Friday, June 24, 2016

Herd Immunity (Ada apa dengan Lembu?)

Saban hari, kita mendengar ramai yang menggunakan perkataan ini. Malah ada juga pihak yang salah guna perkataan ini untuk menakutkan orang ramai. Ada ramai yang mengutuk dan ada juga yang mempertahankan herd immunity atau imuniti kelompok ini.

Malah herd immunity atau immuniti kelompok sebenarnya adalah asas yang digunakan untuk menbuat polisi penvaksinan. Oleh itu, teori immuniti kelompok ini sepatutnya diketahui kebenarannya.



SEJARAH RINGKAS

Istilah ini mula dilihat  dalam kertas jurnal yang diterbitkan pada 1923 oleh Topley dan Wilson yang bertajuk 'The spread of bacterial infection: the problem of herd immunity'. Kajian mereka kepada tikus makmal menunjukkan bahawa tikus yang diimunisasi (bukan vaksinasi, tetapi tikus yang dijangkiti dan menghasilkan antibodi semulajadi) mempunyai kadar kematian yang lebih rendah serta kemungkinan yang lebih rendah untuk menyebarkan bakteria.

Idealogi ini kemudiannya diguna pakai dalam vaksinasi. Vaksinasi diangkat sebagai kaedah untuk memberikan imunisasi kepada manusia. Dengan adanya individu-individu yang mempunyai imunisasi, ia akan memberikan perlindungan kepada populasi-populasi manusia daripada jangkitan penyakit. Dengan nada yang sama, vaksinasi diharapkan dapat membasmi penyakit-penyakit tertentu.

Dalam kertas kerja yang dibentangkan oleh Fine, 1993 terdapat pelbagai model matematik yang digunakan untuk menyokong bagaimana vaksinasi mampu untuk memberikan kesan immuniti kelompok. Dari situlah mereka dapat polisi untuk mevaksinkan 95% populasi bagi mencapai immuniti kelompok.



MASALAH IMUNITI KELOMPOK

Menurut Fine et al, 2011, kebanyakan teori-teori awal tentang immuniti kelompok ini dilakukan dengan tanggapan bahawa vaksin memberikan imuniti yang sempurna terhadap jangkitan. Dalam erti kata lain, vaksin dianggap berkesan 100% dan memberikan perlindungan sepanjang hayat.

Namun tanggapan (assumption) bahawa vaksin mampu untuk memberikan imunisasi yang berkesan mahupun perlindungan jangkamasa panjang jelas dibuktikan salah pada hari ini. Berdasarkan model matematik yang digunakan seperti dalam Fine 1993, walaupun seluruh populasi (semua individu) divaksinasikan, ini bermakna bahawa penyakit tidak mungkin boleh dibasmikan.

Immuniti Vaksin tidak tahan lama
Ini boleh dilihat pada imuniti yang terbit daripada vaksinasi mula susut (waning immunity), contohnya pada vaksin pertusis yang didapati tidak berkesan selepas 3 tahun (CDC). Ini bermakna kebanyakkan daripada kita yang dewasa sebenarnya sudah tiada imuniti kepada penyakit walaupun telah divaksinkan pada masa kecil. Dan kita sebenarnya tiada bezanya dengan kanak-kanak atau bayi yang tidak divaksinkan, mampu untuk menjadi pembawa kepada penyakit.

Vaksin adalah tidak 100% berkesan
Vaksin yang dianggap memberikan perlindungan yang lengkap juga sebenarnya kurang berkesan. Contoh yang baik boleh dilihat dalam usaha untuk membasmi polio di India, vaksin monovalen (vaksin polio standard melalui oral) memberikan perlindungan yang sedikit sahaja. Selain itu, vaksin Dtap pula dibuktikan hanya 53-64% berkesan sahaja (setelah booster shot yang lengkap).

Vaksin tidak halang jangkitan
Antara tanggapan lain yang dibuat adalah, individu yang divaksin tidak akan menyebarkan jangkitan. Kajian Merkel et al 1993 dalam model primate bukan manusia, individu yang divaksin tidak akan menunjukkan kesan buruk penyakit tapi masih mampu untuk menyebarkan penyakit kepada yang lain

Dengan sebab-sebab yang telah dihurai dengan serba ringkas di atas, jelas vaksinasi tidak mampu untuk menghasilkan imunisasi yang mampu memberikan kesan imuniti kelompok.  



KESIMPULAN

Mana-mana pihak yang ingin mengaitkan penvaksinan dengan imuniti kelompok perlu untuk membuktikan bahawa vaksin adalah kesannya berpanjangan, adalah efektif dan berkesan serta mampu untuk menghalang jangkitan



Pesanan penulis: 

Penulisan ini hanya untuk membuka kepada perbincangan berkaitan dengan herd immunity atau imuniti kelompok. Adalah tidak bermoral untuk mengaitkan mana-mana penyakit yang berlaku atau membawa kematian dengan mereka yang tidak mevaksinkan anak tanpa bukti. Malah CDC dalam pelbagai kes, pernah menyatakan bahawa wabak yang berlaku di US tidak disebabkan oleh mereka yang tidak vaksin.

Jangan pula kita lupa, antara tujuan program penvaksinan- imuniti kelompok adalah untuk melindungi mereka yang tidak boleh divaksinkan.


Penulis berharap vaksin yang lebih efektif dan selamat mampu dihasilkan pada masa depan.












RUJUKAN:

Paul Fine, Ken Eames, and David L. Heymann "Herd Immunity": A Rough Guide
Clinical Infectious Diseases 2011 52: 911-916.

https://kpkesihatan.com/2015/11/05/kenyataan-akhbar-kpk-5-nov-2015-kes-measles-meningkat-di-malaysia/

Paul E. M. Fine Herd Immunity: History, Theory, Practice Epidemiologic Reviews 1993 Vol 15, no 2

Nicholas C Grassly, Jay Wenger, Sunita Durrani, Sunil Bahl, Jagadish M Deshpande, Roland W Sutter, David L Heymann, R Bruce Aylward, Protective efficacy of a monovalent oral type 1 poliovirus vaccine: a case-control study, The Lancet, Volume 369, Issue 9570, 21–27 April 2007, Pages 1356-1362, ISSN 0140-6736, http://dx.doi.org/10.1016/S0140-6736(07)60531-5.

http://www.cbsnews.com/news/whooping-cough-makes-a-comeback-as-vaccine-wanes/

Jason M. Warfel, Lindsey I. Zimmerman, and Tod J. Merkel
Acellular pertussis vaccines protect against disease but fail to prevent infection and transmission in a nonhuman primate model PNAS 2014 111 (2) 787-792; published ahead of print November 25, 2013, doi:10.1073/pnas.1314688110 

http://www.cdc.gov/pertussis/about/faqs.html 

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/23873919

No comments:

Post a Comment