INI KEPADA MAKHLUKNYA YANG BERNAMA YAHUDI...YA ALLAH BERIKAN LAH PETUNJUK DAN HIDAYAH KEPADA MEREKA-MEREKA YANG BIJAK INI MEMELUK AGAMA ISLAM....SEKIAN TERIMA KASIH...ITU KOMEN SAYA....MAAF GUNA CAPITAL LETTERS...SENANG NAMPAK...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf bila captital letters susah nak baca, mungkin juga ada yang sakit mata lepas baca.

      Cuma saya nak komen logik yang salah:

      Memang semua benda Allah SWT yang ciptakan.
      Namun bukan semua benda adalah sesuai atau baik dimakan. Allah menyuruh manusia makan yang halal dan baik kepada kita. Malangnya kita selalu ambil sekerat sahaja ayat tu sampai halal je, yang toyyibban tu kita lupa.

      Saya beri contoh, rumput itu ialah ciptaan Allah SWT tetapi kenapa ianya tidak dimakan manusia?

      Kajian dah jelas menunjukkan produk Herbalife berpotensi untuk menyebabkan masalah hati. Jika awak tak nak percaya tak apa tapi jangan memperkecilkan kajian ini seolah-olah pengalaman awak adalah lebih tepat.

      SEBELUM HURAIKAN SEGALA HUJAH...SILALAH CONSUME DENGAN.......
      Kenyataan awak ini tidak ada logiknya. Bayangkan jika saya seorang penagih dadah dan saya kata kat awak perkara yang sama berkaitan dadah. Adakah awak akan consume dahulu?

      Saya minta pembaca berhati-hati semasa membaca dan membuat keputusan.

      Delete
  48. Asalamualaikum WRT

    Ahong,
    Persoalan anda merupakan keraguan yang tak berpenghujung. Maka kesan buruknya akan dihujani pelbagai hujah yang tak munasabah bagi pengikut Herbalife yang pastinya mempunyai 'conflict of interest'.

    Saya mempunyai ibu dan isteri yang mendedikasikan diri mereka dengan Herbalife, dan saya berpeluang menggunakan, mengikuti serta mempelajari sistem serta kaedah-kaedah yang digunakan Herbalife dalam meluaskan empayarnya di Malaysia.

    Herbalife mempunyai pengikut yang ramai, yang mana akhlak mereka adalah hasil daripada sesi-sesi latihan setiap minggu;

    1 - Majoritinya Islam pada nama sahaja. Majlis mereka tidak berlandaskan syariat, malah di Stadium Bukit Jalil tempohari (Spectacular 2013) hanya berapa kerat yang menunaikan solat. Solat merupakan sekunder, apatah lagi berjemaah.

    2 - Ajaran pada setiap trainingnya sangat halus dan memesongkan akidah umat Islam.

    3 - Taklimat "Kenapa Mati Muda" sangat merisaukan saya kerana mereka memberi skrip "Jangan keliru antara spiritual dan agama".

    4 - Pengasas mereka berfahaman liberal dan sangat sekular.

    5 - Herbalife mengajak pengikutnya supaya yakin dengan diri sendiri, berusaha supaya mati dalam kemegahan dan kecintaan terhadap dunia yang melampau. Kata mereka "Kalau kita mati, kita mahu orang mengenang jasa kita" Subhanallah.

    6 - Kelemahan umat Islam adalah kecintaan terhadap dunia, ditambah pula dengan kejahilan yang dahsyat. Cahaya Herbalife adalah cahaya palsu yang memerangkap kelkatu.

    ----------------------------------------------------

    Produknya bukanlah masalah utama, tetapi dakyah dan ideologi yang diserap kepada pengikut-pengikut mereka itulah yang paling merbahaya. Kalau boleh setiap ahlinya wajib mengikuti training seminggu 2 kali. Dalam training anda akan dibasuh.

    Betul ingin tolong orang? Tolonglah mereka mencapai kesihatan roh sebagaimana yang disuruh oleh Allah dan diajar oleh Rasulullah SAW. Tak tahu bagaimana? Bersosial di masjid. Insya-Allah cahaya yang sebenar akan menerangi hati yang gelap.

    Al-Alaa' 9-11 - "Maka berilah peringatan, kerana ia bermanfaat. Orang yang takut Allah akan menerima peringatan itu. Orang yang celaka akan menjauhinya."

    Mark Hughes? Bila ditanya pada pengikutnya, semua mengelak dari menjawab punca kematiannya. Sesungguhnya dia bukanlah contoh yang patut diagungkan.

    Al-Ahzab 21 - "Rasulullah adalah contoh akhlak terbaik"

    Semoga perkongsian saya bermanfaat. Saya harap para pengikut Herbalife bolehlah membaca dengan teliti penulisan ini, kerana demi Allah, Herbalife benar-benar bermain dengan iman & akidah.

    Sabda Rasulullah dalam hadis 2/40 (Hadis 40) tentang Islam, Iman & Ihsan "Ihsan itu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat dia, sekiranya tidak dapat mencapai tahap keyakinan itu, yakinlah bahawa dia melihat kamu"


    Wallahu a'lam.


    ReplyDelete
  49. walaupun saya tak hebat ttg fakta saintifik bagai, ttp saya tau semua processed food adalah tak elok...so mkn la buah2an, sayuran2 dan mknn2 lain secara normal, x payah shortcut ngn minuman berserbuk ni....i would say NO to Herbalife and other product yang diproses...xpe, turun berat badan pelan2 asalkan terjamin kesihatan :) peace uols...and tahniah ahong for such a good article with facts!

    ReplyDelete
  50. www.herbalifescience.com..........adakah fakta2 yg diberikan tidak benar. cena kajian diowg2 ..>>"Nutrition advisory Board" ....??...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya sangat tidak berkenan dengan bahasa Melayu awak. Jika awak tidak suka bahasa Melayu, tulis English.

      Board tu ada ramai saintis. Tapi berapa kerat yang buar research berkaitan Herbalife? Yang buat pun setelah produk dah keluar dan bukan sebelumnya. Dan kajian yang dilakukan hanya berkisar penurunan atau pengawalan berat badan.

      :) Manakah kajian yang berkaitan keselamatan produk Herbalife? Mengapa mereka tak buat kajian yang menunjukkan soya sesuai dan selamat dokonsumi manusia?

      Mereka ada kepentingan di Herbalife, awak rasa mereka akan melaporkan kajian mereka yang bertentangan dengan kepentingan Herbalife?

      Fikir-fikirkan.

      Delete
  51. salam..sesungguhnya makanan sunnah adalah makanan yg paling bagus... daging kambing adalah daging yg paling kurang kolestrol...habatussauda adalah ubat segala penyakit kecuali mati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Wrt Wbt

      Saya bersetuju dengan apa yang saudara katakan tetapi kita perlu berhati-hati dengan penggunaan 'Makanan Sunnah'.

      Ini kerana ada banyak pihak sekarang yang menjual apa yang mereka labelkan makanan sunnah secara berleluasa dan mengaut keuntungan berganda.

