Full chronology of the "Allah" Controversy - Final by Fatimah Zuhri
" This is the last time I will talk about this issue. From my
observation the issue is coming to a close now and from what I have
heard a win-win situation will soon be achievable.
1. I did not want to touch this issue but I feel it is important that
everyone (ALL Malaysians) understand the chronology of event relating to
this.
2. First of all, yes Allah is an Arabic word which have been used for
many many years.
3. As a matter of fact, for Muslim, we believe that Islam started from
Adam PBUH. Therefore Adam is the first ever man to use the word. The
issue for Malaysian Muslim has never been about the lose of a "word" but
the future implications of the word.
http://themalaysian insider.com/ index.php/ opinion/breaking -views/49192- al\
lah-future-implicat ions-of-the- high-court- decision- -fatimah- zuhri
<http://themalaysian insider.com/ index.php/ opinion/breaking -views/49192- a\
llah-future- implications- of-the-high- court-decision- -fatimah- zuhri>
4. Now that we have settle that issue, let us look at the chronology of
the controversy.
5. On 7th January 2009, The Herald and The Home Ministry came to a
MUTUAL agreement where the Home Ministry agreed to give permit to The
Herald for its publications if they agree to :
http://thestar. com.my/news/ story.asp? file=/2010/ 1/1/nation/ 5399211&sec= n\
ation
<http://thestar. com.my/news/ story.asp? file=/2010/ 1/1/nation/ 5399211&sec= \
nation>
a) NOT use the word "Allah" in the Malay Bible (High Malay etc)
b) Have the word "LIMITED" printed in the cover of the Bible
c) The Malay Bible should not be used to convert Muslim in Malaysia.
d) The agreement will be annually revised
6. The Herald AGREED to the above rules and a MUTUAL agreement was
achieved with The Home Ministry.
7. Thus, on April 2009, at an International Book Fair, the new version
of the Malay Bible without the word "Allah" was unveiled to all and
sundry.
http://www.alarabiy a.net/articles/ 2009/04/26/ 71464.html
<http://www.alarabiy a.net/articles/ 2009/04/26/ 71464.html>
8. The word "Allah" was replaced with "Elohim" which is also translated
as God.
9. To any rational person, this is a win-win situation no? But as you
can read from the link above, some Christian leaders are still not
satisfied.
10. Magically, on October 2009, 15,000 Bibles containing the word
"Allah" were imported from Indonesia into Malaysia.
http://www.crosswal k.com/11616546/ <http://www.crosswal k.com/11616546/>
11. Now, this move is interesting on two levels :
a) The Herald has MUTUALLY AGREED on 07 January 2009 to NOT use the word
"Allah"
b) The circulation is is 13,000 with a readership of 5,000 ONLY. But
they imported over 15,000 bibles where 10,000 were sent to East Malaysia
while another 5000 were posted to West Malaysia.
12. Anyone who read the Bible in the 60s,70s and 80s in Peninsular
Malaysia would know that there is no word "Allah" either in Malay Bible
or English Bible.
13. The move to import over 15,000 Bibles containing the word "Allah"
were clearly breaking the MUTUAL AGREEMENT earlier in the year and seems
to have some "hidden motive" (5K Malay Bible in West Malaysia)
14. Therefore the Kastam DiRaja Malaysia seized the 15,000 Malay Bibles
from Indonesia.
15. This created uproar amongst the SAME leaders who were dissatisfied
over the new version of Malay Bible in April 2009.
16. They went to the High Court on the basis that The Home Ministry is
restricting their "Human Rights" to practice their religion;
Christianity.
17. Convenient isn't it? You agreed at first, then you break your
promise, then you sued when people take action on you for breaking a
MUTUAL AGREEMENT.
18. Of course as we knew it, on 31st December 2009, Judge Bee Lan from
The High Court agreed that it is against Article 11 of the Malaysian
Constitution and awarded the "victory" to The Herald.
19. In making her decision, Judge Bee Lan chided the Malaysian
Government effort of preventing future racial/religious riot by saying :
" Justice Lau ruled as grounds for her judgement that both the
respondents the minister and the Malaysian government had
failed throughout the trial to prove how the use of the word
"Allah" could threaten national security. "
http://thestar. com.my/news/ story.asp? file=/2010/ 1/1/nation/ 5399211&sec= n\
ation
<http://thestar. com.my/news/ story.asp? file=/2010/ 1/1/nation/ 5399211&sec= \
nation>
20. On early Morning of 8th January 2010, a Church was torched....the
rest are history. Hopefully Judge Bee Lan can finally have her answer.
Mana-mana yang baik daripada blog ini adalah dari Allah S.W.T. Segala pujian bagiNya. Jika ada mana-mana kesalahan dan kesilapan adalah daripada saya sendiri, maka tegurlah saya dan maafkanlah saya.
Saturday, January 16, 2010
Menyingkap Isu Kalimah Allah
Tidak perlu diperjelaskan lagi apakah isu yang menjadi perselisihan di antara sesetengah masyarakat kita di Malaysia. Terdapat pelbagai pendapat dikalangan pihak media, golongan profesional, ahli ugama, pandangan sendiri, juga pandangan dari media luaran. Namun begitu, kita mendapati bahawa reaksi pelbagai pihak menunjukkan sama ada mereka menyokong 100 % atau menentang 100% dimana reaksi pelbagai pihak ini memberikan impak yang mendalam kerana timbullah pelbagai reaksi yang negatif/ persepsi yang buruk kerana tiada penjelasan yang menyeluruh yang diberikan.
Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (surah an-Nisa ayat 59)
Di sini kami telah mengumpulkan fakta-fakta serta penjelasan yang tidak bias kepada satu pihak sahaja. Ini kerana, sebagai seorang Muslim kita haruslah mengajak, menyeru, memanggil atau menganjurkan manusia ke arah kebenaran menggunakan ilmu, bukan bertindak berasaskan emosi dan perasaan serta bukan juga berasaskan penipuan (‘deceiving’ method). Artikel ini diolah hasil dari perbincangan di IIS, ayat2 al-Quran, bible dan juga hasil dari perbincangan dengan sahabat beragama Kristian. Artikel ini bertujuan menerangkan secara terperinci tentang DUA isu utama dalam kes ini.
