Monday, March 23, 2009

Pemikiran Kritis

Minggu lalu saya pergi ke sebuah workshop tentang pemikiran kritis. Alhamdullilah berjaya jugak mempelajari sesuatu yang baru. Selalunya saya akan melihat al-Quran dalam konteks yang kecil sahaja. Alhamdullilah, ceramah kali ini berjaya membuka mata saya untuk melihat pembacaan dan pemahaman al-Quran dalam konteks yang besar dan menyeluruh.

Dulu bagi saya, al-Quran memberi dan membawa maksud yang terhad sahaja. Oleh yang demikian, maksud dan pemahaman dalam al-Quran hanya sedikit sahaja. Menurut penceramah, kita semua dilahirkan dengan minda yang kritis. Antara lain maksudnya, kita mampu membuat pertimbangan, penaakulan sesuatu perkara. Dengan adannya kurniaan Allah S.W.T. (fikiran yang kritis) Alhamdullilah, kita mampu untuk membezakan yang benar dan palsu. Namun begitu perkara yang paling penting adalah kebolehan kita untuk belajar.

Penceramah memberikan contoh semasa kita bayi dan kecil, kebolehan kita untuk belajar adalah amat mengagumkan. Ini adalah kerana kita belajar dalam konteks yang lebih besar dan tanpa halangan. Jika semasa kecil kita mempunyai kebolehan untuk berfikiran secara kritis, kenapa pula lepas dah besar pemikiran kritis ini sudah tiada? Ada banyak faktor yang mempengaruhi mengapa kita tidak lagi berfikiran secara kritis. Antaranya adalah disebabkan oleh sistem pendidikan yang telah kita lalui. Tanpa disedari, kita terlalu mengikut sistem pendidikan barat yang hanya mementingkan ilmu dari perspektif saintifik yang terhad. Kita menjadi jarang bertanya soalan, jarang berfikir kerana menganggap apa yang kita pelajari itu adalah mencukupi dan benar. Maka dengan itu, pemikiran kita menjadi tumpul, kita menjadi malas berfikir.

And HE it is Who spread out the earth and made therein mountains and rivers, and of fruits of every kind HE made therein two sexes. HE causes the night to cover the day. Therein, verily, are Signs for a people who reflect. [013:003] Translation by Sher Ali.

Kita tidak berfikir banyak apabila mempelajari sesuatu ilmu. Ini termasuklah semasa belajar al-Quran. Kita tak banyak berfikir apakah pengisian dalam ayat-ayat Quran yang berfungsi untuk memimpin kita ke arah Allah S.W.T. Kita hanya nak habis 'khatam' Quran saja. Bukan setakat berbangga malah berkenduri lagi. Kita lupa betapa pentingnya memahami al-Quran. Saya masih lagi jauh dalam bab ni. InsyaAllah saya akan mencuba sedaya upaya.

Oleh yang demikian, kita kena selalu membaca al-Quran walaupun dah abis khatam. Ini kerana setiap kali kita membaca pasti ada pemahaman terbaru yang boleh kita ambil iktibar. Bak kata penceramah 'The Holy Quran is not only a book of knowledge but a book of guidance from Allah S.W.T. Selama ini, al-Quran amat mengagumkan kerana sangat saintifik. Ilmu dari Allah S.W.T. pastinya akan menguji minda sesiapa sahaja yang memikirnya. Selain itu, setelah ceramah ini, saya belajar kita mampu untuk memahami dan menginterpretasi al-Quran dan dengan itu, bersyukur pada Allah kerana bimbinganNya. InsyaAllah.

Ada juga yang mungkin berkata, kita tidak patut menginterpretasikan Quran begitu sahaja kerana mungkin juga akan membawa kepada kesesatan. Kita perlulah faham bahawa sekiranya kita tidak berfikir, bertindak dan membuat kesalahan, kita tidak mungkin akan 'belajar'. Pendidikan barat selalu menutup pintu untuk berfikir secara kritis. Islam menggalakkan kita untuk berfikir secara kritis dalam apa jua keadaan. Sekiranya kita tidak secara terbuka memberikan pendapat dalam sesuatu perkara (samada betul atau salah), kita tidak akan tahu samada kita ini mempunyai fakta yang benar ataupun palsu. Mungkin juga sepanjang hayat kita memahami dan mengamalkan sesuatu yang salah dan menyesatkan sehingga kita mati?

Semasa kecil, kita selalu buat salah, namun diperbetulkan oleh ibu bapa kita. Dari situ kita 'belajar'. Di manakah amalan ini sekarang? Kenapa kita terlalu takut membuat kesilapan? Kita terlalu takut akan dikomen orang lain? Inikah cara kita mencari ilmu? Inikah cara kita mencari keredhaan dari Allah? Hanya dengan mengikut semata-mata, tidak mencari kebenaran?

Tidak, kita perlu berubah, saya perlu berubah. Semoga akan mendapat bimbingan dan hidayah Allah S.W.T. InsyaAllah.

Janganlah kita menutup pintu hati kita (terutamanya anak-anak kita) dari berfikir secara kritis. Jangan pulak kita menghiraukan pertanyaan anak-anak kita dan menyuruh mereka mengikut sahaja. Contohnya:

Anak: Ibu, kenapa burung tu tak terbang?
Ibu : Biarlah, nape nak sibuk pasal burung ni. (tidak memberikan jawapan yang membina)

Sekurang-kurangnya, kita perlulah memberikan perspektif lain untuk anak-anak ini supaya boleh berfikir secara kritis. Jika kita menutup pintu berfikir anak-anak pastinya akan rugi generasi orang muslim akan datang. Jika kita lihat orang-orang yang hebat pada zaman dahulu dan zaman ini dalam apa bidang sekalipun, mereka adalah orang-orang yang mampu berfikir out of the box dan berfikir secara kritis dan kreatif. Lihat sahaja ilmuan Islam seperti Ibn Sina, al-Ghazali.

Kemunduran orang Islam zaman kini mungkin kerana kita malas berfikir secara kritis. Atau lebih tepat adalah kerana kita tidak mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Saya suka sangat pantun ini:

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

Moral of this entry: Marilah kita mula untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Kalau salah pun tak apa kerana demi Allah maha pemaaf. Ar-Rahman nir-Rahim.

4 comments:

  1. Benar Allah beri kita akal untuk berfikir, dengan kritis & kreatif. Dengan itu kita mampu memberi idea-idea baru, dengan rasional & objektif. Namun, dari kacamata Islam, tidak semestinya sesuatu yang keluar dari akal kritikal & kreatif itu betul, malah boleh menyesatkan. Wajar sekali kita selalu merujuk kepada yang lebih berilmu. Benar Allah maha pengampun, namun Allah juga maha keras hukumanNya. Semoga kita menjadi orang pilihanNya. Salam.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana sudi membaca,

    nuttynut,
    Sama-samalah kita belajar agar ilmu kita bertambah.

    Temuk,
    Memang betul apa yang saudara katakan itu. Akan tetapi jika kita tidak berkongsi pendapat maka sampai bila-bila pun kita tidak akan tahu samada apa yang kita praktiskan atau kita fahami itu betul dan sejajar dengan undang-undang Allah (law of Allah). Oleh yang demikian seperti kata saudara kita perlu merujuk kepada yang lebih berilmu dan akhir sekali semak dengan al-Quran dan hadis-hadis sahih.

    Saya rasa antara maha pengampun dengan penghukum yang keras, Allah lebih maha pengampun. Kita tahu bahawa sekiranya kita berbuat sesuatu demi Allah dengan ikhlas maka kita pahala kita akan digandakan 10 kali dan ditulis oleh malaikat. Jika kita berbuat salah maka kesalahan kita tidak akan terus dituliskan tetapi diberikan masa kepada kita untuk bertaubat. Jika kita bertaubat maka kesalahan kita tidak akan dituliskan. Kita manusia pasti akan membuat kesilapan dan Allah memberikan kita ruang untuk membuat kesalahan kerana dengan cara itu sahaja kita boleh 'belajar'.

    wsalam

    ReplyDelete
  3. salam...
    berfikir kritis dan kreatif memang sangat-sangat digalakkan dalam Islam...banyak ayat dalam al-Quran yang menyuruh kita berfikir kritis dan kreatif, tujuannya untuk mencari kebenaran...

    ReplyDelete