      Habatussauda contohnya adalah ubat segala penyakit, tapi apa yang kita lihat sekarang ialah ianya diambil secara berterusan walaupun sihat. Kita lupa ubat diambil apabila sakit sahaja dan bukannnya secara berkala. Penggunaannya secara tidak terkawal bukannya membantu badan tetapi mampu untuk merosakkan badan.

      Daging kambing adalah daging yang amat baik kerana kurang lemak tepu, lemak tak tepu dan kolesterol berbanding daging-daging lain. Namun begitu, dalam senario Malaysia yang dijual itu bukan daging kambing tetapi kambing biri-biri yang harganya jauh lebih murah dan kualiti daging yang kurang baik. Nabi SAW memang gemarkan daging kambing tetapi adakah dia menyarankan umatnya untuk makan?? Adakah kena makan walaupun memang tak suka bau kambing??

      Saya rasa tidak, yang penting makanan kita halal dan toyyib (baik) sudah mencukupi.

      Delete
  52. wah...saya suke entri ni...saya tak guna herbalife...even banyak orang yg suggest kan...anyway...saya suke orang yg berterus terang tentang kebaikan dan keburukan..yelaa..of courseee..kita mmg mengharap sesuatu makanan tambahan itu menyihatkan kita lagi..tapi kadang2 kita tak tahu kemungkinan keburukan yang mendatang...tak kesahlah kalo ia boleh memulihkann penyakit itu ini...tapi dalam masa yg sama ia mungkin boleh mendatangkan penyakit yg lain ke..yang penting kita tahu tentang perkara ni...dan bijak membuat keputusan...anyway..good entry..

    ReplyDelete
  53. Allah itu maha adil. kalau hari ni ahong dgn yakin dan gembira bagi case study mcm2 publication pasal keburukan herbalife, esok mungkin ahong akan bagi testimoni yang baik pula tentang herbalife. hari ni ahong sihat, esok Allah bagi ujian sakit pada ahong dan ahong terasa nak minum herbalife pula. sakit tu ujian dari Allah. ahong yang tak minum herbalife pun boleh jatuh sakit. dah sakit mcm mana nak bersenam kan. mkn ubat hospital pun nanti mcm2 dpt side effect. last2 minum herbalife jugak. hihihi

    pengajaran di sini, bersederhanalah dalam berbicara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum,

      Saya nak merujuk kepada satu perkara. Dan saya berharap pembaca boleh belajar juga iaitu kaedah dalam memberikan hujah yang salah dan mudah mengelirukan.

      Rujuk komen di atas:

      1 Ahong tulis tentang keburukan Herbalife
      2 Ahong mungkin tulis testimoni baik tentang Herbalife
      3 Ahong hari ini sakit
      4 Ahong sakit esok hari sebab Allah nak bagi ujian
      5 Ahong terasa nak minum Herbalife sebab tak boleh senam dan makan ubat doktor dapat side effect

      Lihatlah bagaimana poin-poin dicampur-adukkan yang benar dan tidak benar untuk memberikan gambaran yang salah.

      Poin 1,3 dan 4 itu benar.
      Poin 2 tak benar sebab saya sudah pun memberikan testimoni baik tentang Herbalife iaitu boleh kurus badan. Tapi saya tak setuju ia menyihatkan badan.

      Poin 5 adalah kontradiktori atau bertentangan. Jika benar saya taknak ambil ubat hospital yang ada side-effect, adakah saya akan ambil produk Herbalife yang ada side-effect yang sama?
      Tidak sama sekali.

      Sekurang-kurangnya doktor beri ubat setelah sakit dan bukannya mendapat sakit setelah ambil Herbalife.

      Delete
    2. Silap poin 2 Ahong tak sakit

      Delete
    3. ubt pn ada drug.. even x byk kandungan nye still ada drug.. so sm..

      Delete
    4. Maaf,sSaya tak faham apa yang saudari tulis.

      Ubat = Medicine/Drug

      Delete
  54. ..Ahong..knp awk nk burukkan sangat tentang herbalife ini?...mesti awk ada sebabnya?...sy rasa herbalife ni bagus...dlu saya byk jerawat, but now jerawat sy mula berkurangan...sekadar berkongsi-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila baca entry ini sampai habis.

      Awak kena belajar apakah yang menyebabkan jerawat. Mostly disebabkan pemakanan. Kalau awak tukar diet awak kepada yang lebih sihat, kurang minyak, kurang kolesterol, tiada bahan pengawet, pewarna dan lebihkan sayur dan buah-buahan jerawat akan hilang.

      Kadang-kadang jerawat disebabkan hormon yang kurang stabil.

      Delete
    2. Kadang-kadang juga disebabkan bahan kimia dalam pencuci muka sendiri yang menyebabkan jerawat.

      Delete
  55. yg baik dtg dari Allah, yg buruk itu dtg dari manusia.pendapat manusia takkan sama.mgkn ada yg bole digunapakai mgkn ada yg berdasarkan pengalaman, kajian dan sbgnya.begitu juga dgn herbalife..bkn herbalife sahaja malah produk2 lain juga.kita di anugerahkan akal oleh Allah...maka fikirkan ada ke produk yg super duper perfect? Manusia dan segala makhluk yg Allah ciptakan bersifat TIDAK sempurna kerana yang sempurna cuma yg sempurna hanyalah Al-Khalil.apatah lagi produk ciptaan manusia...sempurna sgtkah?

    Kita cuma mencuba utk menjadi sihat dgn segala benda yg Allah ciptakan. betul juga kata pengguna herbalife. jika produk tersebut berbahaya mengapa ramai yg masih idup hingga skrg? wpun saya tak ambil produk ni tp persoalan ini amat menarik di benak saya.ini juga membuatkan saya berfikir mengapa ada pengguna yg mati slps menggunakan produk ini...mgkn dah smp janjinya dgn Allah.wallahua'lam.


    saya pnh mengalami penyakit angin ahmar sewaktu berumur 29 thn selama sebulan.doktor yg merawat mmg terkejut sbb katanya jarang sgt ada pesakit yg diserang penyakit ini berusia sblm 40 thn dan doktor yg merawat bg saya dos steroid selama sebulan.selama sebulan saya ambil steroid..dan dgn izin Allah saya sembuh sepenuhnya.pd saya, dadah atau steroid atau seumpamanya dicipta utkmerawat penyakit ttp tak bolehla diambil dlm jangkasa masa panjang kerana ianya akan memudaratkan tubuh.this applies to all types of medicines.kerana itu saya juga selendapat dgn rakan lain bahawa encik ahing patut mencuba dulu sblm berkata yg negatif.

    setelah khatam membaca entri dan q&a di dlm entri encik ahong membuatkan saya rasa berkobar2 utk mencuba produk ini..adakah kesihatan saya akan lebih baik atau sebaliknya?

    Kerana apa saya rasa nak mencuba yea sdgkan encik ahong beriya2 menunjukkan komen yg negatif terhadap produk ini.kerana bagi saya hanya produk hebat sahaja yg ada saingan. logiknyer.. jika produk itu hampas...takde sape pun nk hentam psl semua org dah tau mmg hampas..takyah buang masa hentam pun..

    tq encik ahong krn berjaya menaikkan smgt saya utk menjalankan ujikaji terhadap diri saya sendiri instead of duduk je dpn pc sambil jari menekan keyboard keyboard condemn produk yg daah sah2 tukang bikinnya manusia yg lgsg tak perfect.dan jika anda sudah temui produk yg 100% perfect tanpa apa2 side effect..sila update di blog ini..

    Sekian tk krn sudi membaca komen saya yg amat "ringkas" ini..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum,

      Semuanya di tangan saudari, samada nak cuba atau tidak.

      Saya hanya memberikan apa yang saya tahu, jika saudari merasakan produk ini sesuai untuk saudari silakan cuba.

      Tapi berhati-hati dan sentiasa monitor kesihatan saudari.

      Tiada manusia mahupun apa-apa sahaja yang perfect tetapi Allah SWT telah bagitau manusia untuk ambil yang halal dan toyyib/baik. Yang halal itu kita belajar dari Quran dan Hadis2 Sahih tetapi yang toyyib itu manusia kena fikir sendiri, kena buat kajian sendiri, bukannya main hentam keromo sahaja. Bukannya makan dulu baru tahu.

      Walaupun ciptaan Tuhan adalah tidak lengkap tetapi Tuhan Maha Penyayang dan menciptakan juga segala keperluan asas manusia. Sebab itu Allah suruh kita pilih yang halal dan toyyib. Kalau Allah tak ciptakan, buat apa suruh kita pilih??

      Saya belajar dari Quran, kalau tak tahu tanyalah orang yang arif. Kalau bab pemakanan tanyalah dietitian atau pakar pemakanan. Kalau tak sihat jumpalah doktor.

      Tapi ini bukan bermakna kita kena ikut 100% apa yang mereka kata sebab mereka juga manusia juga dan mungkin salah. Namun sekurang-kurangnya mereka ada bukti yang lebih meyakinkan.

      Last nak beritahu, makan makanan yang sihat dan halal jauh lebih baik dari makan Herbalife yang ada banyak risiko.

      Delete
  56. Excellent job ahong! Terima kasih utk informasi dan kesan jangka masa panjang.

    Saya baru terfikir utk herbalife, hasil carian google semua positif dan macam tak logik!!
    Setuju, kebanyakan peniaga hanya kira untung tanpa memikirkan pengguna.

    Akhirnya saya jumpa informasi berdasarkan paperwork ahli bidang yg awak share diatas. Tq.

    ReplyDelete
  57. kenapa nak ikut orang yang tak berjaya (aidid muaddib) tp nk compare dgn result yg baik? nenek kawan saya dah tak kena insulin untuk diabetes . now consume herbalife. herbalife ada university research sendiri. join herbalife , kita belajar sekali about products. bukannya buat ubat kat belakang rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak kenal aidid muadid dan hanya pernah baca blog dia. Dan kat blog dia juga perkara yang saya tak setuju.

      Tak payah nak berikan testimoni di sini. Kalau nak berikan report doktor untuk sahkan.

      Paling lawak apabila ada orang beritahu saya Herbalife ada University Research SENDIRI. Kalau ada buat apa nak menumpang kat universiti orang lain. Dan kenapa tak nak sebut produk Herbalife dalam jurnal yang nak dipublishkan?

      Kenapa tak ada kajian langsung berkaitan keselamatan produk Herbalife? Sebab apa?

      Kenapa baru nak buat kajian walaupun produk Herbalife dah jual bertahun-tahun?

      Awak berguru dengan orang yang membuat dan menjual produk itu sahaja? Adakah itu tindakan yang bijak?

      Delete
    2. Lebih melucukan apabila ada yang bangga mereka kelulusan "Herbalife University".

      Delete
  58. berat saya 96 turun ke 85 kg.. lemak turun 2 % .. kalau nak diet sendiri, senaman etc. memang x berhasil.. tak mampu pon nk berjogging...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca tentang skinny fat. Kurus tidak semestinya sihat.

      Delete
  59. Bismillahirrahmanirrahim..
    Salam,
    Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit pengalaman daripada saudara saya. Saya dan mak cik saya sama-sama mengalami masalah berat badan berlebihan, dan saya telah mula berusaha mengurangkan berat badan saya sejak Februari 2012 yang lalu. Apabila hari raya Aidilfitri bulan Ogos 2012, saya pulang ke kampung dan sangat terkejut apabila berjumpa dengan mak cik saya yang sudah kelihatan kurus berbanding saya. Rupanya mak cik saya mengambil produk herbalife dan telah turun sebanyak 10kg dalam masa 2 bulan. Pada masa itu saya pula turun sebanyak 8kg dalam masa bulan 7 bulan. Sobbss...saya tahu penurunan berat badan saya sangat sedikit berbanding mak cik saya disebabkan saya guna cara asas; iaitu kawal pemakanan dan bersenam-bersenam-bersenam.

    Selesai Aidilfitri pada bulan Ogos 2012, saya kembali ke KL dan tidak balik ke kampung sejak itu sehinggalah pada 9 Feb 2013 yang lepas. Program mendapatkan berat badan yang ideal saya teruskan juga dengan cara yang sama, kawal pemakanan dan bersenam dan saya telah berjaya kurangkan 12kg dalam masa setahun. Apabila saya pulang kali ini, saya bertemu lagi dengan mak cik saya dan saya lihat dia sudah kembali ke badannya yang asal sebelum mengambil produk herbalife iaitu berlebihan berat badan. Saya tidak bertanya apa-apa lagi, kerana pada fikiran saya, mungkin beliau sudah berhenti mengambil produk tersebut disebabkan kekangan wang, tetapi saya sibuk juga belek-belek tin-tin herbalife yang masih ada di rumah beliau. Disebabkan mulut saya gatal bertanya "Bagus tak makan herbalife ni mak cik?"..jawapan yang saya terima amat mengejutkan kerana selama ini orang sekeliling saya selalu amat yakin mengatakan produk ini sangat bagus dan sihat..

    Jawapan beliau ialah "Tak usahlah ambil produk ini". Terbeliak mata saya dengan jawapan beliau dan saya terus menanyakan apa sebabnya beliau menyarankan sedemikian. Muka beliau berubah sedih dan beliau memberitahu, 3 orang rakannya di tempat kerja yang sama-sama mengambil produk ini telah meninggal tiba-tiba kerana serangan jantung manakala 2 lagi kawan beliau yang mengambil produk sama perlu membuat pemeriksaan jantung secara kerap disebabkan masalah jantung yang serius. Beliau sendiri menceritakan pengalaman beliau yang kerapkali mengalami sindrom jantung berdebar-debar sewaktu mahu tidur sejak mengambil produk ini sedangkan beliau tidak pernah ada masalah jantung sebelum ini. Beliau juga mengatakan bahawa doktor telah menasihatkan kedua-dua kawan beliau yang mengalami masalah jantung itu agar berhenti mengambil produk herbalife.

    Saya tidak berani mengatakan herbalife penyebab kematian dan keadaan kesihatan kawan mak cik saya itu. Siapalah saya ingin mempersoalkan qada' & qadar Allah..tetapi saya bertujuan berkongsi pengalaman mak cik saya dan juga saranan doktor tersebut
    Wallahu'alam..

