Thursday, July 9, 2009

Solatku betui ka?

'Susah tak quiz?', aku tanya pada para pelajarku. Ada yang menjawab senang dan ada yang menjawab susah. Pada aku rata-rata mereka ini adalah pelajar yang baik. Tiba-tiba tergerak hatiku untuk bertanya kepada mereka.

'Nak tengok tak cara orang Yahudi solat?'
'Nak!', cepat sahaja mereka jawab, mungkin kerana ingin berehat setelah quiz yang agak sukar.

Aku pun buka laptop dan pancarkan satu video orang yahudi solat. Yang menariknya mereka agak terkejut kerana orang Yahudi ini solat dengan adanya duduk, takbir, sujud dan salam.

'Ni la cara orang Yahudi solat. Ini adalah cara solat yang paling lama yang ada didokumenkan, orang yahudi sekarang pula banyak buat yang lain macam tunduk2 kat 'wailing wall'.'

'Sir ada satu soalan nak tanyala, sir nak tau kamu rasa cara kamu solat itu betul atau mungkin kamu sendiri tak tahu atau tak pasti?' Aku bertanya pada para pelajarku ini sebab setiap kali solat pasti akan lihat macam-macam stail dan gaya. Ada yang pelik pun ada. Ada yang setiap rakaat takbir. Ada yang bila takbir angkat tangan separuh aje. Ada yang baca kuat-kuat.'

Pelajarku diam dan menunggu jawapan dan peneranganku.

'Sir rasa kamu kena rujuk balik cara solat la, sebab kalau kamu tak pasti maka macamana selama ni kamu solat? Takkan la main hentam keromo aja. Nabi Muhammad S.A.W. mengajar kita cara solat yang sempurna. Baginda memberitahu kita untuk solat sebagaimana dia solat dan ini termasuklah wuduk, gerakan dalam solat, bacaan dalam solat dan doa selepas solat.'

Seorang pelajar berkata,'Betul la sir kata sebab saya pernah nampak orang takbir setiap rakaat. Bukankah takbir hanya bila nak mula solat da setelah duduk tahhiyat?'

'Betul tu. Nanti ada masa buatlah rujukan balik na, sir taknak kamu just ikut aje apa orang cakap. Sir nak kamu mengkaji agama. Baiklah kita henti di sini shj hari ini, jumpa lagi minggu depan. Salam'

Mungkin tidak banyak yang sempat dikongsi dalam kelas tapi aku harap mereka akan mula mengkaji Islam. Aku harap mereka dapat melihat kecantikan Islam sebagaimana aku lihat.

1 comment:

  1. Assalamu'alaikum...iya byk stail yg kita lihat kalau bersolat. Lg2 kalau kita tengok di masjid yg banyak orang asing...Tapi satu saran satu yakin dengan apa yang anda pelajari.Tak kira la dari PERKIM ka...guru anda ka..atau dr mana guru agama ....

    ReplyDelete