Saturday, January 1, 2011

Penerangan hadis 'Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia'

Sumber: http://www.al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=165&t=39700


1- Sekadar pencarian kami di sini, tidak dapat ditemui sebuah hadith - sama ada sahih atau dhaif - yang berbunyi seperti yang saudara nyatakan.

2- Apabila dilihat kepada Al-Quran terutamanya, kita dapati bahawa Allah SWT menyamakan di antara jin dan manusia dari segi sebahagiannya baik dan sebahagian lagi tidak..di antaranya ialah seperti:

Dalam surah al-Jinn, ayat 11, Allah SWT menyatakan kata-kata jin:
"Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan. "

Begitu juga dalam surah al-Jinn juga, ayat 14 dan 15:
"Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar,
Adapun yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam".

Dalam surah al-Dzariyaat, ayat 56:
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu".

Dalam surah al-A'raaf, ayat 179:
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai".

Maka tidak mungkin sejahat manusia adalah sama tarafnya dengan jin yg baik. Kerana semuanya adalah sama.

wallahu a'lam


_____________________________________________________________

Saje nak letak sebab ada iklan kat NTV7 yang guna hadis ni.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment