Assalamualaikum,
Ramadan sudah tiba. Dah tiga hari puasa, tiada masalah lagi. Kesihatan semakin baik. Tidur dah berjaya dikurangkan dan badan rasa segar. Sempena bulan ramadan, kita umat Islam diwajibkan berpuasa. Perkara ini adalah jelas dalam surah Baqarah 183-187.
[2:183]
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
[2:184]
(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.
[2:185]
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
[2:186]
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
[2:187]
Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.
Perkataan bertakwa seperti dalam translasi bahasa Melayu itu juga membawa maksud 'self-restrain' iaitu untuk mengawal nafsu kita. Dengan berpuasa kita dapat mengawal nafsu kita dan kita akan sentiasa berasa bersyukur kepada Allah kerana limpah kurniaNya. Jika kita mahu Allah kabulkan doa kita maka kita haruslah mengikuti perintahNya, beriman kepadaNya serta menjadi baik dan betul. Ini termasuklah perintah untuk berpuasa pada bulan Ramadan. Untung-untung-untungnya berpuasa.
Sahih Bukahri, Volume 3, Book 31, Number 133:
Narrated Abu Huraira:
The Prophet or Abu-l-Qasim said, "Start fasting on seeing the crescent (of Ramadan), and give up fasting on seeing the crescent (of Shawwal), and if the sky is overcast (and you cannot see it), complete thirty days of Sha'ban."
Bermulanya Ramadan apabila melihat anak bulan maka kita pun bermula berpuasa. Kadang-kadang tidak nampak anak bulannya maka kita pun genapkan Shaaban dan baru mula berpuasa. Kita juga boleh henti berpuasa apabila melihat anak bulan pada Shawal.
Sahih Bukahri, Volume 3, Book 31, Number 134:
Narrated Um Salama:
The Prophet vowed to keep aloof from his wives for a period of one month, and after the completion of 29 days he went either in the morning or in the afternoon to his wives. Someone said to him "You vowed that you would not go to your wives for one month." He replied, "The month is of 29 days."
Disebabkan dengan melihat anak bulan untuk menentukan masuknya bulan Ramadan dan Shawal, kadang-kala bulan Ramadan hanyalah 29 hari. Mungkin sebab itulah ada sesetengah negara yang berhari raya sehari lebih awal daripada kita. :p
Sahih Bukahri, Volume 3, Book 31, Number 138:
Narrated Abu Huraira:
The Prophet said, "None of you should fast a day or two before the month of Ramadan unless he has the habit of fasting (Nawafil) (and if his fasting coincides with that day) then he can fast that day."
Ada juga antara kita yang ingin berpuasa sehari dua sebelum start puasa. Konon-kononnya untuk 'warm up'. Sebenarnya, Nabi Muhammad S.A.W. telah melarang untuk berbuat demikian kecuali bagi mereka yang sudah biasa berpuasa. Jadi janganlah berpuasa sehari dua sebelum mulanya Ramadan kecuali jika bagi mereka yang sudah biasa berpuasa.
Perkara yang paling saya suka ialah bersahur. Kita kena bangun awal pagi dan bersedia.
Sahih Bukahri, Volume 3, Book 31, Number 144:
Narrated Anas:
Zaid bin Thabit said, "We took the Suhur with the Prophet . Then he stood for the prayer." I asked, "What was the interval between the Suhur and the Adhan?" He replied, "The interval was sufficient to recite fifty verses of the Quran."
Persoalannya disini ialah bilakah waktunya bersahur? Jika dilihat daripada hadis diatas, masa bersahur adalah lebih kurang bacaan 50 potong ayat Quran sebelum masuk waktu Subuh/azan. Ada orang yang mengatakan apabila masuk waktu imsak kena henti makan dan minum, saya tidak tahu mereka mengatakan demikian berdasarkan dalil apa tetapi setakat ini tak nampak lagi mana-mana hadis yang mengatakan demikian.
Sahih Bukahri, Volume 3, Book 31, Number 146:
Narrated Anas bin Malik:
The Prophet said, "Take Suhur as there is a blessing in it."
Sahih Muslim, Book 35, Number 2413:
'Amr b. al-'As reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: The difference between our fasting and that of the people of the Book is eating shortly before dawn.