Kami berharap agar rakan-rakan (tidak mengira Muslim serta bukan Muslim) dapat membaca dengan teliti supaya dapat memahami sama ada perlu atau tidak kalimah Allah digunakan dalam bible dan sama-samalah kita berharap agar isu ini dapat di atasi dengan aman. Insha Allah.
~..~..~..~..~~..~~..~~.~~.~..~..~..~..~~..~~..~~.~~.~..~..~..~..~~..~~..~~.~~.Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (surah an-Nisa ayat 59)
Di sini kami telah mengumpulkan fakta-fakta serta penjelasan yang tidak bias kepada satu pihak sahaja. Ini kerana, sebagai seorang Muslim kita haruslah mengajak, menyeru, memanggil atau menganjurkan manusia ke arah kebenaran menggunakan ilmu, bukan bertindak berasaskan emosi dan perasaan serta bukan juga berasaskan penipuan (‘deceiving’ method). Artikel ini diolah hasil dari perbincangan di IIS, ayat2 al-Quran, bible dan juga hasil dari perbincangan dengan sahabat beragama Kristian. Artikel ini bertujuan menerangkan secara terperinci tentang DUA isu utama dalam kes ini.
Kami berharap agar rakan-rakan (tidak mengira Muslim serta bukan Muslim) dapat membaca dengan teliti supaya dapat memahami sama ada perlu atau tidak kalimah Allah digunakan dalam bible dan sama-samalah kita berharap agar isu ini dapat di atasi dengan aman. Insha Allah.
Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik, Herald - The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya sememangnya mencetuskan polemik. Hakim mahkamah berkenaan, Datuk Lau Bee Lan membuat keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam terbitan akhbar berkenaan atas alasan ia berdasarkan hak di dalam perlembagaan.
Keputusan memihak kepada Herald itu sememangnya isu rumit kerana ia menyentuh sensitiviti agama yang boleh membangkitkan emosi. Malah, ia turut mengundang kemarahan umat Islam negara ini yang mahukan kerajaan dan Majlis Raja-Raja campur tangan.
Kejadian kemudiannya bertambah buruk apabila berlakunya kejadian beberapa gereja dilempar bom. Banyak pihak yang mula menunding jari antara satu sama lain walaupun siasatan masih dijalankan oleh pihak polis. Media massa di luar negara telah mengambil peluang untuk memburuk-burukkan Islam dan negara kita. Saya terpanggil untuk memberikan beberapa komen tentang pendapat-pendapat berikut:
1. Muslim yang bertanggungjawab kerana emosi dan bertindak kerana
Islam
Adalah haram untuk mana-mana Muslim untuk merosakkan rumah ibadat agama lain termasuklah gereja. Ini boleh dilihat dalam hadis berikut:-
Ibn Qudamah kemudian mengulas :
ولأن الصحابة فتحوا كثيرًا من البلاد عنوة فلم يهدموا شيئًا من الكنائس، ويشهد لصحة هذا وجود الكنائس والبيع في البلاد التي فتحت عنوة. ومعلوم أنها ما أحدثت، فيلزم أن تكون موجودة فأبقيت. وقد كتب عمر بن عبد العزيز إلى عماله ألا يهدموا بيعة ولا كنيسة ولا بيت نار، ولأن الإجماع قد حصل على ذلك، فإنها موجودة في بلد المسلمين من غير نكير
Ertinya : Itu adalah kerana walaupun para sahabat membuka banyak negara baru melalui jalan peperangan, tidak sama sekali mereka merobohkan mana-mana gereja...dan Khalifah Umar Abd Aziz menulis kepada petugas-petugasnya agar TIDAK MEROSAKKAN GEREJA, BIARA-BIARA, RUMAH API (TEMPAT IBADAH) , kerana kerana telah Ijma' atas perkara itu, dan tidak dapat dinafikan wujud di negara-negara umat Islam ( Al-Mughni, Jld 10, hlm 609)
Allah S.W.T. turut menyebut dalam surah al-Hajj ayat 40:-
[22:40]
Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan kami ialah Allah". Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa;
Imam Al-Qurtubi pula membawakan kata-kata ulama sebelumnya yang berkata:-
تضمنت هذه الآية المنع من هدم كنائس أهل الذمة ، وبيعهم ، وبيوت نيرانهم
Ertinya : Ayat ini mengandungi larangan meroboh dan merosakkan binaan gereja kafir ahli zimmah, dan biara-biara mereka ( Tafsir Al-Qurtubi, Jld 12, hlm 67)
Tindakan merosakkan binaan ibadat agama lain adalah haram bagi seorang Muslim. Tindakan sesetengah pihak yang cepat menunding jari kepada Islam cuba mengambil kesempatan yang ada untuk memburuk-burukkan agama Islam. Walaupun begitu, tidak dinafikan juga terdapat kemungkinan kejadian ini dilakukan oleh individu Muslim. Sekiranya begitu, individu itu yang harus dipersalahkan dan dihukum, bukannya agama kerana tindakan merosakkan gereja ini dikutuk sekeras-kerasnya.
2. Orang Kristian sendiri yang bakar sebab mahu merosakkan nama
Islam dan mencuri tumpuan
Sebagai seorang Muslim, kita tidak patut cepat melatah dan menunding jari balik kepada orang Kristian. Ini adalah kerana tidak terdapat sebarang bukti yang kukuh untuk mensabitkan kesalahan tersebut, baik kepada orang Islam mahupun Kristian. Kita haruslah adil dan waras semasa membuat sesuatu kenyataan.
