Monday, March 7, 2011

Perlu atau Tidak?

Perlukah aku memandang wajah-wajah mereka, lalu perlukah aku memberitahu mereka...

Bahawa amalan itu perlu didatangi dengan ilmu.
Amalan tanpa ilmu itu seperti orang yang memandu kereta tanpa belajar dahulu cara memandu.
Bagaikan orang yang meletakkan kail ke dalam air tanpa umpannya.
Perlukan aku bangunkan mereka yang sudah lama tidur dan nyenyak dengan mimpi-mimpi mereka?

Sudah pasti ada yang tidak suka jika aku mengganggu tidur dan mimpi mereka.
Sudah pasti mereka bilang amalan mereka itu sudah sempurna kerana mereka mengikuti kata-kata orang tua mereka dan sudah pasti mendapat syurga.
Mungkin juga syurganya itu dalam mimpi mereka sahaja.
Aku lihat mulut berkata-kata tetapi tangan, kaki dan badan lain pula ceritanya.

Mereka sudah tidak mahu belajar lagi. Apa yang mereka mahu hanyalah diterima.
Asalkan diterima oleh orang-orang mereka juga.
Buat sahaja asalkan tidak menjadi janggal.
Pada aku, orang begini tiada pendiriannya, hanyalah boneka sahaja.
Lebih baik mati daripada hidup begitu.

Mungkinkah ini adat mereka?
Biar mati anak jangan mati adat?
Mahu sahaja aku membuka mulutku, biar sahaja hati dan perasaan mereka aku calarkan.
Masakan aku mampu bersabar apabila agamaku dibuat mainan??
Asalkan sahaja hatiku tenang laksana tanggungjawabku.
Biarlah dunia aku tempuh dengan kesukaran.
Biar anakku ada masa depan.

1 comment:

  1. salam!nice poem!

    totally agree with u.

    syukran for sharing :)

    ReplyDelete