Antara sebab yang penting untuk bersahur ialah terdapat 'blessing' dari Allah apabila kita bersahur. Bersahur juga merupakan perbezaan antara puasa kita dan puasa ahli kitab. Oleh yang demikian janganlah kita tinggalkan sahur. Rajin-rajinlah saya dan kita semua bangun bersahur. Ada antara kita yang 'bersahur' lalu tidur dan bangun pada waktu subuh. Saya merasakan 'bersahur' sebelum tidur itu bukanlah sahur tetapi hanya perbuatan makan sahaja. Ini kerana Nabi Muhammad memberitahu waktu sahur adalah lebih kurang dalam 50 ayat dari azan/subuh.
Sahih Muslim, Book 4, Number 1647:
Ibn 'Umar reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: The night prayer consists of pairs and when you see the approach of dawn, make this number odd by one rak'ah. It was said to Ibn 'Umar: What does the (word) pair imply? He said: (It means) that salutation is uttered after every two rak'ahs.
Sahih Muslim, Book 4, Number 1663:
Abu Huraira reported: The Messenger of Allah (may peace be upon him) used to exhort (his Companions) to pray (at night) during Ramadan without commanding them to observe it as an obligatory act, and say: He who observed the night prayer in Ramadan because of faith and seeking his reward (from Allah), all his previous sins would be forgiven. When Allah's Messenger (may peace be upon him) died, this was the practice, and it continued thus during Abu Bakr's caliphate and the early part of 'Umar's caliphate.
Antara perkara yang patut kita syukurkan ialah nikmat tarawih pada bulan Ramadan. Walaupun bukanlah suatu perkara yang wajib tetapi sesiapa yang solat malam (tarawih) pada Ramadan kerana takwa dan 'reward' dari Allah maka semua dosa-dosa lalunya akan dimaafkan. Siapa yang taknak betul tak? Tapi jangan la paksa2 orang lain terawih. Ini perlulah dilakukan dengan ikhlas.
Sahih Bukahri, Volume 3, Book 31, Number 154:
Narrated Abu Huraira:
The Prophet said, "If somebody eats or drinks forgetfully then he should complete his fast, for what he has eaten or drunk, has been given to him by Allah." Narrated 'Amir bin Rabi'a, "I saw the Prophet cleaning his teeth with Siwak while he was fasting so many times as I can't count." And narrated Abu Huraira, "The Prophet said, 'But for my fear that it would be hard for my followers, I would have ordered them to clean their teeth with Siwak on every performance of ablution." The same is narrated by Jabir and Zaid bin Khalid from the Prophet who did not differentiate between a fasting and a nonfasting person in this respect (using Siwak). Aisha said, "The Prophet said, "It (i.e. Siwak) is a purification for the mouth and it is a way of seeking Allah's pleasures." Ata' and Qatada said, "There is no harm in swallowing the resultant saliva."
Kadang-kadang tanpa disedari jika kita terlupa kita puasa dan termakan atau terminum maka tidak batal puasanya kerana diberikan oleh Allah S.W.T. Ucaplah 'Alhamdullilah'. :p
Tapi jangan pulak ada antara kita yang buat2 terlupa dan makan sudahlah.
Dulu saya selalu tanya boleh tak gosok gigi kerana bau mulut terlalu busuk. Bagi saya Nabi Muhammad S.A.W. telah menggalakkan kita menggosok gigi. Sekurang-kurangnya gosoklah gigi setiap kali hendak wudu'. Jika Nabi S.A.W. tidak membezakan siwak pada masa biasa dan pada masa puasa untuk kebersihan mulut dan mencegah bau busuk mulut, siapakah kita untuk memberitahu tidak dibenarkan/ makruh untuk gosok gigi? Walaupun ada sesetengah orang membezakan berus gigi dan bersiwak tetapi tujuannya tetap sama. Bersiwak pun perlukan sedikit kebasahan pada akar sugi yang digunakan. Menggosok gigi pula tidak membatalkan puasa kerana bukannya kita menelan air kumuhan.
Tiada masalah dalam menelan air liur. Tak batal puasa pun. Dulu ada orang (muslim) bagitau saya batal puasa....
Kadang-kala bagi yang wanita, mereka tidak boleh berpuasa apabila datang bulan. Orang yang bermusafir pulak dibenarkan untuk memilih untuk berpuasa atau tidak. Jangan la terkejut jika kita nampak ada orang tak puasa kerana mereka ada hak untuk tidak berpuasa (datang bulan/musafir).
Sahih Bukahri, Volume 3, Book 31, Number 164:
Narrated 'Aisha:
(the wife of the Prophet) Hamza bin 'Amr Al-Aslami asked the Prophet, "Should I fast while traveling?" The Prophet replied, "You may fast if you wish, and you may not fast if you wish."
Sahih Bukahri, Volume 3, Book 31, Number 168:
Narrated Anas bin Malik:
We used to travel with the Prophet and neither did the fasting persons criticize those who were not fasting, nor did those who were not fasting criticize the fasting ones.
Ada kalanya dalam keadaan tertentu seperti apabila bermusafir dan berpuasa, dan jika kita menyusahkan orang di sekeliling kita yang tidak berpuasa (juga musafir) maka adalah lebih baik kita tidak berpuasa. Kadang-kadang juga jika kita bermusafir dan berpuasa lalu tidak mempunyai tenaga untuk melakukan pekerjaan maka adalah lebih baik kita tidak berpuasa.
Sahih Bukahri, Volume 3, Book 31, Number 167:
Narrated Jabir bin 'Abdullah:
Allah's Apostle was on a journey and saw a crowd of people, and a man was being shaded (by them). He asked, "What is the matter?" They said, "He (the man) is fasting." The Prophet said, "It is not righteousness that you fast on a journey."
Sahih Muslim, Book 35, Number 2485:
Anas (Allah be pleased with him) reported that the Messenger of Allah (may peace be upon him) was journeying (along with his Companions). Some of them had observed the fast whereas the others had broken it. Those who did not fast girded up their loins and worked, but the observers of the fast were too weak to work. Upon this he (the Apostle of Allah) said: Today the breakers of the fast have gone with the reward.
Sahih Muslim, Book 6, Number 2484:
Anas (Allah be pleased with him) reported: We were with the Apostle of Allah (may peace be upon him) on a journey. Some of us had been observing the fast and some of us had not been fasting. We got down at a place on a hot day. Most of us had the cloth for shelter.
There were also those amongst us who sheltered (themselves against the rays of the) sun with the help of their hands. The observers of the fast fell down (on account of weakness). Those who had not observed it got up and pitched tents and watered the mounts.
Thereupon the Messenger of Allah (may peace be upon him) said: The breakers of the fast have taken away the reward today.
Kalau dah tak puasa tu maka kenalah gantikan sebanyak bilangan hari yang tidak berpuasa. Ini boleh dilihat pada ayat Quran 2:184 dan 2:185. Jika ada kematian dan masih belum gantikan puasa maka, ibubapa atau penjaganya perlulah gantikan puasa itu. Hutang perlu dibayar walaupun sudah tiada di dunia.
Sahih Bukahri, Volume 3, Book 31, Number 173:
Narrated 'Aisha:
Allah's Apostle said, "Whoever died and he ought to have fasted (the missed days of Ramadan) then his guardians must fast on his behalf."
Apabila tibanya waktu magrib dimana matahari jatuh maka kita haruslah berbuka dengan cepat. Bula bersahur haruslah dilambat2kan. Inilah cara Nabi Muhammad S.A.W. bersahur dan berbuka. Saya dapati dengan cara ini, apabila kita berpuasa kita tidak akan merasa penat atau mengantuk.
Sahih Muslim, Book 35, Number 2417:
Sahl b. Sa'd (Allah be pleased with him) repotted Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: The people will continue to prosper as long as they hasten the breaking of the fast.
Sahih Muslim, Book 35, Number 2420:
Abu 'Atiyya reported: I and Misruq went to 'A'isha (Allah be pleased with her) and Masruq said to her: There are two persons among the Companions of Muhammad (may peace be upon him) none of whom abandons the good, but one of them hastens to observe sunset prayer and break the fast, and the other delays in observing the sunset prayer and in breaking the fast, whereupon she said: Who hastens to observe sunset prayer and break the fast? He said: It is 'Abdullah. Upon this she said: This is how the Messenger of Allah(may peace be upon him) used to do.
Begitulah serba sedikit celoteh saya pada bulan Ramadan ini. Semua yang diatas ini hanyalah pendapat serta sedikit daripada bacaan saya tentang bulan Ramadan. Jika ada yang salah dan silap minta dikongsi bersama kerana saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan.