http://ustazmelaka.net/forum/index.php?topic=244.0
I didnt really check the hadiths etc but I like this. It sweet and simple.
...........................................................................................................................................................................
ADAB BERCAKAP
1- Semua perkataan mestilah membawa kebaikan
(Hadis Nabi saw: Sesiapa yang beriman kpd Allah dan hari akhirat, maka hendaklah berkata baik atau lebih baik dia diam-HR Bukhari dan Muslim)
2- Bercakap mestilah jelas dan benar
(Aisyah berkata: Bahawasanya Rasulullah saw itu selalu jelas sehingga difahami oleh semua yang mendengarnya-HR Abu Daud)
3- Seimbang dan menjauhi sikap berdolak-dalih.
(Sabda Nabi saw: Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku di hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan bersikap sombong dan bercakap.-HR Tirmizi-hadis Hassan)
4- Menghindari banyak bercakap, kerana ditakuti membosankan orang yang mendengarnya.
(Hadis riwayat Wail:Adalah Ibnu Masud sentiasa mengajar kami setiap Khamis, maka berkata seorang lelaki, Wahai Abu Abdul Rahman (gelaran kpd Ibnu Masud) kamu mahu mengajar kami pada setiap hari? Ibnu Masud menjawab: Sesungguhnya tiada yang dapat menghalangku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir membosankan kalian, kerana aku pernag meminta yang demikian drp Rasulullah saw dan baginda menjawab: aku khuatir membosankan kamu- HR Muttafaq alaih)
5- Menghindari drp menyatakan yang batil.
(Sabda Rasulullah saw:Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredahai Allah yang ia tidak mengira yg akan mendapatkan sedemikian sehingga dicatat oleh Allah keredaanNya bagi orang tersebut hingga hari kiamat. Dan lelaki mengucapkan satu kata yang dikurkai Allah yg tidak dikiranya akan demikian, maka Allah akan mencatat yg demikian hingga kiamat-HR Tirmizi, katanya hadis hassan sahih. Juga riwayat Ibnu Majah)
6- Mengulangi kata-kata yang penting, jika diperlukan.
(Anas berkata apabila Nabi saw bercakap, maka baginda akan mengulanginya sampai 3 kali sehingga semua yang mendengar menjadi faham dan apabila baginda mendatangi rumah seseorang maka baginda akan mengucap salam 3 kali-HR Bukhari)
7- Menjauhi perdebatan sengit.
(Sabda Rasulullah saw: Tidak sesat sesuatu kaum setelah mendapat hidayah, melainkan kerana terlalu banyak berdebat-HR Ahmad dan Tamizi)
8- Menjauhi kata keji, mencela dan melaknat.
(Sabda Rasulullah saw: Bukanlah seorang mukmin jika ia suka mencela, melaknat dan berkata-kat keji-HR Tarmizi dan Sanadnya Sahih)
9- Menghindari banyak kelakar.
(Sabda Rasulullah saw: Sesungguhnya seburuk-buruk orang di sisi Allah di hari akhirat ialah orang yang suka membuat manusia lain ketawa-HR Bukhari)
10- Menghina atau aibkan orang lain.
(Sabda Rasulullah saw: Jika seseorang menceritakan satu hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya-HR Abu Daud dan Tarmizi)
11- Menghindari dusta.
(sabda Rasulullah saw: Tanda-tanda munafik ada 3: Jika bercakap, ia berdusta, jika ia berjanji ia mungkiri dan jika ia diberi amanah, ia khianati-HR Bukhari
12- Menghindari ghibah (umpat mengumpat) dan adu domba.
(sabda Rasulullah saw: Janganlah kamu saling mendengki, dan janganlah kamu saling benci dan janganlah kamu saling berkata-kata keji dan janganlah kamu saling berpaling muka dan janganlah kamu saling umpat mengumpat (ghibah) dengan yang lain dan jadilah hamba Allah yang bersaudara-HR Muttafaq Alaih)
.........................................................................................................................................................................
Kita dikurniakan mulut untuk berkata-kata. Namun bagi setiap perkataan yang diperkatakan pasti ada kesannya kepada orang lain dan kepada diri kita sendiri. Oleh itu, kita haruslah berhati-hati dengan percakapan kita. Allah S.W.T berfirman dalam Surah Qaaf, ayat17-18 yang boleh ditranslasikan:-
[50:17]
Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya.
[50:18]
Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).
Kita percaya apa yang dikatakan dan kesan-kesannya akan dibalas. Yang baik dibalas baik dan yang tidak baik akan dibalas dengan tidak baik.
Nabi Muhammad S.A.W telah memberi amaran kepada kita tentang bahaya bercakap. Dalam sebuah hadis sahih oleh Imam At-tirmithi dan Ibn-Majah, baginda berkata,"A person may say a word that is pleasing to Allah (S.W.T.) and he may not think much of it, but Allah (S.W.T.) will, (because of that word), bestow his pleasure upon him on the Day of Judgment, and a person may say a word that is displeasing to Allah (S.W.T.), and he may not think much of it, but Allah will have, (because of that word) his wrath and anger on him on the Day of Judgment." (maaf, saya tak pandai translasinya dalam bahasa Melayu).
Berkata-katalah kita supaya kita dirahmati Allah S.W.T. Kalau kata-kata kita tidak disukai Allah maka Allah akan membalasnya pada hari akhirat nanti. Bercakap boleh menjadi bahaya. Oleh yang demikian, kita haruslah mengawalnya dalam limitasi Islam, dipandukan oleh Allah dan pesuruhNya Nabi Muhammad S.A.W.
Antara cara-cara yang baik untuk mengawal cara percakapan kita telah dibincangkan seperti dalam artikel diatas ini.
Jika kita hendak berkata-kata selepas ini, adalah lebih baik berfikir dahulu. Adakah kata-kata kita ni adalah berguna dan memberikan kaitan? Jika tidak maka lebih baik diam. Ini adalah salah satu cara untuk beriman/percaya kepada Allah dan Hari Akhirat. {Disebabkan saya suka membaca, banyak jugak yang saya tahu. Kadang-kala, semasa mendengar perbualan ada juga bercakap tentang perkara-perkara tertentu (walaupun hanya pengetahuan am), tapi selepas itu rasa menyesal pulak sebab tak mambawa apa-apa faedah pun. Diejek-ejek ada la. Lebih baik diam saja.} - Note: sama macam point 1.
Kita juga haruslah jujur dalam percakapan kita dan elakkan daripada menipu kerana orang yang percaya kepada Allah tidak akan menipu walaupun dia membuat lucu/melawak. Nabi Muhammad S.A.W. berkata, seperti yang dilaporkan oleh Imam Bukhari dan Muslim,"You must speak the truth for the truth leads to virtue and virtue leads to Paradise. One who always speaks the truth and means the truth, is recorded as truthful with Allah. Keep away from the lie for the lie leads to evil and evil leads to the Hell Fire and one who continually tells a lie and intends to lie is recorded with Allah as a liar." Bercakap jujur/benar akan membawa kepada kebaikan dan kebaikan pula akan membawa kepada Syurga. Orang yang berkata benar/jujur dan bermaksud jujur/benar akan direkodkan sebagai jujur dengan Allah. Jauhilah daripada menipu kerana menipu akan membawa kepada kejahatan dan kejahatan akan membawa kepada Api Neraka. Orang yang berterusan menipu dan berniat untuk menipu akan direkodkan menipu dengan Allah. {Kadang-kala ada juga menipu walaupun hanya kecil tetapi nanti masuk neraka. Tak mahu aku masuk neraka. Jangan menipu lagi. Try the best! Berfikir sebelum bercakap!}
Tahanlah diri daripada keingkaran kepada Allah dalam percakapan kita samada kita serius atau melawak kerana Allah membenci kepada mereka yang ingkar, yang menyumpah (the curser). Percakapan yang menyumpah ini termasuklah menyumpah seranah, mencaci, bercakap belakang, bercakap buruk tentang seseorang. Bagi tujuan inin Nabi Muhammad S.A.W. telah memberikan amaran seperti dalam hadis berikut:
1555. Ibn Mas`ud (May Allah be pleased with him) reported: The Messenger of Allah (PBUH) said, "A true believer is not involved in taunting, or frequently cursing (others) or in indecency or abusing.''
[At-Tirmidhi].
Seseorang yang percaya dan beriman kepada Allah tidak akan terlibat dengan sumpah-menyumpah, bercakap dibelakang seseorang sesuatu yang tidak disukai orang tersebut (walaupun perkara itu benar), bercakap buruk tentang seseorang, mencaci, menggunakan bahasa kasar dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya.
Menyumpah/melaknat seorang yang beriman kepada Allah pula adalah seperti membunuhnya. Sumpahan seorang Muslim adalah pengingkaran. Kita juga tidak boleh menyumpah orang yang mati sebagaimana kita menyumpah orang yang masih hidup.
Antara perkara yang paling sukar untuk dibendung ialah Gheebah/mengumpat. Gheebah ini berlaku apabila kita bercakap tentang seseorang di mana orang tersebut jika mengetahui tidak akan suka kita bercakap tentangnya.
[49:12]
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
Ayat ini menunjukkan betapa seriusnya mengumpat. Mahu tak kita makan daging mayat saudara kita sendiri? Ini juga menunjukkan betapa mudahnya kita boleh berdosa. Mula-mula kita berasa sangsi (kerana tidak bersangka baik) antara satu sama lain, kemudian kita mula memerhatikan gerak-geri dan percakapan mereka.
Apabila kita berbuat demikian, kita telah menilai dan menginterpretasi perilaku dan percakapan mereka dalam cara kita, yang pada kebanyakkan masanya adalah tidak tepat kerana kita tidak tahu motif dan niat mereka. Kemudian kita mula bercakap tentang mereka tanpa kehadiran mereka ini, dan seringkali bercakap tentang perkara yang tidak benar tentang mereka. Jika mereka tahu apa yang telah diperkatakan tentang mereka pastinya mereka akan sangat susah hati. Kadang-kala, apa yang kita syak dan interpretasi kita adalah benar tetapi ini tidak bermakna adalah baik untuk memberitahu orang lain. {Alhamdullilah perkara ini selalu terjauh dariku, cara yang paling baik adalah dengan bertanya sendiri daripada pergi menyebarkan syak wasangka yang tidak baik.}
The Prophet Muhammad once asked his Companions, "Do you know what is backbiting?" His Companions said, "Allah and His Messenger know best." He said, "Backbiting implies your talking about your brother in a manner that he does not like." It was said to him, "What is your opinion about this if I actually find that shortcoming in my brother?" He said, "If what you assert (of a shortcoming) is actually in him, you have backbitten him; if it is not, you have slandered him" (Muslim).
Selain itu, kita ni apabila bercakap adalah lebih baik jauhi dari Nameemah/gosip. Nameemah ni ialah menyebarkan kata-kata diantaramereka untuk membuat mereka membenci antara satu sama lain. Ini adalah kerana Nabi Muhammad S.A.W. dalam hadis sahihnya memberitahu,"Dia yang membuat Namimah tidak akan masuk ke syurga". Oleh itu, elakkan daripada mendengar gosip-gosip ini jika tidak mahu berkongsi dosa dengan mereka yang tidak masuk ke syurga. {Gosip ni tak membawa kebaikan pun, jangan gosip sini, gosip sana, lepas tu kerja tak jalan. Skarang ni banyak orang suka tengok gosip artis. Buat apala nak tau pasal hal orang lain padahal diri sendiri pun tak terjaga dari Api Neraka?}
Kita ni apabila berbual suka bercakap tentang perkara yang menggembirakan. Ada juga orang yang suka membuat lawak sehingga kita ketawa berdekah-dekah. Orang jenis ni ialah yang seburuk-buruk orang di sisi Allah di hari Akhirat.
Sabda Rasulullah saw: Sesungguhnya seburuk-buruk orang di sisi Allah di hari akhirat ialah orang yang suka membuat manusia lain ketawa-HR Bukhari {seburuk-buruk manusia di sisi Allah, taknak la aku. Kepada yang suka membuat lawak tu please take note. Sama-sama juga kita jauh dari golongan orang seburuk-buruk manusia di sisi Allah S.W.T.}
Sebenarnya banyak lagi nak kongsi bersama tetapi masa tak mengizinkan. Jika ada salah dan silap dalam hadis atau Quran minta bagitau . Yang baik tu dari Allah S.W.T dan yang buruk tu kelemahan dari saya.
-Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan-
pembetulan ye, sebab yang ni pun saye br seda :
ReplyDelete[42:12]
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
Surah Hujuraat tu surah ke 49, dan bukan surah ke 42(Surah Ash-Shura) :)
Salam,
ReplyDeleteTerima kasih!
Alhamdullilah.
Dah ubah dah.