    ReplyDelete
  60. Salam.. Saya dan keluarga prnh ambil produk herbalife (tea mix) sahaja dan selepas 3 thun.. Ayah sye mghdp kncg mnis,msalah hati,abg sy uric acid tggi brt bdn bbrtmbh.. Bebrpa org yg consume herbalife mmpunyai msalah saluran drh tersumbt pd pengambiln pertama kali shake tu.. So pd sye nk kurus ni kne jge mkn kne minum air msak bnyak2.. Dll....
    Thanx Ahong.. Sy sokong awk..

    ReplyDelete
  61. Assalamualaikum.. Semoga Allah buka pintu hati Ahong utk consume Herbalife, sama seperti Allah buka pintu hati Umar Al Khatab (yg sebelumnya musuh kuat Islam) utk memeluk Islam.. " jgn terlalu membenci sesuatu, kerana boleh jadi ia baik untukmu"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Adakah mesej yang awak nak sampaikan ialah kalau tak ambil Herbalife maka jadi musuh Islam?

      Jika nak quote hadis biarlah kena pada konteksnya. :)
      Jika tidak fikirkan juga.
      Kalau awak baca jangan membenci sesuatu (blog saya dan maklumat yang saya sampaikan) kerana boleh jadi ia baik untukmu.

      Ada satu yang awak silap, iaitu saya tak benci Herbalife. Ada banyak orang di sekeliling saya yang ambil Herbalife. Cuma saya minta berwaspada sahaja bila nak ambilnya.

      Delete
    2. kenapa awak nak berdoa supaya org consume herbalife..doakan la supya org sentiasa sihat tanpa perlu ambil ape2 supplement..kan lebih berakhlak gitu..

      Delete
  62. assalamualaikum

    saya tertarik dengan entri saudara ini. saudara ikhlas untuk menyatakan kepada masyarakat tentang kepentingan pemakanan.

    apa yang dinyatakan saudara ahong ni janganlah kita perlecehkan. bukannya nak menutup periuk nasi seseorang. cuma menasihati agar mengambil pemakanan yang sihat.

    bukan tak bagus ambil sesuatu produk sepert Herbalife, SDii alpha lipid dan sebagainya. cuma kita jangan terlalu bergantung dengannya.. sampai kita abaikan pemakanan kita yang sebenar.. lebih elok jamah buah-buahan segar. sayur segar.. ayam.. ikan daging daripada kita asyik minum shake sahaja.. sanggup berlapar untuk turunkan berat badan.. itu salah.

    mengambil produk seperti ini hanyalah sampingan untuk menambah kesihatan kita. saya sendiri pun ada juga mengambil herbalife.. cuma saya minum jika saya tak sempat untuk sediakan sarapan pagi..

    nak sihat.. beli kasut sukan.. pergi joging.. malas berlari.. kayuh basikal.. malas lagi.. jalan kaki pergi window shopping.. kalau malas jugak tak tau la nak buat macam mana..

    ReplyDelete
  63. macam ni la..masing2 nak pertahankan fakta.jika anda rasa ia baik untuk anda,teruskan..ahong ada pendapat sendiri,kita pun ada pendapat sendiri.apa yg saya nmpk ahong tak penah kata "JANGAN MINUM HERBALIFE"..adik ipar sy sendiri dealer Herbalife,tp sy taknak minum.sebab apa?sebab sy ada pendapat sy sendiri :) kesihatan sendiri,suka hati tuan puan la nak minum atau tak..tiada orang melarang..

    ReplyDelete
  64. Last november my mom, masuk hospital, then sempat jage die dlm sminggu mcm gitu, n sempat borak dgn sorg makcik yg menghidapi kanser usus, makcik tuh rilek jek minum herbalife siap mentioned nutrition hukm kate ok, sbb that makcik kat gain energy from that (herbalife).. hehe.. skadar share.. ok kot herbalife nih, mungkin yg sakit tuh, sbb mmg dah sakit, cume die tak sedar...bile try2x herbalife, tibe-tibe jadik kronik, walhal, penyakit tuh dh bertapak lama dalam badan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Ini sangat penting,

      Kalau dah kena kanser tidak boleh ambil makanan yang berkarbohidrat dan bergula kerana ianya akan membantu kanser merebak!

      Delete
  65. untuk hujuh MLM pule,,sila rujuk video ustaz Azhar Idrus,
    http://www.youtube.com/watch?v=mW1sP2AjNmA,,ada beza untuk semua perniagaan,,tidak kiralah nama,,ada juga perniagaan yang tidak menggunakan MLM tidak bagus,,dan kepada blogger,,saya sudah baca complete http://www.huffingtonpost.com/dr-mark-hyman/skinny-fat_b_1799797.html[Mark Hyman,MD:Are You a Skinny Fat Person? 10 Steps to Cure the Skinny Fat Syndrome] dalam artikel tersebut tiada satu perkataan herbalife pown disebut jadi saya mengambil artikel ini sebagai penanda aras kerana ia bersifat neutral,,di dalam artikel dr tersebut menyebut bahawa terdapat banyak cara untuk menjadi sihat,,dan tidak semestinya perlu kurus,,dan daripada pengamatan saya untuk Herbalife,coach herbalife ingin merealisasikan impian manusia untuk kurus tanpa ada lemak tersembunyi,,itu daripada analisa saya,,saya pun tidak mampu untuk membuktikan apa yang halal dan baik,dan apa yang haram dan tidak baik,Nabi makan kurma dan kita pun makan kurma kerana Nabi makan kurma kerana Nabi bersabda Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat,,jadi kita pun makan kurma kerana Nabi suruh,jadi apa makanan pun kita makan sebenarnya ada risiko,soya penting dalam hidup kerana protein tetapi harus dikawal,,kenapa kita makan ubat pharmacist kata ada dos yg tertentu??ada sebabnya,supaya tidak berlebihan yang boleh mendatangkan mudarat,sama juga macam soya,perlu makan tetapi harus dijaga pengambilan nya,,dan daripada penilaian mata seorang generasi Y iaitu saya,untuk setiap hidangan shake herbalife memberikan kadar soya dan nutrisi yang lain dalam kadar yang mencukupi,,tambahan pula,dari pemerhatian saya,pengguna herbalife tidak pernah berlapar,,mereka masih mengambil serat dat protein yg datang dari sumber yang asli tetapi dalam kadar yang terkawal,,benar pihak blogger telah memberikan satu informasi yang amat berguna mengenai ada buruknya kacang soya tetapi setiap perkara ada baik buruknya,,jadi saya berharap kita harus menyambung hujah2 ini kerana Nabi menggalakan kita melakukan debat tetapi haruslah ditanam rasa neutral semasa berdebat itu kerana berdebat boleh menambahkan ilmu,,ini hanya pandangan picisan dari kacamata seorng pemuda Islam yang lahir dalam kalangan generasi pemuda Y masa kini yang rasa kita perlu hindarkan semua sifat negatif ketika menyuarakan pendapat,,minta maaf jika ada sebahagian komen saya berat sebelah tetapi melalui penulisan saya,insya Allah semuanya bersifat neutral,wassalam,,,><

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Saya melihat saudara mempunyai pemerhatian yang baik dan saya kira saudara akan mampu untuk menimbang baik dan buruknya sesuatu sebelum membuat keputusan. Yang paling penting ialah kita sedar dan bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambil. Kesihatan kan salah satu amanah kepada kita.

      Tentang MLM itu saya kurang berminat untuk bincangkan kerana ia tertakluk kepada pengamalnya. Namun begitu, dari segi produknya kita boleh komen dan memberikan pendapat. Komen yang diberi boleh dianggap sebagai positif atau negatif bergantung kepada minda kita.

      Soya adalah sumber protein yang agak baik tetapi jika tidak diproses seperti tempe dan dimakan secara terus boleh membawa mudarat kepada badan. Sepertimana yang saya pernah sebut sebelum ini, soya merupakan makanan haiwan sahaja pada zaman dahulu. Maka kalau ada sumber makanan yang lebih baik mengapa tidak pilih yang lebih baik?

      Generasi kini sudah lupa akan apakah itu makanan dan khasiatnya. Kini kita terlalu bergantung kepada makanan terproses dengan alasan mudah tidak cukup masa. Kita mengabaikan banyak perkara dan percaya nutrisi haruslah diambil secara supplement, jika tidak maka badan tidak cukup nutrient. Kita menjadi malas dan berharapkan makanan segera dan makanan dalam tin.

      Saya harap saudara tidak samakan produk Herbalife sebagai ubat kerana ubat untuk merawat penyakit dan produk Herbalife tidak berfungsi untuk tujuan yang sama. Sekurang-kurangnya ubat telah dilakukan ujikaji untuk melihat side effectnya kepada konsumi manusia tidak seperti produk Herbalife.

      Ramai pengamal Herbalife di sekeliling saya dan saya berani kata kebanyakkan mereka tidak bersenam dan hanya mengharapkan protein shake untuk menguruskan badan. Risikonya ada di situ. Kurus tapi tidak sihat. :)

      Saya lebih suka jika mereka yang hendak kurus berjumpa dengan dietitian kerana itu adalah bidang ilmu mereka.

      Saya sangat suka penulisan saudara tetapi saya tidak menyukai bahasa saudara seperti 'pown' kerana bagi saya itu merosakkan bahasa Melayu.

      Delete
    2. saya minta maaf kepada blogger kerana merosakkan bahasa kerana sudah menjadi kebiasaan,,terima ksih ata pandangan yang positif tetapi saudara jangan hanya mengambil kira orang yang di sekeliling saudara,,bukan semua yang mengambil Herbalife tidak bersenam,,mungkin orang yang saudara perhatikan itu tidak mempunyai disiplin yang tinggi dan hanya berharap kepada produk sahaja,,benda tersebut memang salah kerana saya sendiri tidak pernah menyuruh sesiapa untuk bergantung kepada produk 100%,,tidak kira orang yang datang berjumpa saya seorang pengguna Herbalife atau pun tidak..saya lebih suka menasihati mereka agar banyakkan bersenam dan menjaga pemakanan dengan menjadikan setiap hidangan penuh dengan nutrisi,,saya hanya akan mengesyorkan Herbalife jika orang tersebut tidak yakin bahawa setiap hidangan yang diambilnya penuh dengan nutrisi,,walau bagaimanapun,,saya harap tiada apa-apa perasaan terguris hati antara kita dan saya kira saudara pown dapat menerima Herbalife dengan positif ya,,><

      Delete
  66. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  67. makk aaiii.. dari taun lepas artikel ni smpai le ni org dok komen.. ye lah produk tgh hot kt pasaran kn.. sy pelajar alam sekitar suka baca tentang organic food, organic product, hormone and stuff.. sy memang kurang berkenan dgn processed food, so called 'healthy food' tp dlm bentuk yg simple.. macam makan 1 sachet je tp boleh sihat.. mcm tak logik pulak.. lebih baik ambil raw food yg organik.. memang macam leceh kn, tp kita tau apa yg kita makan.. ada satu buku yg sy nk kongsikan dgn pembaca ruangan ini.. '10 key hormone' by Dr. Micheal Aziz.. beli buku ni pun sbb nak ngabehkn voucher buku je.. tp sgt bermanfaat.. nk sihat kn?? byk la membaca dulu.. kenal badan..
    (bersedia utk menerima hentaman~)

    ReplyDelete
  68. dlm alquran semua dh ada ilmu nya. macamana nk tau?pergi le ke majis llmu,atas mka bumi ni kalau rajin ke majlis ilmu tanpa memilih apa jua bidang ilmunya.tapi dengan niat yg baik insyaALLAH pasti dpt hasil /ilmu yg baik.saya sdh berumur 53 tahun ,sudah guna produk inin hampir 4 tahun,punya masalah kesihatan kronik,batu dlm hempedu,gastrik teruk, sakit saraf,dab masalah berat badan.sudah cuba berbagai cara ,baik dgn doktor atau ke darul syifaq dan cuba pelbagai jenis produk. tak berkesan.alhamdulillah selepas guna herbalife, belajar ilmu nya dengan doktor doktornya.sya berjaya dengan berkat doa, usaha mengubah cara pengambilan makanan,minum air cukup dgn saiz badan sebab tinggi lemak walaupun tanpa senaman hanya buat kerja kerja biasa di rumah saya bolih turunkan berat badan 19 kg dalam masa 8 bulan.tanpa buang hempedu saya dapat balik kesihatan saya. sesungguhnya nikmat sihat tiada gantian nya. kalau kita banyak duit bertimbun pun tapi ada masalah kesihatan ,ceria ke hidup kita.ALLAH LAHIRKAN KITA KEDUNIA NI SEMPURNA,JADI BILA KITA KEMBALI PADANYA BIARLAH DLM KEADAAN YANG SAMA.bolihke gitu?muhasabah diri banyak banyak anak anak semua.orang herbalife bolih di katakan semua berikiran positif. mari kita membantu masyarakat yang bermasalah di luar sana dari kita bertikam lidah mengikut fahaman sendiri.spektakular hari tu saya juga pergi mengikutinya. anda baru nampak ramai yang x solat. jagan komen , mari kita berusahasa utk melakukan perubahan nya. jom makan herbalife sambil kita berdakwah.itu lah ibadah.senang nk buat ibadah ni .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Maaf saya tidak nampak perkaitan penggunaan Herbalife dengan solat.

      Jika puan telah membaca artikel saya dan memahaminya dan mengambil produk Herbalife, itu adalah hak puan.

      Delete
  69. salam, saya syorkan nutrilite yang diiktiraf readers digest.. mempunyai saintis dan makmal tersendiri.. saya harap si pengkaji ambil perhatian, silakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Saya lebih syorkan 'makanan sebenar' yang dicipta Allah SWT seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Kita sebenarnya tidak perlukan makanan supplemen/tambahan yang mahal jika kita menjaga pemakanan kita.

      Jom lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

      Delete
  70. nonsense la..baik cakap milo ke nestum ke pun ada side effect bahaya kalau camtu..jgn la nk dengki..ko makan nasi lemak tiap2 hari pun leh dpt penyakit...aku bkn pengguna herbalife pun..tp kawan aku amik ok je..dulu gemok 140kg skrg 80kg..lg kurus lg aku..fit lagi..siap leh lari 20km skrg...

    saya sarankan ahcong tak perlu la research laman web yang kondem herbalife ke atau mana2 product kesihatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Saya menyarankan saudara membaca dahulu posting ini sebelum memberikan komen yang begitu emosional.

      Sekian.

      Delete
  71. Senang cerita ramai orang sudah terlalu taksub dengan Herbalife kerana hasil yang mereka perolehi terlampau positif. Cakap lah apa sahaja pasti akan yang membantah. Saya selalu membaca komen-komen pengguna Herbalife contohnya "Tak sempat bersarapan, nasib baik ada Herbalife dalam beg" ataupun "Tidak pernah "miss" Herbalife" dan "Saya dan keluarga sihat setelah mengambil Herbalife, terima kasih Herbalife". MashaAllah. Ingat, Allah yan memberi penyakit dan Allah jugalah menyembuhkan kamu dengan izinNYA. Bukan mengutuk tapi itulah yang terjadi sekarang. Sepatutnya kamu kena bersyukur Allah memberi kesihatan yang baik kepada kamu semua. Herbalife itu bukan tuhan kamu sampai hendak berterima kasih. Mungkin kamu menggunakannya sebagai ikhtiar sahaja dan berharap ianya menjadi penawar kepada penyakit kamu.

    Saya ada kisah yang boleh dikongsi bersama. Saya ada terjumpa makcik ini yang umurnya dalam lingkungan 60 an dan ke atas. Badannya tidak gemuk dan tidak kurus. Bagi saya makcik ini dalam kategori 'tulang rangka kecil'. Bila saya tanya makcik sakit apa, dia jawab darah tinggi sahaja. Saya bertanya lagi (sebenarnya mahu menduga) "mak cik tak ambil Herbalife ke?", jawabnya "Apa tu?Tak da lah. Makcik makan macam biasa sahaja dan makan ulam ulaman.". Saya bertanya lagi, "suami makcik pula?". Jawapan makcik "pak cik kencing manis sahaja, makan jaga dan umurnya sudah 70 lebih dan pakcik serta makcik tidak mengalami masalah sakit lutut. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja". Dalam hati saya timbul rasa kagum dengan kesihatan pasangan ini.

    Apa yang boleh saya simpulkan di sini, setiap penyakit yang datang itu datang daripada kesilapan kita sendiri. Cara pengambilan makanan kita. Bagi saya penyakit tidak akan datang secara tiba-tiba jika kita bersenam, mengawal pengambilan makanan serta faham setiap kandungan makanan yang kita ambil serta banyak minum air masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum. salam perkenalan kepada semua. saya amat tertarik dengan entri oleh Ahong yang bercakap berdasarkan fakta ilmiah. sebenarnya daripada apa yang saya baca ini dapat disimpulkaan bahawa Ahong bukanlah memburukkan herbalife tetapi lebih kepada berkongsi maklumat mengenai kebaikan dan keburukan heralife. saya baru lagi menggunakan produk ini(lebihkurang 3 bln) dan bru menjalani pembedahan buang hempedu kerana ada batu karang(sudah lama dikesan) saya ingin minta maklumat daripada Ahong adakah fish oil. teamix, aloevera dan formula NW juga ada side effect???sebab saya rasa produk itu amat bagus untuk turunkan kolestrol,menyerap lemak dan lancarkan pembuangan najis .harap Ahong dapat berkongsi dengan saya kerana pengetahuan anda lebih banyak daripada saya. tq

      Delete
  72. apa yang ada pada diri kita,siapa diri kita adalah dari diri kita masing-masing,,,so fikirkan apa yang perlu dan tidak perlu...harap maklum...sekadar sedarkan diri sendiri...

    ReplyDelete
  73. Assalamualaikum. Thanks 4 the infos n links. Im gonna choose this topic for my assignment subj food technology engineering. We'll see how it goes then. Btw, i agreed. Theres no such thing as kurus cara mudah. U should always exercise to be healthy. Its a sunnah pun kan. Nak makan pn ada adab adabnya. Nak berniaga pn ada adab2nya. Kaji apa yg kita jual tu. Nnt di akhirat Allah soal balik apa yg kita jual. Kalau ada kurgnya just admit. Mcm megi. Semua org tau buruknya. Tp ada yg makan jugak kan? Yg makan tu deny kan ke keburukan megi? X kan? Jangan lupa. Semua rezeki/benefit yg kita dapat dr menjual atau makan herbalife tu bukan kita yg punya. Semua semua semuanya Allah yg punya. :)

    ReplyDelete
  74. as salam...

    thnks ahong atas info yg berguna.. smua ada akal kot... boleh timbang mana yang baik dan mana yang buruk.. aku tak rasa pun artikel ni utk menutup periuk nasi para pejuang HL.. cubalah open sikit minda.. berpikir dari sisi yang lain.. jgn terlalu taksub.. yang aku nampak ahong cool je, para pengguna herbalife plak yg terlebih emo..sampaikan tak paham apa yg ahong cuba nak sampaikan..

    yg ahong sampaikan simple je.. herbalife ada kesan sampingan disertakan dengan bukti kajian2 yang signifikan... ahong tak larang pun amik hl, tak nafikan yg hl mampu kuruskan badan..

    sbnarnya aku juga telah berkira2 nak amik herbalife tapi sebab ketidakmampuan hajat tu slalu tertangguh.. ramai juga org sekeliling yg amik hl, ada yang berjaya turun, ramai yg lagi tak berjaya.. dalam tunggu kemampuan nak beli hl tu, aku berpuasa ganti.. dlm 3 hari berturut-turut aku ganti puasa, tergerk hati nak timbang berat badan.. terkejut aku bila aku lost 3 kg dlm 3hari aku ganti posa.. tetiba aku bersemnagat lak nak posa.. aku posa seminggu berturut2, aku lost 4 kg.. dalam 2 minggu aku posa aku dah lost 7kg.. syukur, tapi dengan syarat, mas aberbuka tu jgnlah melantak, adik aku pun susut dengan berpuasa, puasa di bulan bukan ramadhan lebih cepat susut, tapi puasa di bulan ramadhan kalo tak kawal lagi naikkan badan..
    lagipun aku pikir.. dpd aku beli prodak2 yg mahal lepas tu kena plak disiplin yg tinggi tak bleh makan itu dan ini.. lebih baik aku posa ganti kan.. time posa nih pun boleh aje joging2.. lagi cepat turun...



    ReplyDelete
    Replies
    1. first and foremost, herbalife never strict their consumer to consume anything, just please no unhealthy diet. second, i just want to inform u that, to loss 3 kilos in 3 days is REALLY dangerous. normal loss weight is 1-2 kilo in 1 week. however, it depends. i wanna ask u that whether or not u apply a very healthy diet (i hope u understand what is diet) along with ur daily fasting?

      ok don't mistaken me to say that fasting isn't good. it is good. because Allah told us so. but... i just concern with kilos u loss in 3 days, in 1 week, and overall in 2 weeks.

      seriously in 2 weeks, 7 kilos loss? the side effect that may happen to u in future is what i concerned the most, because (yeah, i'm still a student, and wallahualam) it may affect ur organs...

      Delete
  75. assalamualaikum semua...saya cuma nak berkongsi dengan rakan-rakan. kita semua dah baca mengenai kebaikan dan keburukan herbalife. pada saya apa yang ditulis oleh Ahong lebih akademik iaitu berdasarkan bukti dengan menampilkan kajian akademik yang dihasilkan. tahniah Ahong kerana anda tidak memburukkan produk tersebut tetapi hanya memberitahu keburukannya sahaja. saya adalah salah seorang pengguna herbalife(baru 3 bulan lebih kurang)baru lepas menjalani pembedahan buang hempedu kerana ada batu karang (sudah lama sakitnya). apabila membaca entri saudara saya jadi ragu-ragu sama ada hendak meneruskannya ataupun berhenti terus. saya hendak bertanya kepad Ahong adakah yang dimaksudkan ada side effect hanyalah pada shake sahaja ataupun semua produk seperti fish oil, aloevera, kalsium,NW formula and temix???sebab kalau semua produk itu saya rasa amat berkesan untuk mengawl kolestrol dan kandungan lemak dalam badan. harap dapat berkongsi info kerana saya rasa Ahong lebih banyak pengetahuan daripada saya. tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Saya ingin mengajak puan serta para pembaca yang budiman untuk ingat kembali 20 tahun dahulu masa ibubapa/nenek kita.

      Pada ketika itu, tiada siapa yang kisah tentang kolesterol, tiada masalah obesiti, penyakit jantung dan diabetis jarang-jarang kita jumpa.

      Mereka tidak mengambil apa-apa makanan supplemen dan masih begitu sihat dah gagah, mengapakah hari ini semua itu tiada lagi? Diet mereka begitu berbeza dengan kita. Mungkin inilah masanya kita kembali memakan 'makanan sebenar' yang tiada pengawet, tiada pewarna, tiada kandungan gula yang tinggi, tiada bahan kimia dan sebagainya. Mungkin kita perlu mula memakan ulam-ulaman dan sayuran yang tidak tercemar (organik).

      Ini sekadar pandangan saya sahaja.

      Delete
  76. pada pendapat saya semua benda ada kesan sampingan dalam dunia xdak benda yang tak ada kesan sampingan.Kalau nak memikirkan semua kesan sampingan tu memang susah la.Tapi terletak pada kita untuk menentukan apa yang baik untuk kita dan tak perlu kita nak kutuk orang yang consume herbalife dengan orang yang langsung tak mau consume herbalife.Kalau nak bahas tentang kesan sampingan saya rasa memang susah.Pegambian makanan harian kita pun ada kesan sampingan.Dan xperlu nak jatukan orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Tiada siapa yang ingin menjatuhkan sesiapa di sini, saya hanya berkongsi maklumat sahaja.

      Cuma saya nak ingatkan disini bahawa, produk ini mempunyai kesan sampingan yang buruk yang mana para pembaca dan saya harus mengambil kira sebelum membuat keputusan untuk mengambil atau tidak mengambilnya.

      Saya bersetuju bahawa kita tak ada hak untuk mengutuk, dan itu bukan budaya kita sebagai orang Islam. Namun kita semua ada hak untuk mengetahui tentang kebaikan dan keburukannya sebab yang membuat keputusan ialah kita. Kesihatan juga tanggungjawab kita.

      Delete
  77. Assakamualaikum semua sahabat,saya amat tertarik dengan perbahasan oleh Ahong yang lengkap dengan fakta dan rujukan. saya adalah pengguna herbalife(2 bulan)saya ambil shake dan terbukti berat saya turun 3kg. saya juga ada batu karang dalam hempedu dan tidak sembuh pun dengan menggunakan herbalife shake. baru-baru ini telah menjalani pembedahan buang hempedu.namun saya masih menggunakan fish oil,teamix,NW (turun kolestrol saya), kalsium dan aloevera kerana merasakan produk tersebut masih membantu saya menjaga kesihatan. saya bukan tidak percaya pada shake tetapi saya juga berhati-hati kerana soya yang diambil secara melampau akan memudaratkan kesihatan kita. ini hanyalah perkongsian ilmu dan pengalaman. dalam Islam konsep "Wassatiah" iaitu kesederhanaan amat penting....terima kasih dan salam ukhuwah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Ada banyak kajian yang menunjukkan perkaitan antara batu karang dan soya.

      Juga perlu berhati-hati kerana soya mampu menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang boleh membawa kepada pembentukan 'cyst'.

      Terima kasih kerana sudi membaca.

      Delete
  78. salam. senang cerita. bersenam + ambik herbalife. kan lebih bagus untuk mendapat impak yg maksima :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Mengambil produk Herbalife tidak bermaksud sihat. Produknya mempunyai kesan sampingan. Walaupun bukan semua orang yang memakannya akan membentuk kesan sampingan seperti masalah hati, namun risikonya ada di situ.

      Oleh itu, apabila mengambilnya perlulah kita sedar ada risiko dan kita sendiri haruslah menanggungnya jika sudah membuat keputusan mengambil produk ini.

      Delete
    2. then boleh suggest makanan yang x dak affect pada tubuh..

      Delete
    3. Semua makanan ada kesan kepada tubuh samada kesan yang positif atau negatif.

      Makanlah makanan yang awak suka, asalkan halal dan toyyib.
      Jika perlukan nasihat dietition saya boleh recommendkan.

      Delete
  79. saya setuja dengan penulis...lgpun xsemua org berkemampuan untuk laburkan duit pada produk herbalife..adalah lebih semulajadi kalau amik diet seimbang dan lakukan senaman....

    ReplyDelete
  80. maaf la..sy pnh mkn pelbagai produk kehihatan..kite kene faham..produk kesihatan bkn ubt kepada pelbagai penyaki tp ia sebagai makanan tambahan untuk tubuh badan kite..tntg makanan tambahan seperti produk kesihatan sebenarnye menginkut kesesuaian dgn badan kite..seperti org alah kepada makanan ..ade org blh mkn makanan laut..smpai mati makan makanan laut pn xde ape2 masalah..tp ade org alah..bila mkn makanan laut je bdn naik gatal atau timbul bintik2 merah..kene la pg klinik cucuk bru blh hilag mcm abg sulung sy.. mcm tu jg produk kesihatan..kadang2 sesuatu produk tu tak sesuai dgn badan kite..tu sbb kesan buruk produk tu blaku pada tubuh badan kite..tp apabila ia sesuai dgn badan kite..kite akan menikmatan kebaikan produk kesihatan tersebut..pada pandangan sy byk produk kesihatan yg terdapat di pasaran..contohnye pati delima, madu, minyak ikan dan sebagainye(sy mengamalkan minyak ikan dan pati delima)..jd pilih la produk kesihatan yg sesuai dgn tubuh badan kite..terima kasih..Asalammualaikum..