Tindakan keganasan juga bukanlah ajaran agama Kristianiti. Sekiranya orang Kristian yang melakukannya maka individu itu sahaja yang haruslah dipersalahkan dan didenda. Sesiapa sahaja yang mempersalahkan agama lain, tidak kira Islam atau Kristianiti haruslah tampil memberikan bukti yang jelas dan bukan setakat bercakap kosong sahaja.
Orang Kristian dan orang Islam kedua-duanya tidak mendapat apa-apa faedah daripada kejadian ini.
3. Pihak ketiga?
Kita tidak patut membuat spekulasi namun tidak dapat disangkal adanya kemungkinan terdapat pihak ketiga yang cuba untuk mengambil peluang atas situasi ‘kalimah Allah’ ini. Pihak ketiga ini, berkemungkinan golongan provokatif daripada luar negara mahupun subversif daripada dalam negara. Media massa di luar negara banyak membuat publisiti buruk tentang Malaysia dan perkara ini merugikan seluruh rakyat Malaysia tidak mengira kaum, bangsa atau agama.
Melihat kepada ketiga-tiga kemungkinan ini, kita haruslah mengambil jalan neural dan adil dengan tidak menunding jari kepada mana-mana pihak sehingga pihak berkuasa berjaya mengenalpasti penjenayah tersebut.
Untuk menjawab isu ‘Kalimah Allah’ ini, kita haruslah cuba untuk melihat daripada pelbagai perspektif dan situasi. Dalam isu ini terdapat dua persoalan utama yang perlu dijawab. Persoalannya adalah seperti berikut:-
Persoalan 1
Bolehkah non-muslim menggunakan kalimah Allah?
Persoalan 2
Bolehkah ‘God’ dalam Bible diterjemahkan sebagai Allah dan bukan Tuhan?
Bolehkah non-muslim menggunakan kalimah Allah?
Kita boleh melihat pelbagai pendapat oleh para ulamak-ulamak dan pemimpin dalam negara. Kita haruslah menghormati pendapat-pendapat mereka. Bagi saya non-muslim diboleh menggunakan kalimah Allah berdasarkan berikut:-
Surah Al-Ankabuut, ayat 61-63
[29:61]
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?
[29:62]
Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (rezeki itu) baginya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
[29:63]
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik).
Dalam Surah Al-Ankabuut, ayat 61-63, didapati adalah dibenarkan untuk menggunakan kalimah Allah apabila merujuk kepada Allah sendiri dan sesuai dengan sifat-sifatNya. Sebagai contohnya jika ada yang mengatakan patung batu dalam tokong itu ialah Allah maka adalah salah dan kerana patung batu itu adalah ciptaan dan bukan penciptaNya.
Surah al-Hajj, ayat 40
[22:40]
Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan kami ialah Allah". Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa;
Dalam surah al-Hajj, ayat 40 didapati nama Allah disebut dalam gereja-gereja.
Kita juga boleh melihat penggunaan kalimah Allah oleh non-muslim dalam Perjanjian Hudaibiah antara Nabi Muhammad S.A.W dengan orang Quraish Mekah dalam hadis berikut:
“Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”. (Sahih Muslim)
Dalam riwayat al-Bukhari pula, Nabi S.A.W menerima bantahan tersebut. Ternyata mereka menggunakan nama Allah.
Walaupun telah terbukti bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang non-Muslim untuk merujuk kepada Allah dan sesuai dengan sifat-sifatnya, kita juga harus ingat bahawa orang non-Muslim termasuk orang Kristian juga menggunakan kalimah Allah dalam konteks yang bercanggah dengan sifat-sifatnya seperti yang dirakamkan dalam surah al-Taubah, ayat 30.
[9:30]
Dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?
Adalah menjadi kesalahan yang sangat besar jika orang non-Muslim ingin menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Allah yang mempunyai anak. Rujuk surah Maryam, ayat 88-90
[19:88]
Dan mereka yang kafir berkata: "(Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak."
[19:89]
Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya!
[19:90]
Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap, -
Betapa besarnya kesalahan mengatakan Allah mempunyai anak sehingga langit nyaris pecah, bumi nyaris terbelah dan gunung-ganang nyaris runtuh ranap. Kesalahan ini begitu serius. Langit nak pecah, bumi nak terbelah, gunung nak runtuh, kita pula buat apa apabila orang Kristian atau Yahudi mengatakan bahawa Allah ada anak? Kita sebagai Muslim pula buat bodoh sahaja. Adapun kita sekadar mencela perbuatan mereka.
Sepatutnya, kita orang Islam haruslah berdakwah kepada mereka. Berkongsi tentang Islam dengan mereka. Orang Islam di Malaysia telah lupa kewajipan berdakwah. Dakwah bermaksud mengajak, menyeru, memanggil atau menganjurkan manusia ke jalan yang benar. Kegiatan dakwah tidak bermaksud untuk mengIslamkan orang non-Muslim kerana sesungguhnya tiada paksaan dalam memeluk Islam. Dakwah hanya sekadar menyampaikan maklumat yang benar tentang agama Islam kepada setiap manusia.
[6:125]
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.
[2:272]
Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadiKan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.
Antara ayat yang menggalakkan agar berdakwah:-
[3:104]
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
[41:33]
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
[22:67]
Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariaatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada ugama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.
Kesimpulan:
Orang non-muslim boleh menggunakan kalimah Allah dengan syarat merujuk kepada Allah sesuai dengan sifat-sifatNya (Asma-ul-Husna).
Bolehkah ‘God’ dalam Bible diterjemahkan sebagai Allah dan bukan Tuhan dalam bible versi Bahasa Melayu (al-Kitab)?
Bagi menyingkap permasalahan ini, kita mengambil beberapa kenyataan orang Kristian yang digunakan untuk menyokong agenda mereka agar dibenarkan penggunaan kalimah Allah untuk bible versi Bahasa Melayu (al-Kitab):-
1. Kalimah Allah bukannya eksklusif untuk orang Islam sahaja
2. Tiada kebebasan beragama di Malaysia
3. Kaum pribumi telah lama menggunakan perkataan Allah
1. Kalimah Allah bukannya eksklusif untuk orang Islam sahaja
Kenyataan ini adalah benar kerana perkataan Allah digunakan oleh ahli-ahli kitab Yahudi dan Nasrani di Tanah Arab. Adalah tidak salah jika di Tanah Arab yang menggunakan perkataan Allah kerana itu merupakan bahasa ibunda mereka dan telah menjadi budaya setempat mereka yang banyak orang Islam untuk merujuk Tuhan sebagai Allah, lagipun bible mereka dalam bahasa Arab.
Walaupun keadaannya begitu di Tanah Arab, kita perlu melihat dalam konteks Malaysia. Di Malaysia, tuhan bagi orang Islam dirujuk sebagai Allah. Perkataan Allah tidak pernah digunakan oleh mana-mana agama lain untuk merujuk kepada tuhan. Penterjemahan perkataan ‘God’ ke dalam Bahasa Melayu ialah ‘Tuhan’ dan bukannya Allah. Dalam Arab pula ialah ‘Ilah’. Perkataan ‘Allah’ merupakan kata nama khas iaitu nama Tuhan. Ini boleh dibuktikan dengan lafaz syahadah ‘…Laa ilaha illalah….’ Yang bermaksud ‘…tiada tuhan selain Allah’.
English - God
B. Melayu - Tuhan
B.Arab - Ilah
Persoalan yang jelas di sini, mengapakah orang Kristian hendak menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam terjemahan bible bahasa Melayu mereka? Apakah agenda sebenar mereka ini untuk menggunakan kalimah Allah? Bukankah penterjemahan dilakukan ke Bahasa Melayu, maka kata ganti yang paling sesuai bagi ‘God’ ialah ‘Tuhan’. Jika tidak pun gunalah perkataan ‘Ilah’ dalam Arab untuk merujuk ‘God’.
Jika benar perkataan Allah adalah paling sesuai, mengapakah mereka tidak menterjemahkan perkataan ‘God’ dalam bible-bible English kepada Allah? Agenda tersembunyi pihak ini agak jelas dan tidak perlu dipanjangkan. Mungkin selepas ini, mereka ingin merujuk sembahyang mereka sebagai solat dan gereja mereka sebagai baitumal?
2. Tiada kebebasan beragama di Malaysia
Islam membenarkan orang non-Muslim termasuklah Kristian untuk menjalankan ibadat masing-masing. Orang Kristian dibenarkan untuk pergi ke gereja, mengajar dan mengerjakan ibadat mereka dengan aman. Dalam isu ini, hak kebebasan beragama tidak ada kena-mengena kerana orang Kristian tidak dikongkong untuk menjalankan ibadat mereka.
Adakah benar terdapat kongkongan agama? Adakah orang Kristian tidak dapat menyebarkan ajaran mereka kepada pengikut-pengikut mereka yang hanya tahu berbahasa Melayu jika kalimah Allah tidak digunakan? Adakah mereka yang membaca bible bahasa Melayu tidak tahu maksud perkataan ‘Tuhan’ untuk merujuk kepada ‘God’ dan hanya memahami perkataan ‘Allah’?
Mengapakah orang Christian tidak mahu menggunakan perkataan daripada manuskip lama mereka yang merujuk kepada ‘God’ seperti Elohim, Elah, Yahweh dan Theos? Mengapa mahu menggunakan perkataan Allah dalam bahasa Arab?
Seperti orang-orang Yahudi yang begitu menjaga nama tuhan mereka sehingga nama itu tidak boleh disebut dan ditulis sebagai tetragrammaton sahaja iaitu YHWH, orang Islam juga berhak menjaga kesucian nama Allah kerana nama Allah terdapat dalam al-Quran.
3. Kaum pribumi telah lama menggunakan perkataan Allah
Pihak Kristian mengatakan bahawa kalimah Allah telah turun-temurun digunakan oleh pribumi Sabah dan Sarawak untuk merujuk kepada Tuhan. Ini adalah satu penipuan yang ingin diketengahkan oleh pihak Kristian kerana penduduk asal setempatnya dalam bahasa mereka masing-masing tidak merujuk ‘God’ atau tuhan sebagai Allah.
Perkataan Allah hanya digunakan oleh orang-orang Islam di Sabah dan Sarawak sejak baru-baru ini. Ini adalah kerana orang Kristian Sabah dan Sarawak hanya menggunakan perkataan Allah apabila buku-buku Bible bahasa Indonesia mula memasuki Sabah dan Sarawak. Dalam bible Bahasa Indonesia itu, perkataan ‘God’ digantikan dengan Allah. Jika benarlah kaum pribumi bukan Muslim turun-temurun menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada God, manakah buktinya?
Seperti yang diterangkan sebelum ini, kita haruslah mengikut konteks Malaysia kerana impak penggunaan kalimah Allah akan memberi kesan kepada penduduk Malaysia.
Penggunaan perkataan Allah dalam bible akan menimbulkan kekeliruan bukan sahaja kepada orang-orang Islam di Malaysia bahkan orang-orang Kristian sendiri juga akan terkeliru. Contohnya jika kita menukarkan ayat-ayat Bible dengan kalimah Allah seperti berikut:
‘Satu hari Yesus keluar ke pergunungan untuk bersembahyang, dan menghabiskan sepanjang malam sembahyang kepada Allah.’ (Lukas 6:12)
‘One of those days Jesus went out to a mountainside to pray, and spent the night praying to Allah.’ (Luke 6:12)
‘…… Allah lebih besar dari saya (Jesus)’ Yohanes 14:28
‘….. Allah is greater than I (Jesus)’ John 14:28
‘Allah yang disembah oleh Abraham, Ishak dan Yakub, Allah nenek moyang kita, telah memuliakan hamba-Nya, Yesus.’ (Kisah Rasul-Rasul 3:13)
‘Allah of Abraham, Isaac and Jacob, Allah of our fathers, has glorified his servant Jesus.’ (Acts 3:13)
‘Yesus dari Nazareth ialah seorang manusia lelaki yang di tugaskan oleh Allah kepada kamu dengan mukjizat, keajaiban dan alamat yang dilakukan oleh Allah di kalangan kamu melalui dia, sepertimana kamu sendiri ketahui.’ (Kisah Rasul-Rasul 2:22)
‘Jesus of Nazareth was a man accredited by Allah to you by miracles, wonders and signs, which Allah did among you through him, as you yourselves know.’ (Acts 2:22)
Dengarlah wahai (bangsa) Israel: Allah Tuhan kita, Tuhan kita satu.’ (Ulangan 6:4)
‘Hear, O Israel: ALLAH our God, ALLAH is one.’ (Deuteronomy 6:4)
28 “Lalu datanglah seorang guru agama mendengarkan percakapan antara Yesus dengan orang-orang dari golongan Saduki itu. Guru agama itu melihat bahwa Yesus sudah menjawab orang-orang itu dengan baik. Maka ia bertanya kepada Yesus, "Perintah manakah yang paling penting dari semua perintah?”
29 “Yang paling utama,” jawab Yesus, “ialah: ‘Dengarlah wahai (bangsa) Israel, Allah Tuhan kita, Tuhan kita satu.’ “ ‘ (Markus 12:28-29)
28 “One of the teachers of the law came and heard them debating. Noticing that Jesus had given them a good answer, he asked him, "Of all the commandments, which is the most important?"
29"The most important one," answered Jesus, "is this: 'Hear, O Israel, Allah our God, Allah is one. “ ‘ (Mark 12:28-29)
‘Engkaulah yang berkuasa dan melaksanakan jasa-jasa yang baik; hanya Engkaulah Allah.’ (Mazmur 86:10)
‘For you are great and do marvelous deeds; you alone are Allah.’ (Psalm 86:10)
‘Akulah yang pertama dan Akulah yang terakhir; tidak ada Allah selain Aku.’ (Yesaya 44:6)
‘I am the first and I am the last; apart from me there is no Allah.’ (Isaiah 44:6)
‘Sesungguhnya Allah bersama kamu, dan tidak ada yang lain; tidak ada Allah yang lain.’ (Yesaya 45:14)
‘Surely Allah is with you, and there is no other; there is no other Allah.’ (Isaiah 45:14)
‘Ingatilah perkara yang berlalu, yang dahulu kala; Akulah Allah, dan tidak ada yang lain; Akulah Allah, dan tiada sesuatu pun yang serupa dengan Ku.’ (Yesaya 46:9)
‘Remember the former things, those of long ago; I am Allah, and there is no other; I am Allah, and there is none like me.’ (Isaiah 46:9)
“Akulah Allah Tuhan kamu, yang membawa kamu keluar daripada Mesir, keluar daripada bumi hamba abdi. Kamu tidak boleh mempunyai Tuhan-Tuhan lain daripada Aku.” (Keluaran 20:2-3; Ulangan 5:6-7)
“I am Allah your God, who brought you out of Egypt, out of the land of slavery. You shall have no other gods before me.” (Exodus 20:2-3; Deuteronomy 5:6-7)
‘Yesus berkata, “…dan beritahu mereka bahawa aku sedang kembali…kepada Allahku dan Allahmu.” ‘ (Yohanes 20:17)
‘Jesus said, “…and tell them, ‘I am returning…to my Allah and your Allah.” ‘(John 20:17)
‘Pada detik yang kesembilan, Yesus menjerit dengan suara yang kuat, “Eli, Eli, lama sabakhthani?” yang bermaksud, “Ya Allahku (ILLAHI), Ya Allahku (ILLAHI), kenapa Engkau meninggalkan Aku?” ‘ (Matius 27:46; Markus 15:34)
‘About the ninth hour Jesus cried out in a loud voice, “Eloi, Eloi, lama sabachthani?” – which means, “Ya Allah, ya Allah, why have you forsaken me?” ‘ (Matthew 27:46; Mark 15:34)
‘Yesus berkata kepada kaum Yahudi, “…Sememangnya kamu sungguh-sungguh mahu membunuh aku, yang hanya seorang manusia lelaki yang telah menyampaikan kebenaran yang aku dengar daripada Allah kepada kamu…” ‘ (Yohanes 8:40)
‘Jesus said to the Jews, “…As it is, you are determined to kill me, a man who has told you the truth that I heard from Allah…” ‘ (John 8:40)
‘ “Tuhan,” kata Martha kepada Yesus, “sekiranya Tuhan berada di sini ketika itu, sudah tentu saudaraku masih hidup. Sungguhpun demikian, aku tahu bahawa di saat ini pun Allah akan mengabulkan apa sahaja yang Tuhan minta.” ‘ (Yohanes 11:21-22)
‘ “Lord,” Martha said to Jesus, “if you had been here, my brother would not have died. But I know that even now Allah will give you whatever you ask.” ‘ (John 11:21-22)
‘Yesus berdoa kepada Allah untuk dirinya dan berkata, “…Maka ini lah hidup yang kekal; agar mereka mengenali Mu, Hanyalah Allah Tuhan yang benar, dan Yesus Kristus yang di utuskan oleh Mu.” ‘ (Yohanes 17:3)
‘Jesus prayed to Allah for himself and said, “…Now this is eternal life; that they may know you, the only true God, and Jesus Christ, whom you have sent.” ‘ (John 17:3)
‘Kerana hanya ada satu Allah dan satu perantara diantara Allah dengan manusia, iaitu manusia lelaki bernama Yesus Kristus…’ (1 Timotius 2:5)
‘For there is one God and one mediator between God and men, the man Christ Jesus…’ (1 Timothy 2:5)
‘…Kita tahu bahawa berhala tidak ada gunanya di dunia dan sesungguhnya tiada Allah melainkan yang satu.’ (1 Korintus 8:4)
‘…We know that an idol is nothing at all in the world and that there is no Allah but one.’ (1 Corinthians 8:4)
‘Wahyu Yesus Kristus, yang disampaikan oleh Allah kepadanya…’ (Wahyu 1:1)
‘The revelation of Jesus Christ, which Allah gave him…’ (Revelation 1:1)
‘Pada hari ketujuh, Allah menyelesaikan pekerjaan-Nya, lalu Dia berehat.’(Kejadian 2:2)
‘By the seventh day Allah had finished the work he had been doing; so on the seventh day he rested…’ (Genesis 2:2)
‘Pada petang itu, mereka mendengar TUHAN Allah berjalan di taman, lalu mereka bersembunyi di antara pokok-pokok supaya tidak dapat dilihat-Nya. Tetapi TUHAN Allah memanggil lelaki itu, “Dimanakah engkau?” ‘ (Kejadian 3:8-9)
‘Then the man and his wife heard the sound of the LORD Allah as he was walking in the garden in the cool of the day, and they hid from the LORD Allah among the trees of the garden. But the LORD God called to the man, ”Where are you?” ‘(Genesis 3:8-9)
‘Makhluk itu berkata, “Namamu bukan Yakub lagi. Engkau telah bergomol dengan ALLAH serta manusia, dan engkau sudah menang; kerana itu sekarang namamu Israel.” ‘ (Kejadian 32:28)
‘Then the being said, “Your name will no longer be Jacob, but Israel, because you have wrestled with Allah and with men and have overcome.” ‘ (Genesis 32:28)
‘Yesus menjawab, “Berimanlah kepada Allah.” ‘ (Markus 11:22)
‘ “Have faith in Allah,” Jesus answered.’ (Mark 11:22)
APAKAH setiap ayat yang merujuk kepada Tuhan Bapa di dalam Kitab suci Kristian juga akan di tukar kepada “ALLAH”?
APAKAH istilah “ALLAH” hanya akan diguna pakai di dalam terjemahan Bahasa Malaysia sahaja? KENAPAKAH hanya terhad kepada terjemahan Bahasa Malaysia sahaja? APAKAH Tuhan Bapa yang ada di dalam terjemahan Bahasa Malaysia tidak sama dengan Tuhan Bapa yang ada di dalam versi bahasa-bahasa lain dan tidak boleh bernama “ALLAH” juga? BERAPAKAH jumlah sebenarnya Tuhan Bapa di dalam agama Kristian?
Kitab suci terjemahan Bahasa yang MANAKAH yang patut penganut Kristian pakai jika hanya kitab terjemahan di dalam Bahasa Malaysia sahaja yang merujuk Tuhan Bapa sebagai “ALLAH” manakala kitab terjemahan di dalam bahasa-bahasa lain pula tidak berbuat demikian?
KENAPAKAH Tuhan Bapa sahaja yang menukar namaNYA? APAKAH nanti Tuhan Ruhul Kudus dan Tuhan Yesus masing-masing akan turut menukarkan nama-nama mereka juga?
BUKANKAH selama ini penduduk seluruh dunia termasuklah juga Kristian Barat semuanya umum ketahui bahawa hanya orang-orang Islam sahaja yang memanggil Tuhan mereka dengan nama “ALLAH”? KENAPAKAH tiba-tiba agama Kristian hendak meniru dan memakai nama Tuhan orang-orang Islam? APAKAH Tuhan orang-orang Kristian kini sudah kehilangan pengaruh dan kehebatan atau MUNGKINKAH orang-orang Kristian sendiri sudah hilang keyakinan kepada Tuhan mereka sehingga terpaksa meminjam nama Tuhan orang-orang Islam yang bernama “ALLAH”?
TIDAKKAH orang-orang Kristian merasa pelik dan terkejut seolah-olah mereka dimurtadkan oleh gereja apabila mereka tiba-tiba diperintah beriman dengan Tuhan yang bernama “ALLAH” sedangkan kepada mereka “ALLAH” itu ialah Tuhan orang-orang Islam?
SAHKAH ibadah orang-orang Kristian apabila mereka tiba-tiba menyembah Tuhan yang bernama “ALLAH” yang namaNYA sama seperti nama Tuhan orang-orang Islam sedangkan kepercayaan orang-orang Islam tidak sama dengan kepercayaan orang-orang Kristian?
TERANCAMKAH institiusi agama Kristian apabila pengunaan nama “ALLAH” oleh gereja akan lebih membantu usaha dakwah oleh orang-orang Islam kepada orang-orang Kristian kerana orang-orang Kristian kini sudah mengenali Tuhan sebagai “ALLAH”?
SELAMATKAH pegangang agama orang-orang Kristian apabila pengunaan nama “ALLAH” oleh gereja sebenarnya memudahkan lagi laluan bagi orang-orang Islam menyebarkan ajaran Islam kepada penganut Kristian dengan memulakan perbualan tentang ketuhanan “ALLAH” di dalam agama Islam?
TERGONCANGKAH iman orang-orang Kristian apabila mereka mendapati bahawa “ALLAH” di dalam Islam bukanlah tiga di dalam satu tetapi hanyalah satu sahaja dan amat mudah di terima oleh akal kerana Dia wujud dengan sendiri NYA lagi tidak beranak dan tidak diperanakkan serta tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan NYA?
Akan TERSENTUHKAH hati orang-orang Kristian apabila di beritahu oleh kenalan Islam bahawa “ALLAH” orang-orang Islam juga sayang kepada Yesus sehinggakan semua penganut agama Islam diperintahkan oleh NYA supaya beriman kepada Yesus sepertimana mereka sayang dan beriman kepada Nabi Muhammad mereka?
Di sini sahaja kita boleh melihat pelbagai reaksi, persoalan dan kekeliruan yang timbul. Bahkan ada juga orang-orang Kristian yang kebanyakkannya bermazhab protestan tidak setuju dengan penggunaan kalimah Allah untuk digantikan dengan perkataan ‘God’. Walaupun tidak bersetuju, mereka mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Jika dilihat di arena antarabangsa pula, seluruh badan-badan agama Kristian tidak bersetuju untuk menukarkan perkataan God kepada Allah.
Bagi saya, jika orang Kristian terus menggunakan nama Allah untuk merujuk kepada Tuhan yang Maha Esa, maka itu bukanlah perkara buruk dan ini banyak membantu dalam kerja-kerja dakwah. Namun begitu, kita harus mengambil kira muslim-muslim di Malaysia yang rata-rata lemah dalam bab akidah. Kumpulan ini mudah dipesongkan dari jalan Allah yang benar tetapi Perlembagaan Malaysia tidak membenarkan agama lain menyebarkan ajaran mereka kepada orang Islam di Malaysia menyebabkan mereka selamat . Tapi persoalannya sampai bilakah kita hendak menggunakan Perlembagaan Malaysia untuk melindungi akidah orang-orang Islam di Malaysia?
Kini zaman sudah berubah, maklumat mudah tersebar dalam internet dan tiada kawalan dalam penyebaran agama lain kepada orang-orang Islam di Malaysia. Bila lagikah kita mahu mula memperkasakan akidah kita?
Kesimpulan:
Dalam konteks Malaysia, perkataan ‘God’ dari Bible tidak patut diterjemah sebagai ‘Allah’ dalam al-Kitab atau Bible bahasa Melayu.
[Sekian, kami beharap agar rakan-rakan dapat penjelasan yang sebaiknya. Kami meminta jasa baik rakan-rakan agar kita sama-sama menyebarkan artikel ini yang diolah hasil dari perbincangan di IIS. Kepada sesiapa yang ingin menterjemahkan artikel ini kepada bahasa yang lain adalah amat2 dialukan, tetapi pastikan ianya mempunyai struktur dan makna yang tidak lari dari artikel asal. Sekiranya terdapat salah dan silap, diharap emailkan ke cheehongz@gmail.com Terima kasih.]
-CH & NJ-
Friday, January 8, 2010
Christians and Allah
All of this fuss will never end. Each individual have their own opinion on this issue. It’s best to follow what Prophet Muhammad S.A.W. saying; when we are in differ about any issue what we need to do is to refer back to the al-Quran and his Sunnah.
Before I give any comments, we need to know what the the Quran says about the Christians. This is important so that there are no confusion between the difference of Islam and Christians.
[002:133]
Were ye witnesses when death appeared before Jacob? Behold, he said to his sons: "What will ye worship after me?" They said: "We shall worship Thy God and the God of thy fathers, of Abraham, Isma'il and Isaac,- the one (True) God: To Him we bow (in Islam)."
[002:134]
That was a people that hath passed away. They shall reap the fruit of what they did, and ye of what ye do! Of their merits there is no question in your case!
[002:135]
They say: "Become Jews or Christians if ye would be guided (To salvation)." Say thou: "Nay! (I would rather) the Religion of Abraham the True, and he joined not gods with God."
[002:136]
Say ye: "We believe in God, and the revelation given to us, and to Abraham, Isma'il, Isaac, Jacob, and the Tribes, and that given to Moses and Jesus, and that given to (all) prophets from their Lord: We make no difference between one and another of them: And we bow to God (in Islam)."
[002:137]
So if they believe as ye believe, they are indeed on the right path; but if they turn back, it is they who are in schism; but God will suffice thee as against them, and He is the All-Hearing, the All-Knowing.
[002:138]
(Our religion is) the Baptism of God: And who can baptize better than God? And it is He Whom we worship.
[002:139]
Say: Will ye dispute with us about God, seeing that He is our Lord and your Lord; that we are responsible for our doings and ye for yours; and that We are sincere (in our faith) in Him?
[002:140]
Or do ye say that Abraham, Isma'il Isaac, Jacob and the Tribes were Jews or Christians? Say: Do ye know better than God? Ah! who is more unjust than those who conceal the testimony they have from God? but God is not unmindful of what ye do!
[002:141]
That was a people that hath passed away. They shall reap the fruit of what they did, and ye of what ye do! Of their merits there is no question in your case:
Once you read these verses from the Holy Quran, you will find that Allah gave revelation to Abraham, Ismail, Isaac, Jacob, the tribes, Moses, Jesus, Muhammad S.A.W. and all the prophets. However, Jews and Christians is already off the path the Religion of Abraham.
[003:067]
Abraham was not a Jew nor yet a Christian; but he was true in Faith, and bowed his will to God's (Which is Islam), and he joined not gods with God.
The Christians today claimed that Jesus PBUH is the son of Allah. Allah S.W.T. explains to us some details in the Nobel Quran verse 5:12-10. I wont post it here though, you need to read up by your self. Lets examine what Allah says regarding Jesus as Son of Allah in the Quran:-
[009:030]
And the Jews say: Uzair is the son of Allah; and the Christians say: The Messiah is the son of Allah; these are the words of their mouths; they imitate the saying of those who disbelieved before; may Allah destroy them; how they are turned away!
[112:003]
He(Allah S.W.T.) begetteth not, nor is He begotten;
[005:017]
In blasphemy indeed are those that say that God is Christ the son of Mary. Say: "Who then hath the least power against God, if His will were to destroy Christ the son of Mary, his mother, and all every - one that is on the earth? For to God belongeth the dominion of the heavens and the earth, and all that is between. He createth what He pleaseth. For God hath power over all things."
As a conclusion, the Christians are people who claim to follow Prophet Jesus PBUH but they are actually led astray by following man-made religion. For Christian readers, please take note that this is what Allah S.W.T. revealed to us in the Nobel Quran. Even the Bible itself agrees that Jesus is not the son of Allah. (I can prove this; you just need to email me)
Now that the difference between Christians and Islam is clear, let us proceed to the issue of the Christians using the word ‘Allah’. I examine this verse many times and I find that its best to settle this issue.
[029:046]
And argue not with the People of the Scripture unless it be in (a way) that is better, save with such of them as do wrong; and say: We believe in that which hath been revealed unto us and revealed unto you; our God and your God is One, and unto Him we surrender.
Considering the fast that Christians were once not astray and follows the Scripture, in my personal opinion Christians are allowed to use the word Allah because Allah S.W.T is the one and only God.
The Malays in Malaysia are worried if the Muslims will be confused. I think anyone who reads the Quran (muslim or non-muslim) will know who are the Christians and what is their relationship with Allah. Rather than the Muslims getting confused, I personally feel by allowing Christians using the word ‘Allah’ will benefit us because at least they know that their Lord is Allah.
The one and only scripture on earth that have the word ‘Allah’ is from the Holy Quran. If you choose to accept Allah as your God, then you are on the right path. Read the scriptures (Bible, Torah and Quran), you will know which religion is the True path. I chose Islam, how about you?
Before I give any comments, we need to know what the the Quran says about the Christians. This is important so that there are no confusion between the difference of Islam and Christians.
[002:133]
Were ye witnesses when death appeared before Jacob? Behold, he said to his sons: "What will ye worship after me?" They said: "We shall worship Thy God and the God of thy fathers, of Abraham, Isma'il and Isaac,- the one (True) God: To Him we bow (in Islam)."
[002:134]
That was a people that hath passed away. They shall reap the fruit of what they did, and ye of what ye do! Of their merits there is no question in your case!
[002:135]
They say: "Become Jews or Christians if ye would be guided (To salvation)." Say thou: "Nay! (I would rather) the Religion of Abraham the True, and he joined not gods with God."
[002:136]
Say ye: "We believe in God, and the revelation given to us, and to Abraham, Isma'il, Isaac, Jacob, and the Tribes, and that given to Moses and Jesus, and that given to (all) prophets from their Lord: We make no difference between one and another of them: And we bow to God (in Islam)."
[002:137]
So if they believe as ye believe, they are indeed on the right path; but if they turn back, it is they who are in schism; but God will suffice thee as against them, and He is the All-Hearing, the All-Knowing.
[002:138]
(Our religion is) the Baptism of God: And who can baptize better than God? And it is He Whom we worship.
[002:139]
Say: Will ye dispute with us about God, seeing that He is our Lord and your Lord; that we are responsible for our doings and ye for yours; and that We are sincere (in our faith) in Him?
[002:140]
Or do ye say that Abraham, Isma'il Isaac, Jacob and the Tribes were Jews or Christians? Say: Do ye know better than God? Ah! who is more unjust than those who conceal the testimony they have from God? but God is not unmindful of what ye do!
[002:141]
That was a people that hath passed away. They shall reap the fruit of what they did, and ye of what ye do! Of their merits there is no question in your case:
Once you read these verses from the Holy Quran, you will find that Allah gave revelation to Abraham, Ismail, Isaac, Jacob, the tribes, Moses, Jesus, Muhammad S.A.W. and all the prophets. However, Jews and Christians is already off the path the Religion of Abraham.
[003:067]
Abraham was not a Jew nor yet a Christian; but he was true in Faith, and bowed his will to God's (Which is Islam), and he joined not gods with God.
The Christians today claimed that Jesus PBUH is the son of Allah. Allah S.W.T. explains to us some details in the Nobel Quran verse 5:12-10. I wont post it here though, you need to read up by your self. Lets examine what Allah says regarding Jesus as Son of Allah in the Quran:-
[009:030]
And the Jews say: Uzair is the son of Allah; and the Christians say: The Messiah is the son of Allah; these are the words of their mouths; they imitate the saying of those who disbelieved before; may Allah destroy them; how they are turned away!
[112:003]
He(Allah S.W.T.) begetteth not, nor is He begotten;
[005:017]
In blasphemy indeed are those that say that God is Christ the son of Mary. Say: "Who then hath the least power against God, if His will were to destroy Christ the son of Mary, his mother, and all every - one that is on the earth? For to God belongeth the dominion of the heavens and the earth, and all that is between. He createth what He pleaseth. For God hath power over all things."
As a conclusion, the Christians are people who claim to follow Prophet Jesus PBUH but they are actually led astray by following man-made religion. For Christian readers, please take note that this is what Allah S.W.T. revealed to us in the Nobel Quran. Even the Bible itself agrees that Jesus is not the son of Allah. (I can prove this; you just need to email me)
Now that the difference between Christians and Islam is clear, let us proceed to the issue of the Christians using the word ‘Allah’. I examine this verse many times and I find that its best to settle this issue.
[029:046]
And argue not with the People of the Scripture unless it be in (a way) that is better, save with such of them as do wrong; and say: We believe in that which hath been revealed unto us and revealed unto you; our God and your God is One, and unto Him we surrender.
Considering the fast that Christians were once not astray and follows the Scripture, in my personal opinion Christians are allowed to use the word Allah because Allah S.W.T is the one and only God.
The Malays in Malaysia are worried if the Muslims will be confused. I think anyone who reads the Quran (muslim or non-muslim) will know who are the Christians and what is their relationship with Allah. Rather than the Muslims getting confused, I personally feel by allowing Christians using the word ‘Allah’ will benefit us because at least they know that their Lord is Allah.
The one and only scripture on earth that have the word ‘Allah’ is from the Holy Quran. If you choose to accept Allah as your God, then you are on the right path. Read the scriptures (Bible, Torah and Quran), you will know which religion is the True path. I chose Islam, how about you?
Subscribe to:
Posts (Atom)