    ReplyDelete
  81. Jom ke extravaganza bangkok 14-16 june ni..tiket masih ada..boleh jumpa dgn saintis dan ceo nya..boleh tanya direct and confirm ada yg record masuk utube jgn risau.sy confirm kalau apa yg awak bgtau ni betul company yg dah 33thn ni akan tutup sekelip mana sbb di sana akan ada lebih kurang 25k distributor asia..sy bkn taksub and bkn percaya mana2 pihak.tp kalau nak tahu kena la tanya pada yg tahu.kalau awak jwb nak kena sponsor awak..jwb sy,awak yg buat fakta ttg side efek ni so awak kena la bertanggungjawab untuk memastikan fakta awak itu betul dan sahih.islam mengajar kita untuk percaya pada kebenaran dan tidak mengaaibaikan mana2 pihak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum,

      Maaf saya tidak berminat.
      Setelah banyak kajian dan mendapat maklum balas daripada pihak Herbalife sendiri, saya yakin dengan kajian yang telah saya lakukan.

      Penjual dan distributor Herbalife juga haruslah seperi yang saudari katakan juga iaitu haruslah bertanggungjawab terhadap produk Herbalife yang telah dijual. Masalahnya penjual dan distributor meletakkan tanggungjawab itu kepada saintis yang menghasilkan produk tersebut. Dan saintisnya pula tidak melakukan kajian yang secukupnya untuk membuktikan bahawa produk Herbalife adalah selamat untuk semua.

      Islam mengajar kita untuk mencari kebenaran dan ini hanya boleh dilakukan dengan minda yang terbuka.

      Delete
  82. saya nak tanya betulke hebalife x boleh untuk penyakit tiroid

    ReplyDelete
  83. Salam... saya dua tahun lepas ada ambil produk herbalife ni selama 3 bln lepas tu saya stop memang berat badan turun dan badan rasa bertenaga tapi saya stop sehingga saya ambil semula pada bulan 1 2013 start saya minum semula setiap kali semasa buang air besar najis saya bercampur darah sehingga kadang kala najis tu semuanya darah tapi yg hairannya badan saya masih bertenga dan tak rasa letih kerana takut saya jumpa doctor buat pemeriksaan rupanya saya dapat kanser usus besar baru lepas 8 hari saya menjalani pembedahan buang usus tu doctor cakap kanser saya di tahap satu soalan saya sekarang adakah bagus utk saya meneruskan ambil herbalife ni sebeb 31/5/2013 saya kena jalani kimoterapy tolong sesiapa yang ada maklumat.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Paling penting jangan makan pemakanan yang berkarbohidrat (seperti gula/nasi/glucose/fructose/susu) dan tambahkan sayuran dengan banyak. Gula akan menyebabkan sel-sel kanser mendapat tenaga untuk bertambah dan merebak.

      Kurangkan daging (protein tinggi) dan tambahkan sayuran. Jadikan badan dalam keadaan alkali. Banyak rujukan mengatakan bahawa makanan beralkali membantu untuk melambatkan kanser.

      Saya bukan pakar, tapi ini yang saya tahu setakat bacaan ringkas saya selama ni.

      Tentang Herbalife, mungkin penjual haruslah mula mengambil tanggungjawab itu.

      Delete
  84. Dear ahong.tahniah krn penulisan awk mmg st relevan. Menurut pembacaan sy kebnykkn yg komen menyokong disini lupa bhwa yg menyembuhkn penyakit2 mereka bknlah produk ini tetapi Allah swt semata2. Mmg Allah tdk melarang mnusia beriktiar tetapi penulisan berbaur taksub mmg senag utk dihidu.sedarlah wahai hamba produk yg kmu percaya menyembuhkan kmu itu adalah 1 UJIAN buat kmu. Dimana kmu diuji utk mempercayai produk atau Allah. Yg dizahirkan oleh kamu adalah produk dan bnrkah kmu meyakini Allah penyembuh kamu dgn hnya mengakuinya dihati? Tepuk dada tya iman ye...to ahong keep up the good work k.bkn sng nk mengubah mentaliti manusia namun sy tahu Allah bersama awk :-)

    ReplyDelete
  85. encik ahong, kalau tak keberatan boleh tak share macam mana encik ahong jaga kesihatan? mungkin kita semua boleh tahu n share n jadi sihat macam encik ahong :) itu lebih bagus sebab kalau ada masalah mesti ada solution. kalau herbalife tak elok boleh cadangkan apa yang elok yang encik ahong sendiri buat. tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silap2 dapurnya penuh dngn herbalife

      Delete
    2. Assalamualaikum, kita hanya hamba, sakit dan sihat itu rezeki dari Allah. Namun Allah SWT memberitahu kita untuk ambil yang halal dan toyyib (baik).

      Yang halal itu jelas tetapi yang toyyib itu kita kurang ilmu. Maka kenalah rajin mencari ilmu.

      Setakat pengetahuan saya yang sedikit ini. Elakkan makanan terproses samada dalam tin atau diproses seperti gula putih/tepung putih/MSG. Elakkan makanan segera dan makanan yang mengandungi bahan pengawet/perasa tiruan/pewarna tiruan.

      Contoh makanan yang saya tak makan adalah gula-gula dan coklat. Gula sepatutnya digunakan sebagai perasa, bukannya makanan ruji.

      Amalkan sayuran dan buah-buahan yang banyak, jika jenis susah nak makan sayuran maka boleh 'juicing' (ini biasa dibuat).

      Gunakan barangan yang asli. Contohnya buat stok ayam dengan merebus tulang ayam, bukannya guna kuib pati ayam yang penuh bahan perasa MSG.

      Masak sendiri dengan barangan yang asli kerana kedai biasa akan guna bahan yang bukan asli untuk masak.

      Elakkan makanan GMO yang ada banyak side-effect.

      Bersenam.

      Saya bukanlah perfect tapi sekurang-kurangnya itu jihad saya untuk menjaga badan.

      Delete
    3. Maaf En Adam, saya tidak mengambil Herbalife ataupun barangan yang sewaktu dengannya.

      Delete
  86. Salam,

    Tahniah pada tuan blog, Ah Hong ye...saja2 blogwalking terjumpa pulak artikel ni...ni Aidid Muaddib versi sopan dan sabar...kadang2 yang datang argue ngan awak tu mgkn dealer @ agen HL kot. bila ckp pasal MLM kita jgn lupa harga2 produk MLM adalah 3 hingga 4 kali ganda berbanding barang sama di luar. disogokkan dengan segala mak nenek kebaikan produk yg tiada bukti kukuh.

    Beda yg pelik setakat ni saya jumpa lumiglow keluaran hai-o, calit kt nadi, boleh menyerikan wajah (mcm suntik botox) dan memudahkan wanita hamil...i think it's hormone inside. berharga rm250 satu bekas. mgkn dalam 50g isi kandungan. harga tak munasabah.

    Apa pon...nasihat sy...jgn mudah terpengaruh dengan benda2 segera ni...baik makan makanan segar, ulam2, kurma, habbatussauda' & lain2 ikut sunnah dari belanja duit utk satu perkara yg tak pasti. Lagi satu rupanya soya ni keluaran orang yahudi ye...memang agenda diorg nk hapuskan/ rosakkan umat lain. hati2 lah.

    ReplyDelete